Assalamualaikum wbt....
Salam perjuangan penuh kedamaian buat sahabat-sahabat sekalian...
Justifikasi kebenaran mahupun kesalahan terhadap sesuatu pemikiran itu lumrah terjadi, kerana memang ALLAH SWT menciptakan manusia untuk selalu berfikir demi menemukan sebuah kebenaran. Banyak ayat-ayat al-Quran yang menyatakan kita diperintahkan untuk berfikir dan memerhatikan kejadian langit, bumi dan segala isinya. Maksudnya, ALLAH SWT menyuruh manusia untuk melihat, merenung dan mengkaji seluruh ciptaan-NYA.
Hanya kebelakangan ini, dalam soal berfikir, muncul pelbagai teori yang diluar kerangka Islam,, seperti sekularisme, nasionalisme, komunisme dan isme-isme yang lain. Teori ini bersandar bahawa pemikiran manusia itu bersifat mutlak, sedangkan yang mutlak itu hanya wahyu ALLAH SWT. Akibat daripada pemikiran semacam itu, orang mengganggap pemikiran mereka itulah yang lebih benar dan moden.
Tentunya ini adalah kekeliruan besar. Di satu pihak mereka memaksakan konsep kenapsian manusia untuk dipraktikkan dalam kehidupan berpolitik dan bernegara, sekaligus mengenepikan kemutlakan wahyu. Atau mereka memberi penafsiran baru kepada ayat-ayat al-Quran menurut kehendak mereka dengan alasan-alasan yang sebenarnya tidak tepat, demi untuk mewajarkan tindakan mereka. Tidak tepat yang dimaksudkan adalah terkadang mereka mematahkan pemikiran-pemikiran ulama besar yang teruji kredibilitinya serta para shalafus shalih yang jauh lebih baik daripada dirinya. Padahal dalam sejarah perkembangan ilmu Islam, kredibiliti seseorang sangat menentukan diterima tidaknya sesebuah pemikiran.
Solusi dari ini semua adalah BACK TO AL_QURAN, bagi mempastikan cara berfikir kita itu benar. Dan kita yakini, pemikiran yang jernih disertai dengan keimanan akan membawa kita kepada pemahaman yang benar. Sebagaimana firman ALLAH SWT yang bermaksud,
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal" (QS. Ali-Imran: 190-191).
Selain dari itu, untuk menghasilkan pemikiran yang sihat, selari dengan kehendak al-Quran dan al-Sunnah, kita juga perlulah berzikir setiap saat. Hanya melalui amalan berzikir yang berterusan, minda akan menjadi bertambah sihat dan cerdas.. Insya-ALLAH Minal Alaamiinn...
Tengku Roshdan Tengku Abdul Wahab ~ Parti KeADILan Rakyat Cabang Machang...
~ Peace N LoVeD ~ !!
Membaca kesan perpisahan Pas dengan Bersatu
3 days ago


0 comments:
Post a Comment