Salam kedamaian buat semua.....
Pemikiran dari kertas kerja yang saya persembahkan di ekonomi anak2 muda Islam pada dua bulan yang lalu.... mohon tegur sisi2 yang anda tidak persetujui untuk kebaikan kita bersama... peace...
Dalam al-Quran dan as-Sunnah, dapat dilihat bagaimana ISLAM mementingkan disiplin dan akhlak untuk memajukan ekonomi ummah, tanpanya, seluruh sistem ekonomi akan roboh dan tidak berfungsi lagi.
KONSEP PEMILIKAN DAN EKONOMI ISLAM
Asas kepada gelagat ekonomi manusia dalam ISLAM ialah kedudukan mereka berhadapan dengan vis-vis atau sumber kebendaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada manusia seluruhnya. ISLAM, disamping itu, mengiktiraf hak manusia memiliki harta untuk kegunaan(consumption al-istihlak) dan pengeluaran(production), tetapi tidak memberikan hak pemilikan itu secara mutlak.
Bagi menetapkan had-had pemilikan mutlak, ISLAM meletakkan semua sumber-sumber ekonomi adalah dicipta oleh ALLAH. ALLAH SWT menegaskan;
i) "Dan DIALAH Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan.
ii) "DIALAH yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNYA; Dan hanya kepadaNYAlah kamu (kembali setelah) dibangkitkan".
Pemilikan mutlak ALLAH bukan terhad kepada makhluknya yang nyata malah rezeki kurniaan ALLAH yang bersifat hasil dari perbuatan manusia juga adalah kepunyaan-NYA. Ini dapat difahamkan dari pernyataan seperti
"Dan kepunyaan ALLAH lah segala warisan di langit dan dibumi. Begitu juga "maka sesuatu yang diberikan kepada kamu, itu adalah kenikmatan hidup didunia".
Semua itu menunjukkan ALLAH telah memiliki sesuatu walaupun pada zahirnya wujudnya adalah dari hasil dari perbuatan manusia itu. Seiringan dengan pernyataan pemilikan ALLAH SWT itu, ISLAM mengakui manusia adalah sebagai milik sementara (ad interim) kepada semua sumber alam ini. Ini jelas didalam al-Quran, digunakan dengan istilah mata (bekalan) untuk kegunaan sementara, sebagaimana diberitahu kepada Adam, apabila ia diperintahkan menetap dibumi ini,
"Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan bekalan kesenangan(mata) dibumi sampai waktu yang telah ditentukan. Pengiktirafan pemilikan manusia, secara de facto, seperti dinyatakan dalam al-Quran, 'hartanya', "harta mereka" dan harta-harta orang lain.
Harta ini sama ada aset modal, ternakan, galian berharga, wang, tempat kediaman, atau barang-barang perkakas rumah, termasuk semua bentuk2 harta yang bernilai ekonomi. Berhubung dengan hak pemilikan manusia terhadap semua jenis harta ini, mereka dianggapkan sebagai wizurai(viceroy) ALLAH dibumi dan mengambil atau mengguna semua sumber ekonomi itu sebagai pemegang amanah suci mengikut apa yang diredhaiNYA. ALLAH menjelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:
i) "Sekali-kali janganlah orang bakhil dengan harta yang ALLAH berikan kepada mereka dari kurniaan-NYA menyangka, bahawa kebakhilan itu baik untuk mereka.
ii) Sesungguhnya orang2 yang selalu membaca kita ALLAH dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam2 dan terang2, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak rugi".
Pernyataan ini diulangkan beberapa kali untuk diarahkan kedalam fikiran manusia supaya mereka sentiasa beringat bahawa pemilikan mereka terhadap mana2 harta adalah bersifat amanah daripada ALLAH secara sementara. Setiap perbelanjaan dan penggunaan yang dilakukan tetap dinilai dan dibalas oleh ALLAH SWT.
Al-Adl (keadilan) dan Al-Ihsan (kebajikan): dua konsep yang tidak boleh dipisahkan. Dalam sistem ekonomi ISLAM ada dua konsep terpenting dalam menentukan pembangunan ekonomi dan kedua2nya yang tidak dapat dipisahkan, iaitu al-adl, al-qist dan al-al-ihsan. al-adl atau al-qist diertikan dengan keadilan(justice) atau berurusan secara saksama. Benar dan adil, dua perkataan semulajadi dalam kalimah ALLAH. ALLAH berfirman yang bermaksud:
"Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (al_Quran) sebagai kalimah yang benar dan adil". Para Rasul juga diturnukan Kitab2 kepada mereka untuk manusia seluruhnya melaksanakan keadilan. Hanya dengan terteguhnya keadilan sahajalah seluruh makhluk terselamat.
Penegakan keadilan adalah satu kewajipan dalam penentuan kstabilan ekonomi. ALLAH berfirman yang bermaksud:
i) "Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil..."
ii) "Wahai orang2 yang beriman, jadilah kamu orang yang benar2 penegak keadilan, menjadi saksi kerana ALLAH biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibubapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kayu ataupun miskin, maka ALLAH lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan kata2 atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya ALLAH adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.
Berkembar dengan konsep al=adl ialah konsep al-ihsan. Al-ihsan bererti kebajikan, kebaikan, kecekapan atau kemurahan hati dalam berurusan dengan orang lain. Ketiadaan al-adl boleh menyebabkan kecederaan, kerosakan dan mengganggu keamanan dan keharmonian. Di sebaliknya ketiadaan al-ihsan dan mencedera ayau menyusahkan sesiapa. Ia memberi maksud kepada lebih bebas dan tidak terikat sebagaimana yang dikehendaki oleh keadilan. Al-ihsan bermula sesudah al-adl berakhir, tetapi ia menentukan natijah yang baik kepada setiap perlakuan, lalu ia diringkan dengan al-adl.
ALLAH berfirman dengan maksudnya:
"Sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan ALLAH melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. DIA memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pengajaran".
Sikap berihsan ini mempunyai tempat istimewa dalam kerangka pembentukan masyarakat ISLAM.
ALLAH berfirman yang bermaksud:
i) "Dan belanjakanlah harta bendamu di jalan ALLAH dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya ALLAH menyukai orang2 yang baik".
Dalam ISLAM, al-adl adalah satu kewajipan, tetapi umat ISLAm hendaklah juga bersedia untuk bermurah hati dalam menuntut hak mereka dan bersukarela dalam menjalankan tugas2 mereka. ISLAm mengajar umatnya melakukan al-ihsan kepada seluruh manusia, termasuk dua ibubapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, malah bersikap baik kepada seluruh manusia. Begitu juga kepada jiran, kawan dan pengembara. Al-adl menghapuskan kezaliman dalam masyarakat, al-ihsan pula menhiaskan masyarakat ISLAM dengan kemurahan, kebaikan, kasih sayang, pengampunan, berkorban, berkerjesama, belas kasihan dan berkebajikan. Dengan itu, peraturan dalam sistem ekonomi ISLAM, ianya mencakupi kualiti sedemikian bagi menggariskan pendapatan dan pemilikan dengan kemurahan dan kebajikan untuk kesejahteraan masyarakat seluruhnya.
KEKAYAAN DALAM ISLAM
Dalam ISLAM, kekayaan diistilahkan sebagai khayyr(kebaikan). Fadl(penghormatan), rahmat dan sebagai kurniaan ALLAH. Tidaklah dicela seseorang itu mencari kekayaan dan sebagai kurniaan ALLAH. Tidaklah dicela seseorang itu mencari kekayaan dan pengajaran untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi. Mlah digalakkan manusia seluruhnya meneroka dan mencari sumber kekayaan yang masih tersembunyi dan belum dieksploitasi oleh mereka. Pencapaian kemakmuran kebendaan adalah merupakan rahmat ALLAH dan disanjung tinggi. Tetapi pencapaian sedemikian perlu dikawal, kerana tabiat semulajadi manusia cenderung kepada pelanggaran kepada disiplin yang ditetapkan oleh ALLAH SWT.
Manusia mempunyai keinginan yang sangat kepada kekayaan dan boleh membawa kepada keganasan untuk memenuhi keinginan kepada kekayaan. Sesudah mereka mendapat kekayaan, mereka terus memperhambakan diri mereka untuk menambah dan juga menyorok harta dan tidak ingin lagi membelanjakannya kepada kebajikan kerana takut kepada kemiskinan. Sehubunga itu, mereka akan menjadi bakhil dan menggalakkan kebakhilan. Ini akhirnya mereka akan terasa kesukaran bila menghadapi kesusahan, sombong dan bersifat cinta keduniaan. Kalau mereka boleh berbelanja pun adalah untuk tujuan reputasi dan riak'. Bolehlah disimpulkan, bahawa kekayaan adalah satu rahmat daripada ALLAH tetapi ia hendaklah dianggapkan sebagai amanah ALLAH dan ia tidak boleh disalahgunakan, dan manusia hendaklah mengawal keburukan2 yang ada dalam dirinya yang menyebabkan kepada penyelewengan dalam penggunaan harta yang dikurniakan oleh ALLAH SWT.
KESIMPULAN
Dalam memperkatakan kebebasan dan sekatan-sekatan dalam ekonomi. ISLAM telah menggariskan peraturan-peraturannya sendiri. ISLAM tetap menuntut umatnya supaya berusaha dan berkerja, untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi. Di samping itu, ISLAM menetapkan sempadannya. Antara sempadan itu ialah rezeki yang dicari hendaklah halal dan penggunaannya pula hendaklah bertujuan untuk memberikan keadilan sejagat dan pengurusannya pula semestinya bersifat adil dan bertujuan untuk mencapai keredhaan ALLAH dan memperolehi kebahagiaan didunia dan akhirat.
Tengku Roshdan Bin Tengku Abdul Wahab ~ Parti KeADILan Rakyat Machang, Kelantan~
Peace And LoVeD
Membaca kesan perpisahan Pas dengan Bersatu
3 days ago


0 comments:
Post a Comment