Salam kedamaian dan salam hormat buat semua......
Assalamualaikum w.b.t. Arini ambo nok kecek bab mace mano nok buwi berniago kito ni mengikuk caro islamik n diredhoiNYA.... ambo bukke lah ustad sebenarnyo,, cumo ambo nok buwi pandangan mengikut sejauh mano hok ambo mengaji n pemahaman ambo mengenainyo. jd.. kalu ado para2 ustad hok baco coretan2 ambo ni,, silolah perbetulkanlah, mano2 hok tok betol, untuk kebaikan kito bersamo..
Peace N loveD!
Dunia perniagaan hari ini melibatkan pertumbuhan dan pengembangan pelbagai perniagaan. Perniagaan hari ini memberikan manfaat dan faedah yang banyak, bukan hanya kepada pengusaha atau peniaga, bahkan dikongsi bersama oleh pekerja, pengguna, masyarakat dan kerajaan. Peluang-peluang perniagaan terbuka luas. Sokongan modal perniagaan senang dicari daripada institusi kewangan. Kemudahan infrastruktur turut disediakan oleh agensi-agensi kerajaan. Faktor2 positif ini menggalakkan dan menyuburkan iklim perniagaan yang membawa perkembangan perniagaan yang berterusan.
Bagi individu muslim, peluang-peluang yang baik dan menguntungkan perlu direbut. Mereka juga turut sama berlumba-lumba mengejar keuntungan melalui bermacam corak perniagaan. Meskipun begitu, peniaga-peniaga muslim mempunyai batasan dan had-had yang perlu mereka ikuti. Mereka tidak boleh melibatkan diri dalam perniagaan dengan tanpa mengambli kira halal dan haramnya disisi Islam. Dalam erti kata yang lain. mereka tidak bebas sesuka hati memasuki mana-mana perniagaan.
Perniagaan secara fitrahnya memerlukan keuntungan untuk terus hidup. Keuntungan yang didapati oleh peniaga muslim dari perniagaan yang halal merupakan satu kurniaan yang besar dari ALLAH SWT. Dengan itu tidak hairanlah apabila Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sembilan per sepuluh dari rezeki datangnya dari perniagaan.
ENTREPRENUERSHIP atau keusahawanan merupakan aktiviti yang melibatkan perniagaan. Secara teorinya keusahawan merujuk kepada pengwujudan dan penerokaan peluang perniagaan. Seorang usahawan adalah seorang yang mengambil peluang untuk mewujudkan perniagaan baru ataupun mengambil kesempatan memperbaiki perniagaan yang sedia ada melalui cara atau strategi tertentu yang memberikan kepadanya pelbagai peluang bagi membolehkan perniagaannya sentiasa meningkat maju dan berkembang di pasaran.
Bagi ISLAM, sifat-sifat dan ciri-ciri yang ada pada sisiplin keusahawanan merupakan satu tuntutan SUNNATULLAH yang dibenarkan dan dibolehkan. Persoalannya: BAGAIMANAKAH KEUSAHAWANAN ISLAM BERBEZA DENGAN KEUSAHAWANAN KONVENSIONAL ATAU MODEN?
Satu pada saya untuk menjawab persoalan di atas adalah dengan menjadikan TAUHID SEBAGAI ASAS KEUSAHAWANAN ISLAM. Keusahawanan ISLAM ialah keusahawan yang berpaksikan kepada tauhid. Tauhid merujuk kepada pengakuan dan komitmen usahawan dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Penyerahan diri usahawan di dalam perlakuan seharian adalah secara total dan menyeluruh dan bukannya mengikut kesukaannya sendiri. dengan berpandu kepada tauhid, disiplin keusahawanan ISLAM berteraskan kepada 5 prinsip penting iaitu Tauhid Uluhiyyah: pengakuan keesaan ALLAH SWT dan kepatuhan usahawan secara mutlak, tauhid rububiyyah: pengakuan pengesaan pentadbiran ALLAH SWT terhadap semua ciptaan-NYA, Khilafah: peranan usahawan sebagai pemegang amanah dan memanfaatkan pemberian ALLAH SWT bagi kemakmuran dan pembangunan tamadun keusahawanan, Tazkiyyah Annas: pembangunan usahawan sebagai insan didasari melalui penyucian jiwa dimana seseorang usahawan itu bertanggungjawab menjadikan aktiviti perniagaannya sebagai ibadah, dan Al-Falah: kejayaan seseorang muslim itu bukan terbatas didunia bahkan melangkaui akhirat.
Tauhid menjelaskan bahawa di dalam ISLAm tidak ada pengasingan di antara ketuhanan dengan kehidupan seharian seorang usahawan. ISLAM sebagai Ad-Din yang syumul merupakan satu cara hidup yang unggul yang tidak memisahkan usaha individu dengan ibadat. Aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dilakukan pada akhirnya berupaya memberikan keuntungan kepada organisasi. Kejayaan ini berlanjutan di akhirat sekiranya seseorang usahawan itu melakukan perniagaan dengan mengikuti ajaran ISLAM yang sebenarnya. Justeru itu kejayaan usahawan muslim merupakan satu kurniaan dari ALLAH SWT.
Kewujudan disiplin keusahawanan sebagai salah satu cabang ummatik dengan sendirinya memaksa usahawan berinteraksi dengan persekitaran. Perhubungan seseorang usahawan sama ada sebagai pengeluar, pembekal, pesaing, peniaga atau pengguna dengan menusia yang lain merupakan satu Sunnatullah: satu tuntutan bermasyarakat yang perlu dipenuhi di dalam aktiviti perniagaan. Namun asas kepada perhubungan ini wajiblah didasari melalui perhubungan usahawan dengan ALLAH SWT. Ini kerana tujuan penciptaan manusia oleh ALLAH SWT adalah untuk beribadat kepadaNYA. Ini jelas terdapat di dalam Al-Quran, Surah Az-Dzariyat 56:58 yang bermaksud
"Dan aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKU. AKU tidak berkehendak daripada mereka sebarang rezeki dan AKU tidak berkehendak mereka memberi makan kepada-KU. Sesungguhnya ALLAH, DIAlah MAHA Pemberi Rezeki, Lagi Mempunyai Kekuatan Yang Teguh."
Usahawan-usahawan melayu hari ini sering mengatakan bahawa aktiviti-aktiviti perniagaan mereka merupakan satu ibadah. Tujuan mereka memasuki medan perniagaan adalah bagi meramaikan lagi peniaga-peniaga melayu dan oleh kerana bangsa melayu adalah beragama ISLAM, maka dengan sendirinya mereka berpendapat perniagaan yang mereka jalankan adalah bersifat ISLAM dan untuk kebaikan umat ISLAM. Persoalannya, adakah pandangan mereka ini benar dan dapat diterima oleh ISLAM?
Aktiviti-aktiviti keusahawanan merupakan satu usaha perniagaan yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. keuntungan merupakan matlamat kewujudan sesebuah perniagaan kerana bagi firma atau syarikat yang selalu rugi, berkemungkinan besar akan diisytiharkan bangkrap dan pemilik atau usahawan yang mengendalikan perniagaan tersebut pula menjadi muflis. Di dalam ISLAM, matlamat perniagaan serta cara atau strategi bagi mencapai matlamat dan natijah dari perlaksanaan aktiviti tersebut mestilah halal. seiring dengan ini, bagi usahawan muslim terdapat 3 faktor yang mesti dipenuhi bagi menjadikan aktiviti keusahawanannya sebagai ibadah.
Individu muslim di dalam menjalankan sesuatu kerja atau sebarang aktiviti mestilah dimulai dengan niat. Apa yang pasti niat tersebut mestilah mencari keredhaan ALLAH SWT. Niat tersebut perlulah diterjemahkan menjadi matlamat keusahawanannya. Bagi setiap usahawan, sudah tentu niat mereka disini ialah untuk berniaga. Secara rasionalnya, apabila berniaga sudah tentu mahu mendapat pulangan yang baik dan bagus. Hanya orang bodoh dan pendek akal sahaja tidak mahu untung. Justeru itu, matlamat terakhir setiap usahawan atau peniaga ialah untuk mendapatkan keuntungan. Persoalannya: adakah matlamat tersebut sama juga dengan matlamat usahawan muslim? Usahawan muslim berniaga juga untuk mendapatkan keuntungan tetapi ini bukanlah matlamat mutlak, dimana matlamat mutlak mereka ialah untuk mencari keredhaan ALLAH SWT.
Di dalam ISLAM, persoalan objektif merujuk kepada 'what is the business'?. Persoalannya disini: apakah perniagaan tersebut dan ciri-ciri pada perniagaan tersebut halal dari segi syariat ISLAM? Seorang usahawan muslim mestilah menjalankan jenis perniagaan yang halal dari segi syariat ISLAM.
Antara kata-kata Dr. Yusuf Al-Qardhawi tentang halal-haram perniagaan;
Di antara jenis perniagaan yang di larang dalam ISLAm ialah:
1) Perniagaan berbentuk kasino dan perjudian seperti Sport Toto.
2) Perniagaan yang menjuruskan individu ke arah maksiat seperti kelab malam dan konsert muzik.
3) Pembuatan dan perniagaan arak termasuk menanam anggur dengan niat membuat arak dan seterusnya menjual arak.
4) Penternakan dan proses binatang yang diharamkan oleh ISLA seperti khinzir.
5) Perniagaan yang berasaskan sistem riba seperti pelaburan pada institusi kewangan dan banking.
Selain daripada perniagaan yang jelas haramnya oleh ISLAM, terdapat juga jenis perniagaan yang syubhah iaitu yang samar2 dan meragukan. Di antara jenis2 perniagaan tersebut ialah unisex salun yang menggalakkan percampuran terbuka dan bebas antara lelaki dan wanita, perkerjaan mak andam dan solekan pengantin serta pelaburan pada firma yang tidak diketahui dimanakah pelaburan firma tersebut di buat.
Selain dari matlamat yang halal, cara ke arah matlamat mestilah halal. Di dalam ISLAM, kewujudan matlamat yang halal tidak membenarkan individu usahawan mempraktis cara atau strategi yang haram. di antara praktis usahawan di dalam perniagaan yang boleh dibincangkan sama ada halal atau haramnya sesuatu tindakan ialah seperti berikut:
memetik fatwa Dr Yusuf Al-Qardhawi;
1) Proses penjualan mestilah berprinsipkan ISLAM. Untuk menjadikan jualan sah maka perlu ada perkara-perkara berikut, seperti kerelaan penjual dan pembeli,cketentuan jelas mengenai barangan dan akad jual beli yang sah.
2) Proses pembuatan barangan mestilah dari ramuan atau bahan2 yang halal. Bahan2 yang digunakan dalam pemprosesan makanan mestilah tidak diragui. Diantara bahan yang haram adalah gelatin dan bahan2 dari punca haiwan seperti aditif yang tidak diproses mengikut syariat ISLAM.
3) Bahan2 dan ramuan juga mestilah tidak memudaratkan serta merosakkakn kesihatan pengguna. Terdapat barangan makanan yang mengandungi bahan2 yang merosakkan kesihatan seperti asid borik yang sepatutnya digunakan dalam industri papan dan bahan2 yang tak sepatutnya ada dalam makanan, seperti arang di dalam serbuk kopi.
4) Praktis jualan mestilah jujur. Disini seorang usahawan muslim tidak boleh mengambil kesempatan dari kelemahan pengguna dengan mengeksploitasi harga, mutu dan standard makanan atau barangan. Diantara larangan disini ialah praktis mencampuradukkan barangan yang tidak sama mutu dan jenisnya. Misalnya mencampurkan daging import dengan daging tempatan dan menjualnya dengan harga berdasarkan harga yang mahal.
5) strategi promosi mestilah benar dan tidak berunsurkan penipuan. Iklan memainkan peranan penting didalm melariskan jualan makanan. Seorang usahawan ISLAM adalah dilarang sama sekali menipu atau memperdayakan pengguna melalui gimik dan iklan yang tidak logik. Iklan yang dibuat juga mestilah Islamik seperti tidak memaparkan gambar perempuan yang tidak menutup aurat dan penggunaan bahasa yang lucah. perletakan wanita juga mestilah relevan dengan ISLAM.
6) Sumber pembiayaan mestilah bukan dari sumber berasaskan riba. secara jelasnya, usahawan ISLAM mestilah mestilah mencari modal perniagaan yang jelas halal. Sebarang pembiayaan projek untuk pembelian aset tetap seperti kenderaan dan bangunan mestilah menggunakan kaedah pembiayaan ISLAM.
Didalam sistem perniagaan ISLAM, adalah menjadi tanggungjawab pengeluar atau penjual bagi menentukan barangan yang dibuat atau dijual mengandungi bahan2 yang halal. Dalam erti kata lain, The owners is on the seller and not the government to prove the food is halal. sekiranya usahawan ISLAM memehang prinsip ini, maka dengan sendirinya makanan yang dijual itu halal. Dengan sendirinya matlamat mereka untuk mencari keredhaan ALLAH SWT tercapai. Selain daripada faktor niat dan cara yang dibenarkan oleh ISLAM, faktor natijah juga penting. Mereka seringkali melupakan ataupun tidak tahu tentang kepentingan natijah ini. Natijah secara biasanya merujuk kepada implikasi dari perniagaan tersebut. Persoalannya juga ada terletak kepada siapakah barangan atau perkhidmatan tersebut diberikan.
Siapakah disini merujuk kepada pengguna yang memperolehi perkhidmatan tersebut. sebagai contoh, seorang usahawan perabut mengetahui bahawa perniagaannya adalah dibenarkan dalam ISLAM, tetapi beliau menjual perabutnya kepada kedai judi. Begitu juga mereka yang terlibat dalam katering makanan, kemudian menjualkan sisa makanan kepada tauke khinzir. Secara jelasnya natijah di dalam kedua2 contoh di atas tidak dibenarkan didalam ISLAM. Ini kerana natijah tersebut telah membawa kepada pengembangan perniagaan yang diharamkan oleh ISLAM.
Apa yang dapat disimpulkan mengenai keusahawanan ISLAM ini ialah bagi seseorang individu untuk berniaga atau menjadi usahawan adalah senang tetapi bagi seseorang muslim yang terlibat dengan perniagaan atau aktiviti-aktiviti keusahawanan, mereka tidak dapat melarikan diri daripada mematuhi prinsip-prinsip ISLAM didalam praktis keusahawanan mereka. Seorang usahawan adalah seorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan yang bukan sekadar untuk memperolehi untung bagi terus maju tapi yang pentingnya dapat memanfaatkan barangan tersebut bagi kegunaan masyarakat. Di dalam ISLAM, pengeluaran barangan yang tidak dapat memanfaatkan ummah merupakan satu kerja yang sia-sia. Aktiviti2 seterusnya tidak memberikan keuntungan kepada individu berkenaan di dunia dan di akhirat. Sudah tentu pekerjaan ataupun perniagaan sebegini merugikan usahawan berkenaan. Justeru itu bagi peniaga muslim yang benar-benar mematuhi prinsip-prinsip ISLAM didalam praktis keusahawanannya adalah merupakan seorang usahawan; peneroka inovasi pengembangan kemajuan perniagaan yang memanfaatkan masyarakat seluruhnya.
Carilah rezeki yang halal saudara dan saudariku sekalian buat dirimu, ibubapamu, anak isterimu dan keluargamu ...
Dirikanlah solat.....tunaikanlah zakat....sumbangkanlah,, infaqkanlah rezekimu untuk ISLAM untuk menuju kejalan keredhaan ALLAH SWT...
Tengku Roshdan Tengku Abdul Wahab ~ Parti KeADILan Rakyat Machang Kelantan~Peace n LoveD
Membaca kesan perpisahan Pas dengan Bersatu
3 days ago


0 comments:
Post a Comment