Salam Kedamaian buat semua......
Assalamualaikum w.b.t. saudara2ku semua... Aku persembahkan dari gerakan otak, luahan akal pemikiran kacamata kecilku ini untuk kita saling nasihat menasihati sesama kita... Silalah tegur-menegur diriku ini tentang apa yang anda tidak persetujui dari segala pandangan saya.. moga kita beroleh petunjuk dan pertolongan dariNYA untuk membela Agama Islam yang Suci ini selama hayat kita ini di alam fana ini... pimpinlah akhlak kita mengikut agama yang suci ini.. Ameen..
"Tiap2 orang yang BERIMAN(diulangi-- BERIMAN dan saya ulangi lagi--- BERIMAN) dengan ALLAH SWT itu adalah bersaudara, maka kerananya berkewajipan tiap-tiap orang memperbaiki hubungan persaudaraan itu sepanjang masa. (Maksud ayat 10 Surah Al-Hujurat).
Persaudaraan adalah penting dalam agama Islam. Rasulullah SAW sangat menitikberatkan hal persaudaraan ini. Baginda menyeru umatnya supaya hidup dalam keadaan mesra dan kasih sayang(tapi mengikut kasih sayang dalam syariat, bukannya mengikut kasih mesra muda mudi kita hari ini yang bergaul dan bercampur secara bebas antara lelaki dan wanita - itu adalah perpaduan kaum kafir..ingatlah ye adik2ku sekalian..). Sifat tersebut sangat penting sehingga ia menjadi satu syarat kesempurnaan iman seseorang muslim. Dalam erti kata yang lebih luas lagi, belumlah sempurna iman seseorang selagi ia bermusuh antara satu sama lain (tanpa sebab).
Dari Abu Hurairah diriwayatkan bahawa Baginda ada bersabda,
"Tidak masuk syurga kamu selagi kamu tidak beriman, dan tidak sempurna iman kamu melainkan kamu hidup berkasih sayang sesama mukmin n (menegur n mendorong muslim yg lain ke arah agama). Patutkah aku sampaikan suatu perkara kepadamu yang jika kamu lakukan maka kamu akan hidup berkasih sayang?: iaitu hendaklah kamu menyampaikan salam (dengan tujuan jalan Islam)."
Persaudaraan adalah jalan ke arah perpaduan ummah.. Perpaduan yang bagaimana? Perpaduan yang mengikut Al-Quran dan Hadith dan berkepimpinan peminpin yang mendokong Kitabullah... Untuk mengeratkan perpaduan, Rasulullah SAW memerintahkan supaya sentiasa berdamai (selagi mana saudara mu itu taat pada Allah, dan tanggungjawab kamu harus menegur bagi mereka yang jahil) dan berbuat baik antara satu sama lain xkira apa warna kulit mereka.. Dengan itu tersimpullah satu silaturrahiim. Memutuskan silaturrahiim tanpa sebab agama adalah dilarang malah diancam sebagai tidak masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahiim. Tapi kamu haruslah mengikut orang2 yang beriman dan janganlah menggunakan alasan silaturrahiim untuk menjadi pak turut bodoh kepada pemimpin jahil dan dan kepada kekasih kamu kononnya dengan menurut hawa nafsu kebinatangan dan kawan2 kamu yang bodoh dan jahil untuk mengajak kamu kepada maksiat...
Silaturrahiim serta hubungan mesra di kalangan umat Islam hanya dapat diwujudkan dengan berasaskan keimanan dan bukan atas kepentingan lain yang bersifat sementara.
"MAKA BERTAQWA LAH KAMU DAN PERBAIKILAH SILATURRAHIIM DIKALANGAN KAMU DENGAN TAATLAH KEPADA ALLAH SWT DAN RASUL-NYA JIKA KAMU DARI GOLONGAN ORANG2 YANG BERIMAN." (AL-ANFAL 1)
Dengan kuatnya silaturrahiim itulah dapat diikat persaudaraan Islam yang sebenar ke arah yang diredhai-NYA. Ini kerana orang-orang yang beriman itu adalah ibarat suatu bangunan. tiap satu mengukuhkan yang lainnya. (Maksud Hadith Riwayat Muslim).
Perpaduan adalah jambatan untuk mencapai keamanan dan kesejahteraan serta kestabilan negara. maka persaudaraan antara muslim dengan non muslim juga harus dititik beratkan oleh kita semua. Itu tanggungjawab kita untuk menonjolkan kemuliaan Islam itu sendiri untuk dicontohi oleh non-muslim zimmi. Oleh itu segala langkah ke arah perpaduan khususnya dalam mengeratkan silaturrahiim mestilah diperkukuhkan dengan amal perbuatan dan bukannya dengan simbol atau ucapan satu malaysia yang penuh kepalsuan.
ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! WA LILLAH HILL HAMD......
Tengku Roshdan Tengku Abdul Wahab - Parti KeADILan Rakyat Machang..... PEACE n LoVED!!
Membaca kesan perpisahan Pas dengan Bersatu
3 days ago


0 comments:
Post a Comment