BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 25, 2010

Persoalan Mazhab,, Umat Islam Kena Cool,, my fatwa

                                      Salam Kedamaian....



Assalamualaikum w.b.t. saudara2ku semua... Aku persembahkan dari kacamata kecilku ini untuk kita saling nasihat menasihati sesama kita... Silalah tegur2 diriku ini tentang apa yang anda tidak persetujui dari segala pandangan saya.. moga kita beroleh petunjuk dan pertolongan dariNYA untuk membela Agama Islam yang Suci ini selama hayat kita ini di alam fana ini... pimpinlah akhlak kita mengikut agama yang suci ini.. Ameen..

Persoalan mazhab sering menimbulkan serba sedikit kegelisahan dikalangan penganut agama Islam. Malah lebih memburukkan keadaan, kadang2 ia memberikan imej serta gambaran kurang baik mengenai Din al-Islam yang tercinta. Seperti yang sudah kita maklumi bahawa mazhab itu merupakan ciptaan para imam terdahulu untuk membimbing umat Islam dalam lelaksanakan soal2 yang berkaitan dengan fiqah, tetapi bukan mengenai persoalan aqidah kerana kita semua sudah sepakat mengenai Aqidah. Lalu, tercetuslah satu perikatan yang dinamakan Ahli Al-Sunnah Waljamaah. Dan, dibawahnya diletakkan empat mazhab muktabar yang diperakui ijmak muslimin iaitu mazhab Sya'fii, Hanafi, Hambali dan Maliki.

Sesungguhnya, kita berterima kasih kepada imam2 tersebut diatas segala usaha baik mereka. Dan kita percaya mereka adalah antara imam yang begitu pengasih kepada umat dan tidak sanggup melihat umat Islam membawa fahaman tanpa tujuan. Namun kadang2, saya sedikit kecewa apabila keadaan harmonis yang dijalinkan oleh ulama' terdahulu kembali terusik dan ia membawa kepada beberapa perkara yang kebelakangan ini amat mendukacitakan kita. Kini timbul semacam satu paksaan kepada kita untuk 'bertaqlid buta' kepada mazhab tertentu, sedangkan hakikatnya soal mazhab ini kita mempunyai kebebasan apatah lagi ia hanya menyentuh soal fiqah, bukannya soal aqidah. betul x pendapat saya para2 ustaz sekalian?

Justeru, mengapa harus wujudnya semacam satu prasangka mazhab apabila ada sahabat, handai taulan atau saudara mara kita yang mengamalkan mazhab yang agak berlainan dengan kita? Lalu, secara jujurnya kita wajar bertanya kepada diri kita sendiri apakah kita benar2 berpegang kepada satu mazhab sahaja? Contohnya, ketika penentuan berpuasa pada bulan Ramadhan. Mengikut Sya'fii, ia ditentukan dengan melihat anak bulan. Persoalannya boleh kah kita memastikan setiap umat Islam di Malaysia melihat anak bulan? Bukankah ia merupakan satu tugas yang rumit malah menyusahkan sedangkan urusan agama itu adalah mudah. Hakikatnya keadaan ini berlaku bukan disebabkan kesalahan imam yang kita kasihi itu, tetapi disebabkan kejahilan segelintir 'cerdik pandai' agama yang ortodoks malah menyempitkan fikiran daripada menerima pandangan mazhab lain, apatah lagi didalam mazhab Sya'fie sendiri ada Qaul Qadim(pendapat lama) dan Qaul Jadid(pendapat baru). Sewajarnya kita tidak perlu memikirkan soal yang remeh temeh ini kerana kita mempunyai banyak agenda untuk membangunkan umat Islam dan meletakkan imej Islam ke tempat yang sewajarnya.

Begitu juga mengenai persoalan Syiah. Mengapa kita perlu gopoh dan hanya bertindak hanya menurut perasaan kononnya Syiah itu berbahaya. Kenyataan saya ini bukannya bererti menyokong atau mengiakan Syiah, tetapi sekadar mahu mengajak kita berbincang dengan fikiran terbuka dan mengetepikan soal taqlid yang dilarang keras oleh Islam. Berbalik kepada persoalan perbezaan pendapat antara mazhab, kita akan mendapati betapa tolerannya imam2 mazhab yang yang sewajarnya menjadi ikutan para penganut sesuatu mazhab. Contohnya, Kadi Abu Yusof yang bermazhab Hanafi pernah menjadi makmum dibelakang Imam Maliki dan tidak mengulangi solatnya semula selepas itu. Dan jika kita merujuk hal ini di dalam sebuah buku karangan Maulana Amin Ahsan Islahi yang berjudul JURISTIC DIFFERENCES AND HOW TO RESOLVE THEM IN AN ISLAMIC STATE, kita akan dapati bahawa para ulama' terdahulu saling menghormati antara satu sama lain. Justeru, kita sewajarnya bertanya kepada diri kita sendiri, apakah kita yang mengakui mengikut sesuatu mazhab itu sanggup melakukannya seperti imam2 mazhab yang saling menghormati antara satu sama lain?

Jadi sikap terbuka amat perlu untuk menangani persoalan fiqah dan ia tidak perlu dirujuk dari mazhab manakah seseorang itu berada, apatah lagi sememangnya ia berada di dalam ruang lingkupnya, iaitu Ahli Sunnah Waljamaah. Disamping itu kita mesti juga memahami bahawa kebenaran itu mutlak sifatnya dan ia tidak terbatas kepada pegangan atau fahaman tertentu sahaja. Dan disinilah ilmu memainkan peranan yang amat penting bagi kita menilai segalanya dan janganlah menjadi seorang muqallid yang hanya tahu mengikut tanpa berdasarkan nas dan dalil yang kukuh.

Justeru, kita mesti mengetahui autoriti ulama' terdahulu dalam memberikan pandangan dan fatwa mereka, namun kita mesti teliti kepentingannya terlebih dahulu berdasarkan ilmu yang sahih. konklusinya kita perlu menghindari dari bersikap gopoh dengan menghukum sesuatu amalan mazhab yang bertentangan dengan mazhab kita itu sebagai salah dan sebagainya, sebaliknya kita perlu bersikap toleran serta saling menghargai pendapat selama mana ia tidak bercanggah dengan wahyu Ilahi iaitu Al-Quran serta Hadis-Hadis sahih..

Islam Untuk Semua........... Tengku Roshdan Tengku Abdul Wahab - PKR Machang......

0 comments: