BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 26, 2010

Kebebasan ? Merdekakah Dirimu? my fatwa

  




                            Salam Kedamaian...........



Assalamualaikum W.B.T. 
Ambo ingin bicara mengenai kebebasan? apa pandangan anda mengenai kebebasan? Adakah dengan menghabiskan sesi persekolahan dan pengajian anda dinamakan kebebasan? adakah bila ibu bapa anda membenarkan anda kemana-mana dinamakan kebebasan? Adakah dengan beroleh segala bentuk kemewahan didunia ini akan dinamakan kebebasan?  Dan adakah rakyat kita ini benar2 merdeka? Benarlah yang penjajah telah meninggalkan kita,, tapi jiwa kita ini sudah merdeka kah dari dijajah saudara/saudariku? Coretan ini untuk dihisbahkan bersama-sama.. Pesanan saya buat kita semua,, di dalam setiap kebebasan yang kita cari,, haruslah berserta bersama dalil & nas untuk membenarkan pembebasan kebebasan itu.. Carilah kedamaian dan keADILan untuk semua untuk kita bersama mencapai kebebasan dan redha ALLAH SWT selamanya... tegurilah mana-mana sisi yang anda tidak persetujui dalam rintihan rasa coretan ini...
Peace n LoveD....




Yang sering menjadi isu, menjadi laungan semua pihak, yang sering menjadi laungan ahli2 politik dan ahli-ahli hak asasi adalah 'kebebasan;. Kebebasan yang semacam manakah yang dituntut? Apakah bebas itu tidak mempunyai nilai dan tidak mempunyai ikatan sama sekali. Apakah sama kebebasan seseorang dengan seseorang yang lain? ISLAM menawarkan kebebasan yang sangat menarik dan mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri dan unik. Batu asas awal yang diletakkan oleh ISLAM di dalam jiwa seseorang sangat kukuh serta menghidupkan seseorang ke arah daya kreatif yang tinggi dan melahirkan akhlak yang sangat terpuji.

Apabila seseorang ingin bebas mengikut cakerawala ISLAM, pertama ia harus mengisytiharkan dirinya bebas dan merdeka, terutama jiwa dan sanubarinya dari semua penjajahan yang ada dalam dirinya. Ucapan yang diajarkan ialah LAILAHAILLALLAH, yang merupakan ucapan kunci kepada gerbang kebebasan yang hakiki. Kalimah itu merupakan dasar utama dan pertama dari kehidupan manusia baru dan merupakan permulaan pembebasan naluri, akal fikiran dan peri hidup sosial setiap manusia sehingga ia dapat berjalan menuju kepada kesempurnaan dan berusaha mencapai cita-cita dalam hidupnya. Dengan kalimah itu, ia menafikan dengan kukuh dan kejap bahawa tiada yang lain boleh membelenggunya dalam segala bentuk apapun cabaran.

Tiada yang lain dapat menjajah jiwa dan raganya, hati sanubarinya, ideologi dan fikirannya, mimpi dan tidurnya. Segala rantai dan gari terungkai dan terputus dari 'kakitangan' fikirannya. Ia berdiri dibawah naungan kebesaran ALLAH SWT. Apabila demikian, seseorang itu persamaan yang setaraf dihadapan ALLAH SWT. Ia walau bagaimana dan apapun, adalah sama disisi ALLAH SWT. Persamaan dan perbezaan diasaskan kepada taqwa. Hak itu, atau hak untuk mencapai kemuliaan itu diberi samarata. Terpulanglah kepada kemampuan kreatif seseorang untuk berusaha mendapat ketaqwaan.

Jalan menuju taqwa memang luas, seluas langit dan bumi dalam bentuk dan ragam yang memang mampu dilaksanakan oleh sesiapa saja yang mempunyai azam dan disiplin yang tinggi. Perlumbaan memang dibenarkan. 'Fastabiqul khairat'. berlumba untuk kebaikan. Kebaikan yang telah dijelaskan dari sekecil2 hingga yang sebesar2nya., adalah kebaikan. Kebaikan akan menjadi bernilai, apabila ia disertai dengan 'ikhlas'. Kerana syarat mutlak itu, maka dalam perlumbaan untuk mengejar kebaikan dan taqwa itu, tidak timbul soal hasad dengki kerana hasad dengki serta tamak akan memusnahkan nilai amal dan kebaikan yang menjadi syarat untuk mencapai taqwa atau kemuliaan.

Pada saya,,, apabila pintu itu tetap terbuka untuk semua orang, bahkan didorong untuk taqwa, sedangkan taqwalah satu-satunya medan perlumbaan dan perbezaan, tidak ada alasan untuk tidak ikut berlumba dalam lapangan keutamaan dan juga tidak patut mengaku lebih selain dengan cara yang sedemikian. Kebebasan ada batas. Kebebasan sebenar ialah apabila seseorang manusia itu bebas dari kongkongan kebendaan atau isme-isme dan ideologi, nafsu lawwammah, nafsu jahat, cita-cita yang terlampau tinggi untuk menjadi orang kaya, orang berkuasa dan bernafsu untuk menjadi idol untuk dipuja ke jalan kesesatan. Ia harus bebas dari nafsu itu dan berkhidmat dan berkerja semata-mata kerana ALLAH SWT.

Bebas sebenar ialah apabila seseorang manusia itu cuma tunduk patuh kepada ALLAH dan kerana ALLAH. Pada ketika itulah ia merdeka dan fikirannya akan menjadi lapang dan hati menjadi bening dan tenteram. Maka dengan kalimat syahadat yang unggul dan penuh erti itu, ia telah mengisytiharkan suatu kemerdekaan hakiki disisi ALLAH SWT. Ia tiada tertakluk kepada aturan selain dari aturan ALLAH atau aturan yang yang dibenarkan dan diredhai ALLAH SWT. Dan semestinya bahawa semua aturan dan undang-undang ALLAH itu akan membebaskan manusia dari perhambaan kepada taghut berbentuk manusia, jin, isme dan ideologi dan harta benda. Semua aturan dan undang-undang dan sistem yang diredhai oleh ALLAH itu membebaskan nafsu dari terburu-buru, nafsu perut, nafsu seks, nafsu harta, nafsu riak dan lain-lainnya.

Dengan pengisytiharan kalimah toyyibah itu, maka sebenarnya manusia telah merdeka dan sekaligus akan membentuk peribadi muslim sejati yang unggul dan berjuang semata-mata kerana ALLAH. Gejala buruk yang berlaku dikalangan ummah hari ini, adalah akibat dari hilangnya kebebasan diri yang sebenar, muda-mudi mendakwa mereka kini bebas, bebaskah? hahhaha... Mereka telah diperhambakan oleh kebendaan dan nafsu serakah yang mereka dakwakan kebebasan mereka.. Dan hamba kepada segala maksiat itu akan mengakibatkan seseorang sama ada sedar atau tidak, TELAH MEMBATALKAN PENGISYTIHARAN SYAHADAT YANG DIBUATNYA. Dalam suatu masa kita mengatakan kita tidak bebas. sebenarnya mereka tidak sedar bahawa mereka dipenjara oleh diri mereka sendiri. Mereka tidak pernah melihat ke dalam diri mereka, bahawa mereka telah dipenjara nafsu dan sifat riak dalam diri. Mereka tidak pernah sedar bahawa mereka hidup dalam suatu penjara yang sengaja mereka bina untuk mencipta keseronokan perhambaan kepada iblis dan syaitan.. bagi golongan2 ini dan pasangan2 kekasih yang selalu berkhalwat, KALIAN SEMUA MENYEMBAH SYAITAN KAH?  Nauzubillahiminzaliqq... Astaghfirullahalaq'ziim..


Dari catatan saya disini dapat diambil kesimpulan bahawa kebebasan dalam kacamata ISLAM adalah terbatas sejauhmana ia dibenarkan ALLAH dan Rasul-NYA. Pokok pangkalnya, penghayatan terhadap pengisytiharan kalimah syahadat itulah yang membebaskan diri manusia dari belenggu apa saja, sama ada berbentuk teori atau isme atau berbentuk kebendaan dan nafsu. JIKA SETIAP ORANG INGIN BEBAS, seharusnya ia patut menghayati konsep syahadat yang sangat tinggi nilai makna dan cakupan pengertiannya yang sangat nyata dan dinamis itu. Jika pengertian akan kalimah syahadat itu dapat dimengertikan secara tepat dan dihayati sepenuh hati maka pada masa itu kebebasan sejati dapat dinikmati,

INSYA-ALLAH MINAL ALAMIIN....

Tengku Roshdan Tengku Abdul Wahab ~ Parti KeADILan Rakyat Machang,,,,,

0 comments: