Negeri Kelantan yg mempunyai senibudaya tradisional yg unik ini juga mempunyai sejarah persinggahan yg menarik. Sebagai pembuka lembaran sejarah perkembangan persinggahsanaan Negeri Kelantan itu sehingga kemunculan Long Muhammad Putera Long Yunus menaiki singgahsana kerajaan Kelantan dari tahun 1801 hingga tahun 1837 dimana buku sejarah "Keluarga DiRaja Kelantan Darulnaim ini" membuka panggung pembicaraannya membawa ke zaman pemerintahan KDYMM Sultan Tengku Faris Petra. Dalam 1411M(814) di Negeri Kelantan terdapat seorang Raja yg beragama Islam bernama Raja Kumar. Tapi hingga kini ahli2 sejarah masih belum dpt mengesani drpd mana asalnya Raja Kumar ini walaupun Baginda Raja Kumar telah menjalankan hubungan muhibbah dgn Maharaja China, dan sebaliknya dlm 1412M, Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain2 sutera dan surat kepujian drpd Maharaja China itu. Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Negeri Kelantan diperintah pula oleh putera Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur nama negeri Kelantan telah menjadi masyhur kemerata2 tempat.
Membaca kesan perpisahan Pas dengan Bersatu
3 days ago


0 comments:
Post a Comment