BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, September 17, 2010

Lintasan Sejarah part-6 - Kelantan Darul Naim: Sultan Muhammad Ke-III

Long Kundur Putera Long Sulung Sebagai Sultan Muhammad Ke-III(1889-1890).
Long Kundur adalah putera sulung kepada Long sulung(Sultan Ahmad), iaitu putera sulung pula kepada sultan Muhammad Ke-II(1837-1886). Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Ke-II pada tahun 1886 maka anakanda Raja long Sulong telah ditabal menaiki takhta kerajaan dengan gelaran "Sultan ahmad" di samping itu Raja Sultan Ahmad juga terkenal dengan gelaran "Sultan Tengah". Sebelum ditabal menjadi sultan, Raja Long sulong telah mempunyai 12 orang putera dan 13 orang puteri. Raja Sultan Ahmad tidaklah lama memerintah, pada tahun 1889, Raja pun jatuh gering dan mangkat, jenazahnya telah dimakamkan di Permakaman Di Raja Langgar, Kota Bharu. Selepas itu putera sulung Raja, iaitu Long Kundur telah menaiki takhta kerajaan, pada mula2nya sebagai Pemangku Sultan, dan terus bersemayam di Istana Jahar. Kemudian apabila perlantikan Raja diiktiraf oleh Kerajaan Siam, maka Raja pun secara rasmi digelar "Sultan Muhammad Ke-III" dan disamping itu Raja juga terkenal dengan 2 nama gelaran lagi iaitu "Sultan Banggu" dan "Sultan Bendehara". Raja Sultan Muhammad Ke-III mempunyai 9 orang cahayamata, iaitu 5 org putera dan 4 org puteri sewaktu Raja bergelar Bendehara lagi. Raja mangkat secara tidak diduga pada tahun 1890 semasa dalam peraduan di Istana Jahar, dan jenazah Raja dimakamkan di Permakaman Di Raja Langgar, Kota Bharu. Suatu perkara tradisional yang sering kali berlaku bila seorang Raja mangkat ialah timbulnya masalah untuk mencari penggantinya. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Negeri Kelantan, tapi juga di lain2 negeri pada masa itu, seperti di Perak, selangor dan Pahang dalam abad yang sama; hal ini berlaku akibat kelonggarab sistem, peraturan dan politik pada masa itu yang menyebabkan takhta Di Raja itu menjadi rebutan bukan sahaja dikalangan anak2 raja yang mangkat, tapi juga dikalangan adik-beradiknya. Bagi mencegah perkara yg tidak diingini seperti itu berulang lagi, maka Raja Sultan Muhammad Ke-III semasa hayatnya telah membuat peraturan mengenai penyusunan bakal2 Sultan kelantan. Mengikut peraturan yg dibuat oleh Raja itu, bakal sultan yg pertama mestilah bergekar Raja kelantan, bakal Raja yg kedua hendaklah bergelar Raja Muda dan bakal Sultan yang ketiga hendaklah bergelar Tengku Sri Indera. setelah membuat peraturan tersebut, maka Raja pun mengangkat adinda Raja, tengku Mansor yg telah bergelar Raja Muda sebagai Raja Kelantan, jawatan yg kedua dikosongkan oleh Raja, dan jawatan yg ketiga sebagai Tengku sri Indera diberikan kepada putera sulung Raja sendiri, Tengku Long senik. Sejauh mana keberkesanan peraturan yg dibuat oleh Raja itu adalah diluar perbincangan bicara kita ini, tapi yang pentingnya Raja Sultan Muhammad Ke-III telah meletakkan asas untuk mencegah pertumpahan darah di kalangan kerabat di raja kerana merebut takhta. Sebelum Sultan Muhammad Ke-III menaiki takhta kerajaan, Sultan Kelan waktu itu ialah Long Sulong yang bergelar Sultan Ahmad(1886-1889). Dalam masa pemerintahan Sultan Ahmad yg singkat  itu, Raja tidak dapat melakukan bnyk kemajuan. Namun begitu, Raja meneruskan pemerintahan yang telah diletak batu asasnya oleh Sultan Muhammad Ke-III yang berjalan dengan aman dan makmur. Pada tahun 1887, Raja Sultan Ahmad telah memerintahkan supaya dibina sebuah Istana di halaman Istana Balai Besar untuk putera sulung Raja, Tengku Kundur yang waktu itu yg bergelar Raja Bendehara, dan selepas itu diangkat menjadi Tengku Sri Indera. Istana ini telah menjadi tempat Persemayaman Tengku Kundur bersama dengan isterinya Tengku Embong Patani. Pada mulanya istana itu dipanggil Istana Raja Bendehara iaitu gelaran yang diberikan kepada Tengku Kundur, tapi kemudiannya ia dikenali dengan nama "Istana Jahar" kerana terdapat pokok2 jahar ditanam dihalaman istana itu. Pada hari ini Istana Jahar itu telah diubahsuai dan ditempatkan di muzium negeri. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad, Long Sulong telah menaiki takhta kerajaan pada tahun 1889 dengan gelaran Sultan Muhammad Ke-III. Walaupun pemerintahan Sultan Muhammad Ke-III singkat, tapi beberapa kemajuan juga telah dicapai di zaman pemerintahan beliau. Raja juga menjalankan pemerintahan mengikut hukum syarak, dimana pencuri2 yang didapati bersalah akan dipotong tangannya. Beliau juga memerintahkan supaya dibina rumah2 ibadat untuk orang2 Islam seperti mendirikan masjid, surau dan madrasah. Pemerintahan Sultan Muhammad Ke-III berjalan dengan adil, menyebabkan Negeri Kelantan terus maju dgn pesatnya, banyak jalan raya dibuka, hutan belantara ditebas dan ditebang untuk dijadikan sawah padi dan kebun2 buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh memberikan sumbangan kepada ekonomi Negeri Kelantan dan rakyat2nya.

0 comments: