Salam kedamaian buat semua..
Coretan ini saya nukilkan kerana risau dengan model pembinaan insan yang dilatih oleh Kerajaan Maksiat BN pada hari ini.. Pada saya kerajaan BN sangat2 bankrupt modal dalam pembinaan akhlak remaja hari ini, jangan hanya kata dibidang hiburan, malah disekolah2, tempat dimana anak2 kita menuntut ilmu pun agak rosak model persembahannya..
Saya persembahkan kepada anda buah fikiran, impian dan kajian saya dalam seni kebudayaan ini sebagai satu bentuk alternatif untuk kita fikirkan bersama... Jika ada para2 ustaz yang membaca persembahan ini, saya mohon jika ada tersilap dari tutur taip ini, semoga anda menegur mana2 sisi yang tidak anda persetujui.. Moga kita diberikan Taufik dan hidayah olehNYA selalu...Assalamualaikum w.b.t.
Pertumbuhan budaya popular yang tidak terancang dan terarah sekarang ni begitu membimbangkan. Aspek2 kemurnian, keluhuran, kedudukan dan keharmonian tidak lagi di ambil kira, disamping itu tiada pengawalan yang berkesan, dari masyarakat umum mahupun pemerintah yang berbudi luhur, berakhlak mulia dan mampu bersaing dengan masyarakat maju yang lain. sesungguhnya bidang seni dan kebudayaan dalam makna yang luas belum ditangani oleh badan-badan dakwah dan gerakan Islam secara serius. Bidang ini dianggap sudah menyeleweng dari landasan Islam, justeru itu dia langsung diketepikan dan dibiarkan begitu sahaja. Yang anehnya kita sama2 memaklumi bahawa kesenian juga merupakan satu saluran dakwah yang berkesan jika pendekatan yang sesuai dan sistematik dilakukan kepadanya. Sabda Nabi (SAW) diriwayatkan oleh Imam Muslim, bermaksud,
"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan suka Kepada keindahan."
Al-Quran sendiri memang memberi perhatian yang jelas kepada aspek estetika. Allah SWT menciptakan manusia dalam rupa bentuk yang paling indah.
"Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmah, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu; dan kepadaNYA lah tempat kembali."(maksud At-Taghabun:3)
"Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik2nya(dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." (maksud At-Tiin:4)
Begitu juga alam semesta ini dijadikan dalam keadaan yang indah lagi menarik disebabkan ketelitian, kerapian, keseimbangan dan keharmonian ciptaanNYA.
"Dan bagi kamu binatang2 ternak itu, keindahan(yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berehat(pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar(pada waktu pagi). Dan binatang2 itu pula membawa barang2 kamu kemana2 negeri yang kamu tidak sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah. Sesungguhnya Tuhan kamu amat melimpah belas kasihan dan rahmatNYA. Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan kamu tidak mengetahuinya." (maksud an-Nahl:6-8).
"(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkan mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami memperhiasinya dengan (bintang2), dan dengan keadaan tidak ada pada retak renggang. Dan juga (keadaan) bumi ini,(bagaimana) Kami bentang dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur." (maksud Qaaf:6-7). Hikmat di sebalik keindahan ciptaan Ilahi ini ialah supaya menimbulkan keimanan yang kukuh kepada Tuhan Yang Maha ESA; iaitu keimanan yang terpancar daripada aspresiasi terhadap ciptaan Allah yang begitu sempurna. Si mukmin merasakan dirinya mempunyai hubungan ruhaniyyah yang erat dengan alam semesta ini: hubungan yang tegak di atas emosi cinta, hormat dan penghargaan tinggi.
Dr.Siddiq Fadhil dalam ucapannya, menekankan: :Sesungguhnya seni dalam Islam adalah seni yang bermatlamat untuk pengabdian dan kebaktian. Seni dalam pengabdian dalam erti pengabdian kepada Allah SWT sebagai memenuhi tujuan penciptaan insan itu sendiri. Seni sebagai cabang kebudayaan yang bernilai indah serta menyenangkan dan memberikan kepuasan intelek dan emosi. Seni dalam Islam bukan sekadar seni untuk seni, seperti yang pernah dikemukakan oleh Roger Free. Ambo sendiri melihat orang2 Islam di zaman kegemilangannya begitu kreatif ,saya melihat pengkaryaan sebagai sesuatu yang berkaitan erat dengan fungsi kekhalifan dengan jaya tanpa ciri2 kualiti, inovatif dan kreatif. membangunkan alam, memakmurkan alam sebagai karya agung yang serba indah dan mengkagumkan. Kesenian dalam Islam pada saya, adalah usaha manusia untuk melukiskan kisah mengenai hakikat kewujudan ini dalam bentuk yang indah, menghidupkan dan merangsangkan. Keindahan sekaligus kebenaran; kebenaran adalah puncak keindahan, sesuatu itu indah selagi ia benar. Sesuatu itu dinilai indah bukan cuma bersifat material atau kebendaan tetapi meliputi hal2 bersifat maknawi iaitu keadilan, kasih sayang dan persaudaraan.
Saya ingin mengingatkan para seniman tentang bakat yang diamanahkan dan bersyukur dengan mempergunakan daya kepekaannya menurut garis dan panduan yang telah ditetapkan, dengan ingatan bahawa kesenian dalam konteks Islam adalah salah satu cabang budaya yang harus tumbuh dan menyubur dalam acuan syariat. Sikap sebahagian pendakwah yang sewenang2nya menolak dan menentang seni sewajarnya ditinjau semula. Pendakwah tidak harus memperkecilkan pengaruh seni yang begitu hebat terhadap masyarakat. Musuh2 Islam amat menyedari hakikat ini dan mereka mengeksploitasikan bahan2 tersebut dalam usaha menentang umat Islam, dengan teknik dan pendekatan yang paling canggih. Ia begitu berkesan terutama kepada khalayak yang masih muda. Justeru itu, pendekatan atau kaedah dakwah hendaklah sesuai dengan golongan sasaran supaya boleh membawa kepada keberhasilan yang maksimum, disamping menjimatkan waktu dan tenaga yang amat diperlukan.
Pada saya, seni haruslah dipandang sebagai neutral, sama seperti kebanyakan invensi dan kreativiti manusia dalam berbagai2 bidang kehidupan. Beberapa meter kain boleh digunakan oleh seorang wanita tertentu untuk menonjolkan kejelitaannya dengan tujuan memikat hati atau mempesonakan pandangan orang. Tetapi seseorang wanita lain yang sama akan menggunakan kain itu sebagai pakaian yang menutup auratnya dengan penuh adab dan sopan. Seni boleh digunakan sebagai saluran maksiat dan dosa, tetapi ia juga boleh menjadi santapan jiwa yang bersih dan menyelesakan. Ia boleh menggerakkan akal dan hati serta mendorongnya kepada kebajikan, boleh merangsangi orang kepada jihad, boleh mengungkapkan dakwah yang paling mulia dan kudus dan boleh menitipkan sifat2 utama dan nilai2 murni.
Pelopor dan pendukung ideologi2 dan isme2 tertentu telah berjaya mempengaruhi berjuta2 manusia dengan menggunakan berbagai2 jenis seni. Umpamanya, Jean-Paul Sartre, iaitu pelopor fahaman Existentialism dari Perancis itu, telah berjaya mempengaruhi berjuta2 manusia melalui kisah dan drama. Kejayaan yang dicapainya dalam hubungan ini jauh lebih besar daripada mana2 paderi Kristian yang paling berpengaruh di barat. Malah nama Sartre lebih dikenali umum menerusi drama2nya daripada menerusi falsafahnya sendiri. Ini kerana bilangan orang yang membaca buku2 kajian dan falsafah begitu kecil berbanding dengan mereka yang menonton filem, pementasan dan membaca buku2 cerita. Para pendakwah tidak seharusnya menghadapi kegiatan2 seni yang menyeleweng lagi melalaikan itu dengan hanya melaung2kan kritikan2 pedas melalui khutbah2 dan syarahan2 retorik semata2. Seni yang menyeleweng itu hendaklah dihadapi dengan mengemukakan seni yang tulen sebagai alternatifnya. Kita mestilah faham bahawa manusia tidak boleh hidup didalam kekosongan dengan menolak segala saluran seni dan rekreasi sama sekali. manusia tidak akan meninggalkan seni semata2 kerana mendengar ceramah agama atau membaca tulisan2 yang menyelar aktiviti seni yang bercanggah dengan prinsip2 agama dan nilai2 moral.
Bagaimanapun, Ulama'2 yang begitu senang membenarkan pelbagai jenis seni yang sememangnya jelas dilihat menyeleweng dan melalaikan juga hendaklah ditegur. Golongan ini boleh mendiamkan diri dengan segala bentuik pesta dan majlis2 atas nama kebudayaan, tetapi dihiasa dengan tarian dan nyanyian yang kurang sopan dan tidak bermoral. Mencari oendekatan dakwah yang lebih bersepadu dan boleh diterima umum tidak bermakna menghalalkan sebegitu mudah seni hiburan murahan(setan) yang meluas sekarang ini. Kaedah dakwah harus suci dan tifak dikotori dengan saki baki jahiliyyah yang menyesatkan.
Meskipun kita mahukan seni yang harmonis dan subur dalam acuan syariat, tetapi kita hendaklah ingat, bukan matlamat kita mewujudkan masyarakat yang sering rindu dengan hiburan. Masyarakat Islam tidak boleh didominasi oleh seni, ia adalah masyarakat ilmu. Andainya masyarakat Islam juga kaya dengan seni, maka seni itu haruslah di integrasikan dengan ilmu. di hadapan kita ada tugas yang lebih besar, tugas sebagai khalifah di muka bumi ini, menegakkan Islam dan memerintah dunia dengan Islam yg syumul itu. Justeru itu harus dibina Ummah yang "knowledge based" dan teruji dengan segala hambatan dan cabaran, serta sanggup berdada dalam medan jihad.
Roshdan Bin Tengku Abdul Wahab-AMK-PKR Machang
Membaca kesan perpisahan Pas dengan Bersatu
3 days ago


0 comments:
Post a Comment