BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 14, 2010

Lintasan sejarah part 3 - Kelantan Darul Naim

Hubungan baik  telah terjalin antara Kerajaan Che Siti Wan kembang di Gunung Chinta Wangsa, dgn Kerajaan Loyar di jembal. Baginda che Siti Wan Kembang telah mengambil  Puteri Saadong sebagai anak angkat yg akan menaiki  tahkta kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Che Siti Wan Kembang tdk mempunyai puteri ataupun putera sbb Che Siti Wan Kembang tdk berkahwin sehingga beliau mangkat. Puteri Saadong seorang gadis yg terkenal kerana kecantikannya. Perihal kecantikkannya telah sampai ke perkhabaran Maharaja Siam yg kemudiannya menghantar utusan utk meminang Puteri saadong, tapi ditolak. Kemudiannya Puteri Saadong telah dikahwinkan dgn sepupunya Raja abdullah putera Raja Bahar Bendehara dgn tujuan utk menyelamatkan pertalian Di Diraja. Raja Abdullah telah dirajakan di Kampung Chetok Pasir Mas, dan kemudiannya berpindah ke Kota Jelasin ataupun Kota Mahligai. Oleh sebab mendapat tekanan yg hebat dari Maharaja Siam, maka Raja Abdullah mengizinkan permaisurinya Puteri saadong berangkat ke Siam. Bila Puteri Saadong kembali dari Siam,  maka tercetuslah perbalahan antara kedua suami isteri itu dan menyebabkan Raja Abdullah mati tertikam dgn pemancak sanggul Puteri Saadong. Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim saudara Raja Abdullah menjadi sultan di Kota Jelasin pada 1671M(1082H) dan dikahwinkan dgn janda Raja Abdullah, anak Penghulu Raja Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesani lagi. Tidak lama selepas itu Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya ditepi Tasek Lelayang Mandi, dgn itu putuslah sejarah Kerajaan Mahligai dan wujudlah pula kembali Kerajaan Jembal yg pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yg bergelar sultan Omar pada 1675M(1086H). Sultan Omar adinda kpd raja Loyar yg sebelum itu telah bergelar Temenggung; Sultan Omar mempunyai 5 org putera dan puteri, iaitu Raja kecil sulung, Raja Ngah yg bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Sultan Omar mangkat pada 1721M(1132H), Baginda Raja Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak putera sulungnya, Raja Kecil Sulung. Setelah Raja Bahar mangkat pada 1733M(1146H), maka putera Raja Long Sulaiman ditabal menjadi Raja menggantikannya dan terus bersemayam di Kota Kubang Labu, bukannya di Jembal yg terus ditinggalkan dan akhirnya menjadi sebuah perkampungan. Long Sulaiman mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan 2 org puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan kembang yg berkahwin dgn Long Deraman putera Tuan Senik Geting yg memerintah di Legih. Pada 1756M(1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta yg akhirnya membawa kpd kemangkatan Long Sulaiman. berikutannya Long Pendek, sepupu Long Sulaiman, telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda. Kemudiannya pada 1758M, Long Pendek telah mangkat ditangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendek membunuh isterinya Tengku Tengah, iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhammad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletus peperangan antara pihak Long Muhammad yg dibantu oleh Long Deraman dgn pihak Long Yunus putera Long sulaiman yg dibantu oleh Long Ghaffar, putera Raja Roman di Ulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan kerajaan Kumang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. Bagi mengenang jasa Long Ghaffar yg membantunya dalam peperangan itu, maka Raja Long Yunus telah melantik Long Ghaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Sungai Pasir Tumbuh. Raja Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan Negeri Kelantan yg banyak itu dan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja. Raja Long Yunus mempunyai 7 orang putera dan 5 orang puteri, dan seorang daripada puteri Raja Long Yunus yg bernama Cik Ku Tuan Nawi telah berkahwin dengan Tengku Muhammad, putera Sultan Mansur trengganu, dan putera sulung mereka adalah mewarisi takhta Kerajaan Long Yunus. Raja Long Yunus mangkat pada 1798M(1209H) dan dimakamkan di Permakaman Raja Langgar, Kota Bharu.

0 comments: