Long Senik Putera Long Tan Tenenggong sebagai Sultan Muhammad ke-II(1836-1886).
Long Senik adalah putera Long Tan Temenggong(adinda Sultan Muhammad 1) yang mangkat terbunuh di Galas, Ulu Kelantan ketika menjalankan tugasnya. Raja Long senik telah diambil dan akan dijadikan anak angkat semasa Long Tan Temenngong masih ada hayatnya. Raja tinggal bersama2 dengan Sultan Muhammad 1 di istana sebagai bakal pewaris takhta kerajaan Kelantan, kerana Raja Sultan Muhammad 1 tidak mempunyai putera ataupun puteri untuk mewarisi takhta kerajaannya. Raja sultan Muhammad 1 telah menyampaikan hasratnya itu kepada Raja Siam. Raja Sultan Muhammad-1 mempunyai 4 orang beradik, iaitu Long Senik(Sultan Muhammad ke-II), Tengku Long Nik(Tengku Sri Indera), Tengku Tuan Bongsu(Raja Muda Penambang), dan Tuan Kota(Tengku Senik). Raja Long Senik kemudiannya bergelar Sultan Muhammad ke-II dikurniakan dengan 3 orang cahayamata, iaitu 2 orang putera dan seorang puteri, putera sulung Raja bernama Tengku Sulung, putera yang bongsu ialah Tengku Jaafar(Temenggong), dan puteri Raja pula ialah Engku Na Nik bergelar Engku Raja yang berkahwin dengan Tengku Putih anak Tengku Besar Raja Pattani. Setelah memerintah selama kira2 48 tahun, maka Sultan Muhammad ke-II pun jatuh gering beberapa lama kerana sakit tua, yang membawa kepada kemangkatan Raja pada tahun 1886M(1304H) dan dimakamkan di Permakaman Di Raja Langgar. Selepas kemangkatannya itu Raja dikenali dengan gelaran "Marhum mulut merah" ataupun Sultan Muhammad Mulut Merah. Raja Sultan Muhammad ke-II adalah seorang yang bijaksana dan berpandangan jauh. Untuk mengelak daripada berlakunya pertumpahan darah yang tidak diingini berpunca dari cetusan rasa kecewa antara beberapa pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Siam. Dia mengambil tindakan perundingan yang berhemah. Dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad Ke-II Negeri Kelantan bertambah kukuh dan stabil serta termasyhur didalam dan luar negeri. Dari segi fizikalnya Negeri Kelantan amnya, dan bandar Kota Bharu khasnya selalu ditenggelami oleh banjir dari masa ke masa. Perkara ini berlaku sejak beratus2 tahun dahulu lagi, dan menjadi ancaman kepada keselamatan nyawa dan harta benda manusia, dimana kadang2 ianya berlaku lebih dari sekali dalam setahun. Perkara ini juga yang dihadapi oleh Sultan Muhammad Ke-II(1837-1886), menyebabkan Raja rasa bimbang keselamatan kota istananya itu di Pulau Saba itu akan musnah sedikit demi sedikit telah terhakis oleh banjir yang sentiasa mengancam, terutama bila tiba musim tengkujuh. Pada tahun 1840M. Raja telah mengeluar perintah supaya digali sebuah anak sungai di tebing sebelah barat Sungai Kelantan bertempat di Kampung Kutan untuk meredakan rempuhan air Sungai Kelantan ke Pulau Saba. Anak Sungai gali itu lebarnya 3 depa, dalamnya kira2 5 depa dan panjangnya 3 setengah batu hingga sampai ke Bendang Mokrat, berhampiran dengan Palekbang sekarang, dan ianya selesai digali pada tahun 1841M, dan boleh didapati hingga sekarang dipanggil "Sungai Raja Gali". Raja Sultan Muhammad sendiri bersusah payah berangkat merasmikan pelancaran projek tersebut. Tapi dalam masa tidak sampai setahun, Sungai Raja Gali itu tidak lagi dapat berfungsi mengalir air dengan baik kerana tertimbus oleh timbunan lumpur dan pasir yang dibawa oleh arus Sungai Kelantan, dengan itu tebing Sungai Kelantan terutama disebelah timurnya mulai terancam kembali oleh keruntuhan akibat hakisan sungai dan dilanda banjir, dan kta istana Pulau Saba itupun turut terancam semula, dan tidak ada jalan lagi untuk menyelamatkannya. suatu tempat baru terpaksa dicari untuk untuk mengganti Pulau Saba yang terancam itu, maka pada tahun 1844. Raja telah memilih satu kawasan baru yg letaknya arah ke timur Pulau Saba dan Kebun Menseta(sekarang pdg merdeka), dan dikeluarkan perintah supaya dibina kota dan istana ditempat yg baru itu. Didalam kota yg baru itu terdapat sebuah balai yg besar, sebuah rumah besar yg merupakan istana kediaman raja, surau dan sebuah tempat pengawal2 raja. Bangunan istana dan balai besar itu dibuat mengikut tradisi Melayu; disekeliling kota dan istana itu dipagar dengan pagar kayu cengil setinggi kira2 sepuluh kaki. Seluruh bangunan itu dibina atas tapak seluas kira2 40 ekar yang dikelilingi oleh parit dan dipagari oleh2 pokok2 buluh peleting seluas 25 ekar yang dipanggil kawasan "buluh kubu", dan kemudiannya disebut "Dalam Kubu". Didalam kubu inilah didirikan rumah2 kediaman kerabat2 raja, orang2 besar dan orang2 yang setia dan berjasa kepada raja. Kawasan ini adalah menjadi hak milik setiap Sultan yang memerintah negeri Kelantan secara turun temurun. Pada tahun 1844 Raja Sultan Muhammad Ke-II pun berangkat di istana yang baru siap dibina itu, kota dan istana yang baru dibina itu dipanggil "Kota Bharu" mengambil sempena ianya baru dibina. Akhirnya kota dan istana yang baru dibina ini telah berkembang menjadi pusat pentadbiran dan pemerintahan negeri Kelantan dan juga Ibu Negeri Kelantan hingga ke hari ini. Untuk mengelak kekeliruan dimana dua tempat mempunyai nama yang sama iaitu bandar Kota Bharu, untuk kota istana yg baru dibina, Raja menamakannya sebagai "Istana Balai Besar" dan Kota Bharu kekal sebagai nama bandar dan menjadi ibu Negeri Kelantan. Oleh sebab Raja seorang yg berjiwa Islam, maka Raja menjalankan pemerintahan mengikut Al-Quran dan Hadis, seperti menjatuhkan hukuman potong tangan kepada pencuri, dan menjatuhkan hukuman bunuh kepada org yang didapati salah kerana membunuh. Pada tahun 1867, Raja telah memerintahkan supaya dibina sebuah masjid kayu yang baru atas tapak masjid lama yang telah berusia ratusan tahun dan masjid itu telah pun runtuh dilanda banjir pada tahun 1847. Kemudiannya masjid itu telah bertukar menjadi masjid batu, dan dinamakan Masjid Muhammadi mengambil sempena nama Sultan Muhammad Ke-IV. Dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad Ke-II kemajuan dalam bidang pemilikan tanah juga telah dicapai. Pada tahun 1882, Raja telah memerintah supaya dibuat peraturan untuk mendaftar tanah2 diseluruh negeri Kelantan untuk mempastikan berapa banyak jumlah tanah yang dimiliki oleh kerajaan dan berapa banyak pula yang dimiliki oleh rakyat, kerana sebelum itu org ramai di Negeri Kelantan telah banyak menjualkan tanah2 mereka untuk mengatasi kemelesetan ekonomi yang telah melanda Negeri Kelantan. Sepanjang pemerintahan Sultan Muhammad Ke-II dari tahun 1838-1886, suasana di Negeri Kelantan menjadi aman tenteram dan makmur, pemerintahan beliau berjalan dengan penuh kestabilan dan dalam masa yang panjang, keharuman dan kemasyhuran nama Negeri Kelantan harum semerbak mekar hingga ke luar negeri.
Membaca kesan perpisahan Pas dengan Bersatu
3 days ago


0 comments:
Post a Comment