BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 19, 2010

Ekonomi pokcik sam?? world sam? sam........... good morning uncle

Salam kedamaian buat semua... adessss... ambo xreti jgk nok menghuraikan bab ni, tp ni antara kaji selidik yg ambo dpt lakukan dlm pembentangan seminar ambo baru2 ini..

Secara am, pasaran bebas adalah berteras kepada kebebasan untuk berbuat apa sahaja dengan hak harta atau property yang ada pada kita. tidak ada campur tangan pihak luar kerana kita sendiri bebas menentukan apa yang kita mahu buat terhadap hak milik kita. Ini termasuk tubuh badan dan nyawa sendiri. Ini berasaskan hak kebebasan itu sendiri, iaitu kita bebas melakukan apa sahaja asalkan ia tidak menyakitkan orang lain. itu prinsipnya. Tidak perlu kemukakan soal "kebebasan ada hadnya" atau "tidak boleh wujud kebebasan mutlak". Memang benar kenyataan itu. Jadi apa yang "menyekat" kebebasan? Bukan undang2 yang mencengkam tetapi  "tanggungjawab". Tanggungjawab adalah sekatan semulajadi terhadapkebebasan. Sebagai contoh, dari pemerhatian saya, di Amerika Syarikat(AS) hari ini, ramai kalangan kiri serta pendokong sistem yang yang mahu kerajaan campur tangan dalam hidup kita telah dengan bangganya menyokong langkah kerajaan AS mahu menyelamatkan industri kenderaannya pada setahun yg lalu dengan menggunakan wang rakyat bernilai lebih RM100 billion. Sepanjang tahun lalu kerajaan AS telah "menyelamatkan" bank dan syarikat kewangan dengan wang cukai rakyat. Ini telah dijadikan asas oleh kalangan anti-pasaran bebas bahawa sistem pasaran telah gagal dan hanya kerajaan yang boleh menyelamatkan ekonomi. Jarang sekali orang menyalahkan kerajaan apabila ekonomi meleset, walaupun puncanya adalah campur tangan kerajaan itu sendiri. Sehinggakan apabila ada satu atau dua syarikat besar yang melakukan kesalahan jenayah, ia dicanang oleh media massa sebagai bukti kegagalan pasaran pasaran. Adakah ini sudah menjadi propaganda politik dimana satu keburukan dihebahkan ke seluruh dunia tetapi berjuta yang berjaya didiamkan? Pasaran bebas adalah sistem pertukaran barangan dan perkhidmatan dan apa2 sahaja secara suka rela. Penekanannya disini adalah "suka rela" kerana campur tangan dalam apa bentuk sekalipun adalah paksaan. aspek suka rela inilah yang memastikan setiap pihak yang terlibat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri sendiri dan bergantung kepada pihak yang satu lagi dimana urusan dilaksanakan. Bandingkan cara ini dengan sistem kerajaan kita yang sedia ada dimana birokrat kerajaan (yang kemungkinan besarnya tidak ada sebarang pengalaman perniagaan, malah mungkin tidak pernah jual burger di tepi jalan) menentukan apa yang baik atau buruk untuk kita.Seperti mana biasa, selain birokrat, menteri juga biasanya dikalangan mereka yang tiada pengalaman berniaga dan hanya mahu mencari populariti. Penswastaan mmg menggerunkan rakyat bawahan, tetapi menteri2 telah memberikan omongan mereka bahawa kerajaan akan mengawal setiap kadar yang akan diswastakan. Bayangkanlah jika kerajaan mahu tentukan setiap barang di pasaraya Giant atau semua pasar2 mini. Bayangkan kerajaan tentukan bayaran bilik2 hotel 5 bintang di negara ini. Yang pasti ini akan memburukkan nama pasaran bebas kerana rakyat sudah pun melihat penswastaan itu sebagai sistem pasaran Tetapi apabila kerajaan mahu tentukan kadar bayaran, pastinya pemilik swasta mahu kerajaan membalas budi dengan memastikan syarikat tetap mendapat keuntungan. Akhirnya kerajaan - dengan duit cukai rakyat - terpaksa menanggung subsidi kepada pemilik swasta kerana mahu memastikan bayaran perkhidmatansyarikat itu mendapat untung. Akhirnya orang akan kembali bertanya, "mengapa diswastakan?". Pastinya ada usaha2 untuk menyalahgunakan "penswastaan" untuk masuk poket sendiri mungkin akan diteruskan. Inilah kegelojohan dan ketidakcerdikan yang memesongkan pandangan rakyat bahawa pasaran bebas itu satu sistem buruk, sedangkan yang menjadikan sistem itu lemah adalah campur tangan kerajaan. Berbalik kepada AS, walaupun kerajaan mana2 parti disana yang bersikap tikus membaiki labu, semangat individu Amerika masih cekal. Mengikut Prof. Prabhudev konana dari University Of Texas dalam rencananya di akhbar The Hindu pada 2 Disember 2008, inovasi dan semangat keusahawanan AS tetap utuh walaupun dilanda campur tangan kerajaan serta kapitalisme anarki ala wall street. Perlu diingatkan bahawa tidak semua yang "berniaga" itu dianggap pasaran bebas. Adam smith lebih awal lg menghidu masalah ini apabila menonjolkan "mercantilism" sebagai masalah dalam pasaran bebas, iaitu campur tangan kerajaan bersama2 dengan ahli2 perniagaan atas nama mahu melindungi perdagangan, terutamanya dari "serangan" luar - sama ada luar negara atau luar dari lingkunga kumpulan yang rapat dengan kerajaan (dahulunya raja2 dan penasihat mereka). Hari ini kita gunakan istilah kapitalisme kroni untuk menggambarkan keadaan ini. Apabila korporat2 tertentu mendapat layanan istimewa kerajaan(ya, sedikit sebanyak ekonomi dan pembangunan dapat dilangsungkan), ia sudah diburukkan dengan campur tangan kerajaan. Di Malaysia kita sudah melihat bagaimana kapitalisme kroni menyekat kebebasan usahawan lain untuk menonjol. Kerajaan membantu kroni mereka dengan memberikan keutamaan kontrak dan projek di samping menggubal undang2 untuk melindungi mereka. Sekali lagi prinsip kedaulatan undang2(yang menjadi sebahagian dari asas sistem pasaran) telah dicabul. Karya satira Fredict Bastiat, "Petisen Pembuat Lilin" dengan jelas membuktikan kes ini bila mana sindiran pemikir Perancis abad ke-19 itu telah "meminta" kerajaan meluluskan undang2 menghalang cahaya matahari dari menembusi ruang rumah, pejabat, kedai dan apa sahaja kawasan semata2 untuk membantu pembuat lilin berjaya dalam perniagaan mereka. Kembali ke AS, walaupun kerajaannya hari ini cuba memenuhi hasrat pelobi2 perniagaannya, semangat kebebasan dikalangan rakyat negara itu masih kukuh. Malah, kebebasan inilah yang melahirkan kreativiti. Biasanya, dalam masyarakat yang dikawal atau terkawal, kreativiti selalu menjadi mangsa. Alasan biasa untuk mematikan kreativiti adalah "bertentangan dengan nilai masyarakat" atau :tidak sesuai dengan norma2 masyarakat". Menurut Prabhudev, anak2 muda yang lahir dizaman moden ini dengan penuh kreativiti adalah mereka seperti Bill Gates(microsoft), Michael Dell(Dell Computers) dan Steve Jobs(Apple Inc.). Yang lainnya seperti Aoron Swartz, hanya berusia 14 tahun apabila dia menghasilkan bersama content distribution software RSS. Blake Ross pula berusia 17 tahun apabila dia membantu mencipta browser Firefox, manakala Mark zuckenberg dalam usia 19 tahun menghasilkan facebook. Malah dalam usia remaja dan 20-an, manusia kreatif dari AS ini telah menghasilkan napster, ColdFusion,Studeous.com serta Google dan Yahoo!. Menurut Prabhudev lagi, bukan sahaja rakyat kelahiran AS, golongan imigran juga berjaya dalam usaha kreatif mereka seperti kejayaan menguasai separuh daripada perniagaan Silicon Valley termasuk Andy Grove dari Intel, Vinod khosla dari Sun Microsystem dan sergey Brin dari Google. Dan ini semua baru sahaja dalam industri IT. Apa yang dikatakan oleh professor itu adalah sistem pasaran bebas wujud dengan prinsip semula jadi alam, "reward and punishment". Kapitalisme akan menghukum kualiti yang buruk dan kelemahan. Yang lainnya, pasti menuju kejayaan. Mudah tetapi tak semudah yang dibaca kerana segala2nya bergantung kepada usaha sendiri.  Sebagaimana yang dikatakan oleh humoris AS P J O" Rourke dalam Weekly Standard pada 17 November 2008, pasaran bebas adalah seperti penimbang berat badan. menurutnya apabila kita berdiri diatas timbang itu, kita mungkin tidak suka apa yang kita lihat pada penandanya. Tapi realiti tetap realiti, kita tidak boleh mengelak keadaan yang berlaku diketika ini. Itulah yang sering terjadi hari ini bila mana kerajaan rasa ia boleh gubal undang2 untuk menunjukkan semuanya baik belaka. Sayangnya, ramai dikalangan kita pun percaya bahawa dengan menggubal undang2 sahaja, semuanya akan beres. Bahkan dengan berpuluh2 undang2 digubal dan dipinda, masalah jenayah tetap terus menjadi2. Apakah kita terlupa untuk selidik punca dan penyelesaian yang lebih tepat serta jitu? Apa yang dilakukan komunis sepanjang abad ke-20 semuanya menjurus kearah yang sama. Dengan niat yang suci dan baik untuk kebaikan semua rakyat, para birokrat kerajaan pun berbincang dan menentukan apa yang baik dan buruk untuk kita. Hasilnya hampir semua kerajaan Komunis dan sosialis dihumbankan oleh rakyat sendiri. Jika diperhatikan musuh semulajadi kkomunis dan sosialis adalah fasis, sama ada mazhab Nazi atau Fasis. Namun, kedua2 ideologi yang bermusuhan ini sebenarnya mempunyai ciri yang sama di segi ekonomi, pentadbiran dan pengurusan - iaitu ditentukan oleh kerajaan. Kedua-dua ideologi kiri dan kanan itu membenci pasaran dan pasaran bebas. Begitu juga isme-isme ekonomi yang mempunyai teras yang sama. Malah apabila agama digunakan sebagai label ekonomi, yang harus diselidiki adalah ciri2nya dan pelaksanaanya, bukannya pada nama atau slogan sahaja. Jika terasnya tetap dikawal kerajaan, ia tidak banyak berbeza dengan sistem anti pasaran dan kesannya juga hampir sama - yang menanggung beban adalah individu dan rakyat. kata pepatah, "The road to hell is paved with good intensions." Dan tidak mengejutkan jika pemuka kebebasan dan pasaran bebas, friedrich Hayek menamakan bukunya, The Road to Serfdom yang menghalusi masalah besar apabila ekonomi dirancang dan dikawal; individu dan rakyat hilang segala kebebasan dan hak apabila nasib mereka ditentukan oleh negara.

Saya ingin menegaskan disini, bila kita cuba menghuraikan sesuatu, tidak semestinya kita menyokong apa yg kita huraikan dan bicarakan sebagaimana di atas,, Saya cuma bentangkan apa yg perlu sy huraikan..untuk kita semua berfikir dari perspektif yang berbeda dan melihat dari pelbagai ruang sudut2 realiti kehidupan ekonomi dan cuba menghalusinya untuk kita memberikan alternatif dan menguatkan pegangan kita terhadap prinsip hidup kita ini.

Pegangan saya tetap, yakni pada saya n harus juga ada pada semua dari pemikiran kita yang Islam lah yg menawarkan sistem yang terbaik dalam seluruh pembawaan tatacara hidup, baik dalam rumahtangga, politik, pentadbiran, ekonomi, undang2, dan semuanya..Islam itu syumul, sempurna dan semuanya merangkumi kehidupan cakerawala ini.. Berpeganglah pada Al-Quran dan As-Sunnah selalu saudara2ku sekalian,, pastinya anda tidak akan sesat.. Bersatulah umat Nabi Muhammad SAW dalam memberikan KeADILan Untuk Semua... ALLAHUAKBAR!!!

0 comments: