BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 18, 2010

Lintasan Sejarah part-7 - Kelantan Darul Naim

Long Mansur adalah saudara kepada Long Kundur, putera Long Ahmad(Sultan Ahmad). Raja Long Mansur menaiki takhta kerajaan pada tahun 1890 bila Long Kundur(Sultan Muhammad Ke-III) mangkat, kerana pada masa itu putera almarhum Sultan Muhammad Ke-III, iaitu Long Senik masih lagi kecil.  Pada mulanya Raja Long Mansur menaiki takhta kerajaan dengan gelaran "Raja Kelantan" sahaja, hanya pada tahun 1898 barulah Raja dipanggil "Sultan Kelantan", namun begitu Raja lebih suka dipanggil dengan gelaran "Raja Kelantan" juga. Raja Sultan Mansur tidak bersemayam di Istana Balai Besar, tapi di Istana Raja sendiri yang dipanggil "Kota Raja Muda" yang terletak disebelah hilir pawagam Odeon yang mulai tahun 1986 telah diubahsuai dan dijadikan Bangunan UMNO Negeri Kelantan Darulnaim. Istana ini kemudiannya didiami oleh Long Kundur yang bergelar Raja Muda(1900-1944), dan selepas itu pula didiami oleh Raja Dewa(1944-1945). Raja seorang yang berjiwa Islam dan suka berdamping rapat dengan alim ulama' pada waktu itu. Raja mangkat pada hari khamis 10 Feb. 1899(8 Syawal 1317H) di Istana Jahar, Kota Bharu, setelah jatuh gering diserang demam yang berpanjangan tanpa sembuh hingga ke akhir hayat Raja. Jenazah Raja dimakamkan di Permakaman Di Raja Langgar Kota Bharu. ANTARA PERISTIWA YANG DIKENANG SEPANJANG PEMERINTAHANNYA - Sultan Mansur yang mempunyai semangat keislaman itu telah membuat peraturan pakaian kepada rakyat Negeri Kelantan Darulnaim, untuk lelaki dan juga wanita dimana pada tahun 1898 Raja telah menetapkan supaya setiap orang Islam hendaklah berpakaian yang menutup aurat, dengan meninggalkan pakaian tradisional yang mendedahkan selama ini. Raja memerintahkan supaya wanita Islam Kelantan memakai kain sarung, baju kurung dan sehelai kain tudung kepala untuk menggantikan pakaian tradisi wanita Kelantan ketika itu, iaitu kain sarung dan berkemban; kepada lelaki Islam pula Raja menetapkan pakaiannya ialah kain sarung dan baju teluk belanga, menggantikan pakaian tradisional lelaki, iaitu berkain sarung, berikat bengkung dengan kain lepas yang diselitkan dengan sebilah keris dan sehelai tengkolok(kain setangan isih) di kepala. Mana2 orang Islam yang tidak mematuhi perintah itu dan keluar ke jalan2 raya, mereka akan dilumurkan dengan belangkin disitu juga sebagaimana yang diperintahkan oleh Raja.  Untuk mengelak dari berlakunya perebutan takhta di kemudian hari, Raja telah mengikut langkah2 yang telah diambil oleh kekandanya, Almarhum Sultan Muhammad Ke-III iaitu dengan melantik bakal2 pewaris Kerajaan semasa usia mudanya lagi Mereka yang telah dilantik oleh raja adalah anak saudara Raja, Tengku Long Senik putera sulung Long Kundur(Sultan Muhammad Ke-III) yang bergelar Tengku sri indera sebagai Raja Kelantan, iaitu pewaris pertama takhta kerajaan bila Raja mangkat nanti dan Tengku Zainal Abidin putera Long Kundur juga juga digelar Raja Muda. Kemudiannya kedua2 perlantikan itu telah diiktiraf oleh Kerajaan siam. Dalam bahasa Siamnya Raja Kelantan disebut "Phya decha" dan Raja Muda pula dalam bahasa Siam adalah "Phya Rat Sada". Selain itu Raja Long Mansur juga telah diktiraf oleh Kerajaan Siam sebagai "Sultan Kelantan". Pada awal zaman pemerintahan Raja iaitu sekitar tahun 1918 di Negeri Pahang telah meletus peperangan menentang penjajah British yang diketuai oleh Dato' Bahaman dan pahlawan2 melayu Pahang yang lain. Dalam peperangan itu pahlawan2 melayu Pahang terpaksa berundur dan ada diantaranya telah sampai ke Kelantan dan diberikan bantuan serta perlindungan oleh Sultan Mansur diantaranya ialah Pahlawan Mat Kilau. Di Bidang pembangunan negeri, jasa2 Sultan Mansur tidak dapat dilupakan sebagai penyambung asas yang telah diletakkan oleh Raja Long yunus dulu. Pada Tahun 1898 Raja Sultan Mansur telah memerintah supaya didirikan sebuah Pejabat Tanah di Kota Bharu untuk memudahkan urusan orang ramai mengenai hal tanah, dan ini adalah Pejabat Tanah yang julung2 kalinya di Negeri Kelantan. Pejabat Tanah itu juga menjadi Pejabat yang mentadbir perjalanan bandar Kota Bharu sebagai Ibu Negeri Kelantan pada waktu itu. Beberapa tahun kemudian, iaitu pada tahun 1901, Raja telah memerintahkan pula supayakedudukan tanah2 di Negeri Kelantan dikaji dan dikeluarkan grant2 pada pemilik2nya. Dan sejak itu grant2 tanah itu bertulis dengan tulisan jawi hingga 31 Disember, 1965. Raja juga mengambil perhatian yang berat terhadap keselamatan Negeri Kelantan dari rakyatnya. Raja telah memerintahkan supaya bangunan penjara atau jil didirikan dimana orang2 yang didapati bersalah boleh diletakkan untuk menjalani hukumannya. Disamping itu untuk menjaga keselamatan awam Raja telah memerintahkan supaya ditubuhkan sepasukan polis yang kebanyakan anggotanya terdiri dari orang Sikh dan India yang didatangkan dari Singapura. Satu lagi jasa Raja Mansur yang besar juga ialah di bidang perhubungan, dimana pada tahun 1898 Raja Sultan Mansur telah menandatangani suatu perjanjian dengan pihak British yang pada masa itu telah berkuasa di negeri2 Pantai Barat dan Singapura untuk membawa surat sekali sebulan ke Kelantan menerusi kapal laut. Pemerintahan Raja Sultan mansur berjalan dengan adil dan saksama menyebabkan rakyatnya hidup dalam keamanan dan membolehkan Negeri Kelantan beransur2 melangkah ke arah kemajuan di zaman-zaman yang berikutnya.

0 comments: