BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 27, 2010

Menjadikan Perniagaan Islamik? my fatwa......

                                 




         Salam kedamaian dan salam hormat buat semua......


Assalamualaikum w.b.t.   Arini ambo nok kecek bab mace mano nok buwi berniago kito ni mengikuk caro islamik n diredhoiNYA.... ambo bukke lah ustad sebenarnyo,, cumo ambo nok buwi pandangan mengikut sejauh mano hok ambo mengaji n pemahaman ambo mengenainyo. jd.. kalu ado para2 ustad hok baco coretan2 ambo ni,, silolah perbetulkanlah, mano2 hok tok betol, untuk kebaikan kito bersamo..
Peace N loveD!




Dunia perniagaan hari ini melibatkan pertumbuhan dan pengembangan pelbagai perniagaan. Perniagaan hari ini memberikan manfaat dan faedah yang banyak, bukan hanya kepada pengusaha atau peniaga, bahkan dikongsi bersama oleh pekerja, pengguna, masyarakat dan kerajaan. Peluang-peluang perniagaan terbuka luas. Sokongan modal perniagaan senang dicari daripada institusi kewangan. Kemudahan infrastruktur turut disediakan oleh agensi-agensi kerajaan. Faktor2 positif ini menggalakkan dan menyuburkan iklim perniagaan yang membawa perkembangan perniagaan yang berterusan.

Bagi individu muslim, peluang-peluang yang baik dan menguntungkan perlu direbut. Mereka juga turut sama berlumba-lumba mengejar keuntungan melalui bermacam corak perniagaan. Meskipun begitu, peniaga-peniaga muslim mempunyai batasan dan had-had yang perlu mereka ikuti. Mereka tidak boleh melibatkan diri dalam perniagaan dengan tanpa mengambli kira halal dan haramnya disisi Islam. Dalam erti kata yang lain. mereka tidak bebas sesuka hati memasuki mana-mana perniagaan.

Perniagaan secara fitrahnya memerlukan keuntungan untuk terus hidup. Keuntungan yang didapati oleh peniaga muslim dari perniagaan yang halal merupakan satu kurniaan yang besar dari ALLAH SWT. Dengan itu tidak hairanlah apabila Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sembilan per sepuluh dari rezeki datangnya dari perniagaan.

ENTREPRENUERSHIP atau keusahawanan merupakan aktiviti yang melibatkan perniagaan. Secara teorinya keusahawan merujuk kepada pengwujudan dan penerokaan peluang perniagaan. Seorang usahawan adalah seorang yang mengambil peluang untuk mewujudkan perniagaan baru ataupun mengambil kesempatan memperbaiki perniagaan yang sedia ada melalui cara atau strategi tertentu yang memberikan kepadanya pelbagai peluang bagi membolehkan perniagaannya sentiasa meningkat maju dan berkembang di pasaran.

Bagi ISLAM, sifat-sifat dan ciri-ciri yang ada pada sisiplin keusahawanan merupakan satu tuntutan SUNNATULLAH yang dibenarkan dan dibolehkan. Persoalannya: BAGAIMANAKAH KEUSAHAWANAN ISLAM BERBEZA DENGAN KEUSAHAWANAN KONVENSIONAL ATAU MODEN?

Satu pada saya untuk menjawab persoalan di atas adalah dengan menjadikan TAUHID SEBAGAI ASAS KEUSAHAWANAN ISLAM.  Keusahawanan ISLAM ialah keusahawan yang berpaksikan kepada tauhid. Tauhid merujuk kepada pengakuan dan komitmen usahawan dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Penyerahan diri usahawan di dalam perlakuan seharian adalah secara total dan menyeluruh dan bukannya mengikut kesukaannya sendiri. dengan berpandu kepada tauhid, disiplin keusahawanan ISLAM berteraskan kepada 5 prinsip penting iaitu Tauhid Uluhiyyah: pengakuan keesaan ALLAH SWT dan kepatuhan usahawan secara mutlak, tauhid rububiyyah: pengakuan pengesaan pentadbiran ALLAH SWT terhadap semua ciptaan-NYA, Khilafah: peranan usahawan sebagai pemegang amanah dan memanfaatkan pemberian ALLAH SWT bagi kemakmuran dan pembangunan tamadun keusahawanan, Tazkiyyah Annas: pembangunan usahawan sebagai insan didasari melalui penyucian jiwa dimana seseorang usahawan itu bertanggungjawab menjadikan aktiviti perniagaannya sebagai ibadah, dan Al-Falah: kejayaan seseorang muslim itu bukan terbatas didunia bahkan melangkaui akhirat.

Tauhid menjelaskan bahawa di dalam ISLAm tidak ada pengasingan di antara ketuhanan dengan kehidupan seharian seorang usahawan. ISLAM sebagai Ad-Din yang syumul merupakan satu cara hidup yang unggul yang tidak memisahkan usaha individu dengan ibadat. Aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dilakukan pada akhirnya berupaya memberikan keuntungan kepada organisasi. Kejayaan ini berlanjutan di akhirat sekiranya seseorang usahawan itu melakukan perniagaan dengan mengikuti ajaran ISLAM yang sebenarnya. Justeru itu kejayaan usahawan muslim merupakan satu kurniaan dari ALLAH SWT.

Kewujudan disiplin keusahawanan sebagai salah satu cabang ummatik dengan sendirinya memaksa usahawan berinteraksi dengan persekitaran. Perhubungan seseorang usahawan sama ada sebagai pengeluar, pembekal, pesaing, peniaga atau pengguna dengan menusia yang lain merupakan satu Sunnatullah: satu tuntutan bermasyarakat yang perlu dipenuhi di dalam aktiviti perniagaan. Namun asas kepada perhubungan ini wajiblah didasari melalui perhubungan usahawan dengan ALLAH SWT. Ini kerana tujuan penciptaan manusia oleh ALLAH SWT adalah untuk beribadat kepadaNYA. Ini jelas terdapat di dalam Al-Quran, Surah Az-Dzariyat 56:58 yang bermaksud

"Dan aku tidak jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKU. AKU tidak berkehendak daripada mereka sebarang rezeki dan AKU tidak berkehendak mereka memberi makan kepada-KU. Sesungguhnya ALLAH, DIAlah MAHA Pemberi Rezeki, Lagi Mempunyai Kekuatan Yang Teguh."

Usahawan-usahawan melayu hari ini sering mengatakan bahawa aktiviti-aktiviti perniagaan mereka merupakan satu ibadah. Tujuan mereka memasuki medan perniagaan adalah bagi meramaikan lagi peniaga-peniaga melayu dan oleh kerana bangsa melayu adalah beragama ISLAM, maka dengan sendirinya mereka berpendapat perniagaan yang mereka jalankan adalah bersifat ISLAM dan untuk kebaikan umat ISLAM. Persoalannya, adakah pandangan mereka ini benar dan dapat diterima oleh ISLAM?
Aktiviti-aktiviti keusahawanan merupakan satu usaha perniagaan yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. keuntungan merupakan matlamat kewujudan sesebuah perniagaan kerana bagi firma atau syarikat yang selalu rugi, berkemungkinan besar akan diisytiharkan bangkrap dan pemilik atau usahawan yang mengendalikan perniagaan tersebut pula menjadi muflis. Di dalam ISLAM, matlamat perniagaan serta cara atau strategi bagi mencapai matlamat dan natijah dari perlaksanaan aktiviti tersebut mestilah halal. seiring dengan ini, bagi usahawan muslim terdapat 3 faktor yang mesti dipenuhi bagi menjadikan aktiviti keusahawanannya sebagai ibadah.

Individu muslim di dalam menjalankan sesuatu kerja atau sebarang aktiviti mestilah dimulai dengan niat. Apa yang pasti niat tersebut mestilah mencari keredhaan ALLAH SWT. Niat tersebut perlulah diterjemahkan menjadi matlamat keusahawanannya. Bagi setiap usahawan, sudah tentu niat mereka disini ialah untuk berniaga. Secara rasionalnya, apabila berniaga sudah tentu mahu mendapat pulangan yang baik dan bagus. Hanya orang bodoh dan pendek akal sahaja tidak mahu untung.  Justeru itu, matlamat terakhir setiap usahawan atau peniaga ialah untuk mendapatkan keuntungan. Persoalannya: adakah matlamat tersebut sama juga dengan matlamat usahawan muslim? Usahawan muslim berniaga juga untuk mendapatkan keuntungan tetapi ini bukanlah matlamat mutlak, dimana matlamat mutlak mereka ialah untuk mencari keredhaan ALLAH SWT.

Di dalam ISLAM, persoalan objektif merujuk kepada 'what is the business'?. Persoalannya disini: apakah perniagaan tersebut dan ciri-ciri pada perniagaan tersebut halal dari segi syariat ISLAM? Seorang usahawan muslim mestilah menjalankan jenis perniagaan yang halal dari segi syariat ISLAM.

Antara kata-kata Dr. Yusuf Al-Qardhawi tentang halal-haram perniagaan;

Di antara jenis perniagaan yang di larang dalam ISLAm ialah:
1) Perniagaan berbentuk kasino dan perjudian seperti Sport Toto.
2) Perniagaan yang menjuruskan individu ke arah maksiat seperti kelab malam dan konsert muzik.
3) Pembuatan dan perniagaan arak termasuk menanam anggur dengan niat membuat arak dan seterusnya menjual arak.
4) Penternakan dan proses binatang yang diharamkan oleh ISLA seperti khinzir.
5) Perniagaan yang berasaskan sistem riba seperti pelaburan pada institusi kewangan dan banking.
 
Selain daripada perniagaan yang jelas haramnya oleh ISLAM, terdapat juga jenis perniagaan yang syubhah iaitu yang samar2 dan meragukan. Di antara jenis2 perniagaan tersebut ialah unisex salun yang menggalakkan percampuran terbuka dan bebas antara lelaki dan wanita, perkerjaan mak andam dan solekan pengantin serta pelaburan pada firma yang tidak diketahui dimanakah pelaburan firma tersebut di buat.

Selain dari matlamat yang halal, cara ke arah matlamat mestilah halal. Di dalam ISLAM, kewujudan matlamat yang halal tidak membenarkan individu usahawan mempraktis cara atau strategi yang haram. di antara praktis usahawan di dalam perniagaan yang boleh dibincangkan sama ada halal atau haramnya sesuatu tindakan ialah seperti berikut:

memetik fatwa Dr Yusuf Al-Qardhawi;

1) Proses penjualan mestilah berprinsipkan ISLAM. Untuk menjadikan jualan sah maka perlu ada perkara-perkara berikut, seperti kerelaan penjual dan pembeli,cketentuan jelas mengenai barangan dan akad jual beli yang sah.
2) Proses pembuatan barangan mestilah dari ramuan atau bahan2 yang halal. Bahan2 yang digunakan dalam pemprosesan makanan mestilah tidak diragui. Diantara bahan yang haram adalah gelatin dan bahan2 dari punca haiwan seperti aditif yang tidak diproses mengikut syariat ISLAM.
3) Bahan2 dan ramuan juga mestilah tidak memudaratkan serta merosakkakn kesihatan pengguna. Terdapat barangan makanan yang mengandungi bahan2 yang merosakkan kesihatan seperti asid borik yang sepatutnya digunakan dalam industri papan dan bahan2 yang tak sepatutnya ada dalam makanan, seperti arang di dalam serbuk kopi.
4) Praktis jualan mestilah jujur. Disini seorang usahawan muslim tidak boleh mengambil kesempatan dari kelemahan pengguna dengan mengeksploitasi harga, mutu dan standard makanan atau barangan. Diantara larangan disini ialah praktis mencampuradukkan barangan yang tidak sama mutu dan jenisnya. Misalnya mencampurkan daging import dengan daging tempatan dan menjualnya dengan harga berdasarkan harga yang mahal.
5) strategi promosi mestilah benar dan tidak berunsurkan penipuan. Iklan memainkan peranan penting didalm melariskan jualan makanan. Seorang usahawan ISLAM adalah dilarang sama sekali menipu atau memperdayakan pengguna melalui gimik dan iklan yang tidak logik. Iklan yang dibuat juga mestilah Islamik seperti tidak memaparkan gambar perempuan yang tidak menutup aurat dan penggunaan bahasa yang lucah. perletakan wanita juga mestilah relevan dengan ISLAM.
6) Sumber pembiayaan mestilah bukan dari sumber berasaskan riba. secara jelasnya, usahawan ISLAM mestilah mestilah mencari modal perniagaan yang jelas halal. Sebarang pembiayaan projek untuk pembelian aset tetap seperti kenderaan dan bangunan mestilah menggunakan kaedah pembiayaan ISLAM.

Didalam sistem perniagaan ISLAM, adalah menjadi tanggungjawab pengeluar atau penjual bagi menentukan barangan yang dibuat atau dijual mengandungi bahan2 yang halal. Dalam erti kata lain, The owners is on the seller and not the government to prove the food is halal. sekiranya usahawan ISLAM memehang prinsip ini, maka dengan sendirinya makanan yang dijual itu halal. Dengan sendirinya matlamat mereka untuk mencari keredhaan ALLAH SWT tercapai. Selain daripada faktor niat dan cara yang dibenarkan oleh ISLAM, faktor natijah juga penting. Mereka seringkali melupakan ataupun tidak tahu tentang kepentingan natijah ini. Natijah secara biasanya merujuk kepada implikasi dari perniagaan tersebut. Persoalannya juga ada terletak kepada siapakah barangan atau perkhidmatan tersebut diberikan.

Siapakah disini merujuk kepada pengguna yang memperolehi perkhidmatan tersebut. sebagai contoh, seorang usahawan perabut mengetahui bahawa perniagaannya adalah dibenarkan dalam ISLAM, tetapi beliau menjual perabutnya kepada kedai judi. Begitu juga mereka yang terlibat dalam katering makanan, kemudian menjualkan sisa makanan kepada tauke khinzir. Secara jelasnya natijah di dalam kedua2 contoh di atas tidak dibenarkan didalam ISLAM. Ini kerana natijah tersebut telah membawa kepada pengembangan perniagaan yang diharamkan oleh ISLAM.

Apa yang dapat disimpulkan mengenai keusahawanan ISLAM ini ialah bagi seseorang individu untuk berniaga atau menjadi usahawan adalah senang tetapi bagi seseorang muslim yang terlibat dengan perniagaan atau aktiviti-aktiviti keusahawanan, mereka tidak dapat melarikan diri daripada mematuhi prinsip-prinsip ISLAM didalam praktis keusahawanan mereka.  Seorang usahawan adalah seorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan yang bukan sekadar untuk memperolehi untung bagi terus maju tapi yang pentingnya dapat memanfaatkan barangan tersebut bagi kegunaan masyarakat. Di dalam ISLAM, pengeluaran barangan yang tidak dapat memanfaatkan ummah merupakan satu kerja yang sia-sia. Aktiviti2 seterusnya tidak memberikan keuntungan kepada individu berkenaan di dunia dan di akhirat. Sudah tentu pekerjaan ataupun perniagaan sebegini merugikan usahawan berkenaan. Justeru itu bagi peniaga muslim yang benar-benar mematuhi prinsip-prinsip ISLAM didalam praktis keusahawanannya adalah merupakan seorang usahawan; peneroka inovasi pengembangan kemajuan perniagaan yang memanfaatkan masyarakat seluruhnya.

Carilah rezeki yang halal saudara dan saudariku sekalian buat dirimu, ibubapamu, anak isterimu dan keluargamu ...
Dirikanlah solat.....tunaikanlah zakat....sumbangkanlah,, infaqkanlah rezekimu untuk ISLAM untuk menuju kejalan keredhaan ALLAH SWT...

Tengku Roshdan Tengku Abdul Wahab ~ Parti KeADILan Rakyat Machang Kelantan~Peace n LoveD

Sunday, September 26, 2010

Kebebasan ? Merdekakah Dirimu? my fatwa

  




                            Salam Kedamaian...........



Assalamualaikum W.B.T. 
Ambo ingin bicara mengenai kebebasan? apa pandangan anda mengenai kebebasan? Adakah dengan menghabiskan sesi persekolahan dan pengajian anda dinamakan kebebasan? adakah bila ibu bapa anda membenarkan anda kemana-mana dinamakan kebebasan? Adakah dengan beroleh segala bentuk kemewahan didunia ini akan dinamakan kebebasan?  Dan adakah rakyat kita ini benar2 merdeka? Benarlah yang penjajah telah meninggalkan kita,, tapi jiwa kita ini sudah merdeka kah dari dijajah saudara/saudariku? Coretan ini untuk dihisbahkan bersama-sama.. Pesanan saya buat kita semua,, di dalam setiap kebebasan yang kita cari,, haruslah berserta bersama dalil & nas untuk membenarkan pembebasan kebebasan itu.. Carilah kedamaian dan keADILan untuk semua untuk kita bersama mencapai kebebasan dan redha ALLAH SWT selamanya... tegurilah mana-mana sisi yang anda tidak persetujui dalam rintihan rasa coretan ini...
Peace n LoveD....




Yang sering menjadi isu, menjadi laungan semua pihak, yang sering menjadi laungan ahli2 politik dan ahli-ahli hak asasi adalah 'kebebasan;. Kebebasan yang semacam manakah yang dituntut? Apakah bebas itu tidak mempunyai nilai dan tidak mempunyai ikatan sama sekali. Apakah sama kebebasan seseorang dengan seseorang yang lain? ISLAM menawarkan kebebasan yang sangat menarik dan mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri dan unik. Batu asas awal yang diletakkan oleh ISLAM di dalam jiwa seseorang sangat kukuh serta menghidupkan seseorang ke arah daya kreatif yang tinggi dan melahirkan akhlak yang sangat terpuji.

Apabila seseorang ingin bebas mengikut cakerawala ISLAM, pertama ia harus mengisytiharkan dirinya bebas dan merdeka, terutama jiwa dan sanubarinya dari semua penjajahan yang ada dalam dirinya. Ucapan yang diajarkan ialah LAILAHAILLALLAH, yang merupakan ucapan kunci kepada gerbang kebebasan yang hakiki. Kalimah itu merupakan dasar utama dan pertama dari kehidupan manusia baru dan merupakan permulaan pembebasan naluri, akal fikiran dan peri hidup sosial setiap manusia sehingga ia dapat berjalan menuju kepada kesempurnaan dan berusaha mencapai cita-cita dalam hidupnya. Dengan kalimah itu, ia menafikan dengan kukuh dan kejap bahawa tiada yang lain boleh membelenggunya dalam segala bentuk apapun cabaran.

Tiada yang lain dapat menjajah jiwa dan raganya, hati sanubarinya, ideologi dan fikirannya, mimpi dan tidurnya. Segala rantai dan gari terungkai dan terputus dari 'kakitangan' fikirannya. Ia berdiri dibawah naungan kebesaran ALLAH SWT. Apabila demikian, seseorang itu persamaan yang setaraf dihadapan ALLAH SWT. Ia walau bagaimana dan apapun, adalah sama disisi ALLAH SWT. Persamaan dan perbezaan diasaskan kepada taqwa. Hak itu, atau hak untuk mencapai kemuliaan itu diberi samarata. Terpulanglah kepada kemampuan kreatif seseorang untuk berusaha mendapat ketaqwaan.

Jalan menuju taqwa memang luas, seluas langit dan bumi dalam bentuk dan ragam yang memang mampu dilaksanakan oleh sesiapa saja yang mempunyai azam dan disiplin yang tinggi. Perlumbaan memang dibenarkan. 'Fastabiqul khairat'. berlumba untuk kebaikan. Kebaikan yang telah dijelaskan dari sekecil2 hingga yang sebesar2nya., adalah kebaikan. Kebaikan akan menjadi bernilai, apabila ia disertai dengan 'ikhlas'. Kerana syarat mutlak itu, maka dalam perlumbaan untuk mengejar kebaikan dan taqwa itu, tidak timbul soal hasad dengki kerana hasad dengki serta tamak akan memusnahkan nilai amal dan kebaikan yang menjadi syarat untuk mencapai taqwa atau kemuliaan.

Pada saya,,, apabila pintu itu tetap terbuka untuk semua orang, bahkan didorong untuk taqwa, sedangkan taqwalah satu-satunya medan perlumbaan dan perbezaan, tidak ada alasan untuk tidak ikut berlumba dalam lapangan keutamaan dan juga tidak patut mengaku lebih selain dengan cara yang sedemikian. Kebebasan ada batas. Kebebasan sebenar ialah apabila seseorang manusia itu bebas dari kongkongan kebendaan atau isme-isme dan ideologi, nafsu lawwammah, nafsu jahat, cita-cita yang terlampau tinggi untuk menjadi orang kaya, orang berkuasa dan bernafsu untuk menjadi idol untuk dipuja ke jalan kesesatan. Ia harus bebas dari nafsu itu dan berkhidmat dan berkerja semata-mata kerana ALLAH SWT.

Bebas sebenar ialah apabila seseorang manusia itu cuma tunduk patuh kepada ALLAH dan kerana ALLAH. Pada ketika itulah ia merdeka dan fikirannya akan menjadi lapang dan hati menjadi bening dan tenteram. Maka dengan kalimat syahadat yang unggul dan penuh erti itu, ia telah mengisytiharkan suatu kemerdekaan hakiki disisi ALLAH SWT. Ia tiada tertakluk kepada aturan selain dari aturan ALLAH atau aturan yang yang dibenarkan dan diredhai ALLAH SWT. Dan semestinya bahawa semua aturan dan undang-undang ALLAH itu akan membebaskan manusia dari perhambaan kepada taghut berbentuk manusia, jin, isme dan ideologi dan harta benda. Semua aturan dan undang-undang dan sistem yang diredhai oleh ALLAH itu membebaskan nafsu dari terburu-buru, nafsu perut, nafsu seks, nafsu harta, nafsu riak dan lain-lainnya.

Dengan pengisytiharan kalimah toyyibah itu, maka sebenarnya manusia telah merdeka dan sekaligus akan membentuk peribadi muslim sejati yang unggul dan berjuang semata-mata kerana ALLAH. Gejala buruk yang berlaku dikalangan ummah hari ini, adalah akibat dari hilangnya kebebasan diri yang sebenar, muda-mudi mendakwa mereka kini bebas, bebaskah? hahhaha... Mereka telah diperhambakan oleh kebendaan dan nafsu serakah yang mereka dakwakan kebebasan mereka.. Dan hamba kepada segala maksiat itu akan mengakibatkan seseorang sama ada sedar atau tidak, TELAH MEMBATALKAN PENGISYTIHARAN SYAHADAT YANG DIBUATNYA. Dalam suatu masa kita mengatakan kita tidak bebas. sebenarnya mereka tidak sedar bahawa mereka dipenjara oleh diri mereka sendiri. Mereka tidak pernah melihat ke dalam diri mereka, bahawa mereka telah dipenjara nafsu dan sifat riak dalam diri. Mereka tidak pernah sedar bahawa mereka hidup dalam suatu penjara yang sengaja mereka bina untuk mencipta keseronokan perhambaan kepada iblis dan syaitan.. bagi golongan2 ini dan pasangan2 kekasih yang selalu berkhalwat, KALIAN SEMUA MENYEMBAH SYAITAN KAH?  Nauzubillahiminzaliqq... Astaghfirullahalaq'ziim..


Dari catatan saya disini dapat diambil kesimpulan bahawa kebebasan dalam kacamata ISLAM adalah terbatas sejauhmana ia dibenarkan ALLAH dan Rasul-NYA. Pokok pangkalnya, penghayatan terhadap pengisytiharan kalimah syahadat itulah yang membebaskan diri manusia dari belenggu apa saja, sama ada berbentuk teori atau isme atau berbentuk kebendaan dan nafsu. JIKA SETIAP ORANG INGIN BEBAS, seharusnya ia patut menghayati konsep syahadat yang sangat tinggi nilai makna dan cakupan pengertiannya yang sangat nyata dan dinamis itu. Jika pengertian akan kalimah syahadat itu dapat dimengertikan secara tepat dan dihayati sepenuh hati maka pada masa itu kebebasan sejati dapat dinikmati,

INSYA-ALLAH MINAL ALAMIIN....

Tengku Roshdan Tengku Abdul Wahab ~ Parti KeADILan Rakyat Machang,,,,,

Saturday, September 25, 2010

Perpaduan Dalam Silaturrahiim... my fatwa

                               


                                  Salam Kedamaian buat semua......



Assalamualaikum w.b.t. saudara2ku semua... Aku persembahkan dari gerakan otak, luahan akal pemikiran kacamata kecilku ini untuk kita saling nasihat menasihati sesama kita... Silalah tegur-menegur diriku ini tentang apa yang anda tidak persetujui dari segala pandangan saya.. moga kita beroleh petunjuk dan pertolongan dariNYA untuk membela Agama Islam yang Suci ini selama hayat kita ini di alam fana ini... pimpinlah akhlak kita mengikut agama yang suci ini.. Ameen..



"Tiap2 orang yang BERIMAN(diulangi-- BERIMAN dan saya ulangi lagi--- BERIMAN) dengan ALLAH SWT itu adalah bersaudara, maka kerananya berkewajipan tiap-tiap orang memperbaiki hubungan persaudaraan itu sepanjang masa. (Maksud ayat 10 Surah Al-Hujurat).

Persaudaraan adalah penting dalam agama Islam. Rasulullah SAW sangat menitikberatkan hal persaudaraan ini. Baginda menyeru umatnya supaya hidup dalam keadaan mesra dan kasih sayang(tapi mengikut kasih sayang dalam syariat, bukannya mengikut kasih mesra muda mudi kita hari ini yang bergaul dan bercampur secara bebas antara lelaki dan wanita - itu adalah perpaduan kaum kafir..ingatlah ye adik2ku sekalian..). Sifat tersebut sangat penting sehingga ia menjadi satu syarat kesempurnaan iman seseorang muslim. Dalam erti kata yang lebih luas lagi, belumlah sempurna iman seseorang selagi ia bermusuh antara satu sama lain (tanpa sebab).

Dari Abu Hurairah diriwayatkan bahawa Baginda ada bersabda,

"Tidak masuk syurga kamu selagi kamu tidak beriman, dan tidak sempurna iman kamu melainkan kamu hidup berkasih sayang sesama mukmin n (menegur n mendorong muslim yg lain ke arah agama). Patutkah aku sampaikan suatu perkara kepadamu yang jika kamu lakukan maka kamu akan hidup berkasih sayang?: iaitu hendaklah kamu menyampaikan salam (dengan tujuan jalan Islam)."

Persaudaraan adalah jalan ke arah perpaduan ummah.. Perpaduan yang bagaimana? Perpaduan yang mengikut Al-Quran dan Hadith dan berkepimpinan peminpin yang mendokong Kitabullah... Untuk mengeratkan perpaduan, Rasulullah SAW memerintahkan supaya sentiasa berdamai (selagi mana saudara mu itu taat pada Allah, dan tanggungjawab kamu harus menegur bagi mereka yang jahil) dan berbuat baik antara satu sama lain xkira apa warna kulit mereka.. Dengan itu tersimpullah satu silaturrahiim. Memutuskan silaturrahiim tanpa sebab agama adalah dilarang malah diancam sebagai tidak masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahiim. Tapi kamu haruslah mengikut orang2 yang beriman dan janganlah menggunakan alasan silaturrahiim untuk menjadi pak turut bodoh kepada pemimpin jahil dan dan kepada kekasih kamu kononnya dengan menurut hawa nafsu kebinatangan dan kawan2 kamu yang bodoh dan jahil untuk mengajak kamu kepada maksiat...

Silaturrahiim serta hubungan mesra di kalangan umat Islam hanya dapat diwujudkan dengan berasaskan keimanan dan bukan atas kepentingan lain yang bersifat sementara.

"MAKA BERTAQWA LAH KAMU DAN PERBAIKILAH SILATURRAHIIM DIKALANGAN KAMU DENGAN TAATLAH KEPADA ALLAH SWT DAN RASUL-NYA JIKA KAMU DARI GOLONGAN ORANG2 YANG BERIMAN." (AL-ANFAL 1)

Dengan kuatnya silaturrahiim itulah dapat diikat persaudaraan Islam yang sebenar ke arah yang diredhai-NYA. Ini kerana orang-orang yang beriman itu adalah ibarat suatu bangunan. tiap satu mengukuhkan yang lainnya. (Maksud Hadith Riwayat Muslim).

Perpaduan adalah jambatan untuk mencapai keamanan dan kesejahteraan serta kestabilan negara. maka persaudaraan antara muslim dengan non muslim juga harus dititik beratkan oleh kita semua. Itu tanggungjawab kita untuk menonjolkan kemuliaan Islam itu sendiri untuk dicontohi oleh non-muslim zimmi. Oleh itu segala langkah ke arah perpaduan khususnya dalam mengeratkan silaturrahiim mestilah diperkukuhkan dengan amal perbuatan dan bukannya dengan simbol atau ucapan satu malaysia yang penuh kepalsuan.

ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! WA LILLAH HILL HAMD......

Tengku Roshdan Tengku Abdul Wahab - Parti KeADILan Rakyat Machang..... PEACE n LoVED!!

Persoalan Mazhab,, Umat Islam Kena Cool,, my fatwa

                                      Salam Kedamaian....



Assalamualaikum w.b.t. saudara2ku semua... Aku persembahkan dari kacamata kecilku ini untuk kita saling nasihat menasihati sesama kita... Silalah tegur2 diriku ini tentang apa yang anda tidak persetujui dari segala pandangan saya.. moga kita beroleh petunjuk dan pertolongan dariNYA untuk membela Agama Islam yang Suci ini selama hayat kita ini di alam fana ini... pimpinlah akhlak kita mengikut agama yang suci ini.. Ameen..

Persoalan mazhab sering menimbulkan serba sedikit kegelisahan dikalangan penganut agama Islam. Malah lebih memburukkan keadaan, kadang2 ia memberikan imej serta gambaran kurang baik mengenai Din al-Islam yang tercinta. Seperti yang sudah kita maklumi bahawa mazhab itu merupakan ciptaan para imam terdahulu untuk membimbing umat Islam dalam lelaksanakan soal2 yang berkaitan dengan fiqah, tetapi bukan mengenai persoalan aqidah kerana kita semua sudah sepakat mengenai Aqidah. Lalu, tercetuslah satu perikatan yang dinamakan Ahli Al-Sunnah Waljamaah. Dan, dibawahnya diletakkan empat mazhab muktabar yang diperakui ijmak muslimin iaitu mazhab Sya'fii, Hanafi, Hambali dan Maliki.

Sesungguhnya, kita berterima kasih kepada imam2 tersebut diatas segala usaha baik mereka. Dan kita percaya mereka adalah antara imam yang begitu pengasih kepada umat dan tidak sanggup melihat umat Islam membawa fahaman tanpa tujuan. Namun kadang2, saya sedikit kecewa apabila keadaan harmonis yang dijalinkan oleh ulama' terdahulu kembali terusik dan ia membawa kepada beberapa perkara yang kebelakangan ini amat mendukacitakan kita. Kini timbul semacam satu paksaan kepada kita untuk 'bertaqlid buta' kepada mazhab tertentu, sedangkan hakikatnya soal mazhab ini kita mempunyai kebebasan apatah lagi ia hanya menyentuh soal fiqah, bukannya soal aqidah. betul x pendapat saya para2 ustaz sekalian?

Justeru, mengapa harus wujudnya semacam satu prasangka mazhab apabila ada sahabat, handai taulan atau saudara mara kita yang mengamalkan mazhab yang agak berlainan dengan kita? Lalu, secara jujurnya kita wajar bertanya kepada diri kita sendiri apakah kita benar2 berpegang kepada satu mazhab sahaja? Contohnya, ketika penentuan berpuasa pada bulan Ramadhan. Mengikut Sya'fii, ia ditentukan dengan melihat anak bulan. Persoalannya boleh kah kita memastikan setiap umat Islam di Malaysia melihat anak bulan? Bukankah ia merupakan satu tugas yang rumit malah menyusahkan sedangkan urusan agama itu adalah mudah. Hakikatnya keadaan ini berlaku bukan disebabkan kesalahan imam yang kita kasihi itu, tetapi disebabkan kejahilan segelintir 'cerdik pandai' agama yang ortodoks malah menyempitkan fikiran daripada menerima pandangan mazhab lain, apatah lagi didalam mazhab Sya'fie sendiri ada Qaul Qadim(pendapat lama) dan Qaul Jadid(pendapat baru). Sewajarnya kita tidak perlu memikirkan soal yang remeh temeh ini kerana kita mempunyai banyak agenda untuk membangunkan umat Islam dan meletakkan imej Islam ke tempat yang sewajarnya.

Begitu juga mengenai persoalan Syiah. Mengapa kita perlu gopoh dan hanya bertindak hanya menurut perasaan kononnya Syiah itu berbahaya. Kenyataan saya ini bukannya bererti menyokong atau mengiakan Syiah, tetapi sekadar mahu mengajak kita berbincang dengan fikiran terbuka dan mengetepikan soal taqlid yang dilarang keras oleh Islam. Berbalik kepada persoalan perbezaan pendapat antara mazhab, kita akan mendapati betapa tolerannya imam2 mazhab yang yang sewajarnya menjadi ikutan para penganut sesuatu mazhab. Contohnya, Kadi Abu Yusof yang bermazhab Hanafi pernah menjadi makmum dibelakang Imam Maliki dan tidak mengulangi solatnya semula selepas itu. Dan jika kita merujuk hal ini di dalam sebuah buku karangan Maulana Amin Ahsan Islahi yang berjudul JURISTIC DIFFERENCES AND HOW TO RESOLVE THEM IN AN ISLAMIC STATE, kita akan dapati bahawa para ulama' terdahulu saling menghormati antara satu sama lain. Justeru, kita sewajarnya bertanya kepada diri kita sendiri, apakah kita yang mengakui mengikut sesuatu mazhab itu sanggup melakukannya seperti imam2 mazhab yang saling menghormati antara satu sama lain?

Jadi sikap terbuka amat perlu untuk menangani persoalan fiqah dan ia tidak perlu dirujuk dari mazhab manakah seseorang itu berada, apatah lagi sememangnya ia berada di dalam ruang lingkupnya, iaitu Ahli Sunnah Waljamaah. Disamping itu kita mesti juga memahami bahawa kebenaran itu mutlak sifatnya dan ia tidak terbatas kepada pegangan atau fahaman tertentu sahaja. Dan disinilah ilmu memainkan peranan yang amat penting bagi kita menilai segalanya dan janganlah menjadi seorang muqallid yang hanya tahu mengikut tanpa berdasarkan nas dan dalil yang kukuh.

Justeru, kita mesti mengetahui autoriti ulama' terdahulu dalam memberikan pandangan dan fatwa mereka, namun kita mesti teliti kepentingannya terlebih dahulu berdasarkan ilmu yang sahih. konklusinya kita perlu menghindari dari bersikap gopoh dengan menghukum sesuatu amalan mazhab yang bertentangan dengan mazhab kita itu sebagai salah dan sebagainya, sebaliknya kita perlu bersikap toleran serta saling menghargai pendapat selama mana ia tidak bercanggah dengan wahyu Ilahi iaitu Al-Quran serta Hadis-Hadis sahih..

Islam Untuk Semua........... Tengku Roshdan Tengku Abdul Wahab - PKR Machang......

Tuesday, September 21, 2010

Seni Dan Kebudayaan Dalam Islam - my fatwa

                             Salam kedamaian buat semua..

Coretan ini saya nukilkan kerana risau dengan model pembinaan insan yang dilatih oleh Kerajaan Maksiat BN pada hari ini.. Pada saya kerajaan BN sangat2 bankrupt modal dalam pembinaan akhlak remaja hari ini, jangan hanya kata dibidang hiburan, malah disekolah2, tempat dimana anak2 kita menuntut ilmu pun agak rosak model persembahannya..
Saya persembahkan kepada anda buah fikiran, impian dan kajian saya dalam seni kebudayaan ini sebagai satu bentuk alternatif untuk kita fikirkan bersama... Jika ada para2 ustaz yang membaca persembahan ini, saya mohon jika ada tersilap dari tutur taip ini, semoga anda menegur mana2 sisi yang tidak anda persetujui.. Moga kita diberikan Taufik dan hidayah olehNYA selalu...Assalamualaikum w.b.t.

Pertumbuhan budaya popular yang tidak terancang dan terarah sekarang ni begitu membimbangkan. Aspek2 kemurnian, keluhuran, kedudukan dan keharmonian tidak lagi di ambil kira, disamping itu tiada pengawalan yang berkesan, dari masyarakat umum mahupun pemerintah yang berbudi luhur, berakhlak mulia dan mampu bersaing dengan masyarakat maju yang lain. sesungguhnya bidang seni dan kebudayaan dalam makna yang luas belum ditangani oleh badan-badan dakwah dan gerakan Islam secara serius. Bidang ini dianggap sudah menyeleweng dari landasan Islam, justeru itu dia langsung diketepikan dan dibiarkan begitu sahaja. Yang anehnya kita sama2 memaklumi bahawa kesenian juga merupakan satu saluran dakwah yang berkesan jika pendekatan yang sesuai dan sistematik dilakukan kepadanya. Sabda Nabi (SAW) diriwayatkan oleh Imam Muslim, bermaksud,

"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan suka Kepada keindahan."

Al-Quran sendiri memang memberi perhatian yang jelas kepada aspek estetika. Allah SWT menciptakan manusia dalam rupa bentuk yang paling indah.

"Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmah, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu; dan kepadaNYA lah tempat kembali."(maksud At-Taghabun:3)

"Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik2nya(dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." (maksud At-Tiin:4)

Begitu juga alam semesta ini dijadikan dalam keadaan yang indah lagi menarik disebabkan ketelitian, kerapian, keseimbangan dan keharmonian ciptaanNYA.

"Dan bagi kamu binatang2 ternak itu, keindahan(yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berehat(pada waktu petang), dan ketika kamu membawanya keluar(pada waktu pagi). Dan binatang2 itu pula membawa barang2 kamu kemana2 negeri yang kamu tidak sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah. Sesungguhnya Tuhan kamu amat melimpah belas kasihan dan rahmatNYA. Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan Ia menjadikan kamu tidak mengetahuinya." (maksud an-Nahl:6-8).

"(Kalaulah mereka menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkan mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami memperhiasinya dengan (bintang2), dan dengan keadaan tidak ada pada retak renggang. Dan juga (keadaan) bumi ini,(bagaimana) Kami bentang dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur." (maksud Qaaf:6-7). Hikmat di sebalik keindahan ciptaan Ilahi ini ialah supaya menimbulkan keimanan yang kukuh kepada Tuhan Yang Maha ESA; iaitu keimanan yang terpancar daripada aspresiasi terhadap ciptaan Allah yang begitu sempurna. Si mukmin merasakan dirinya mempunyai hubungan ruhaniyyah yang erat dengan alam semesta ini: hubungan yang tegak di atas emosi cinta, hormat dan penghargaan tinggi.

Dr.Siddiq Fadhil dalam ucapannya, menekankan: :Sesungguhnya seni dalam Islam adalah seni yang bermatlamat untuk pengabdian dan kebaktian. Seni dalam pengabdian dalam erti pengabdian kepada Allah SWT sebagai memenuhi tujuan penciptaan insan itu sendiri. Seni sebagai cabang kebudayaan yang bernilai indah serta menyenangkan dan memberikan kepuasan intelek dan emosi. Seni dalam Islam bukan sekadar seni untuk seni, seperti yang pernah dikemukakan oleh Roger Free. Ambo sendiri melihat orang2 Islam di zaman kegemilangannya begitu kreatif ,saya melihat pengkaryaan sebagai sesuatu yang berkaitan erat dengan fungsi kekhalifan dengan jaya tanpa ciri2 kualiti, inovatif dan kreatif. membangunkan alam, memakmurkan alam sebagai karya agung yang serba indah dan mengkagumkan. Kesenian dalam Islam pada saya, adalah usaha manusia untuk melukiskan kisah mengenai hakikat kewujudan ini dalam bentuk yang indah, menghidupkan dan merangsangkan. Keindahan sekaligus kebenaran; kebenaran adalah puncak keindahan, sesuatu itu indah selagi ia benar. Sesuatu itu dinilai indah bukan cuma bersifat material atau kebendaan tetapi meliputi hal2 bersifat maknawi iaitu keadilan, kasih sayang dan persaudaraan.

Saya ingin mengingatkan para seniman tentang bakat yang diamanahkan dan bersyukur dengan mempergunakan daya kepekaannya menurut garis dan panduan yang telah ditetapkan, dengan ingatan bahawa kesenian dalam konteks Islam adalah salah satu cabang budaya yang harus tumbuh dan menyubur dalam acuan syariat. Sikap sebahagian pendakwah yang sewenang2nya menolak dan menentang seni sewajarnya ditinjau semula. Pendakwah tidak harus memperkecilkan pengaruh seni yang begitu hebat terhadap masyarakat. Musuh2 Islam amat menyedari hakikat ini dan mereka mengeksploitasikan bahan2 tersebut dalam usaha menentang umat Islam, dengan teknik dan pendekatan yang paling canggih. Ia begitu berkesan terutama kepada khalayak yang masih muda. Justeru itu, pendekatan atau kaedah dakwah hendaklah sesuai dengan golongan sasaran supaya boleh membawa kepada keberhasilan yang maksimum, disamping menjimatkan waktu dan tenaga yang amat diperlukan.

Pada saya, seni haruslah dipandang sebagai neutral, sama seperti kebanyakan invensi dan kreativiti manusia dalam berbagai2 bidang kehidupan. Beberapa meter kain boleh digunakan oleh seorang wanita tertentu untuk menonjolkan kejelitaannya dengan tujuan memikat hati atau mempesonakan pandangan orang. Tetapi seseorang wanita lain yang sama akan menggunakan kain itu sebagai pakaian yang menutup auratnya dengan penuh adab dan sopan. Seni boleh digunakan sebagai saluran maksiat dan dosa, tetapi ia juga boleh menjadi santapan jiwa yang bersih dan menyelesakan. Ia boleh menggerakkan akal dan hati serta mendorongnya kepada kebajikan, boleh merangsangi orang kepada jihad, boleh mengungkapkan dakwah yang paling mulia dan kudus dan boleh menitipkan sifat2 utama dan nilai2 murni.

Pelopor dan pendukung ideologi2 dan isme2 tertentu telah berjaya mempengaruhi berjuta2 manusia dengan menggunakan berbagai2 jenis seni. Umpamanya, Jean-Paul Sartre, iaitu pelopor fahaman Existentialism dari Perancis itu, telah berjaya mempengaruhi berjuta2 manusia melalui kisah dan drama. Kejayaan yang dicapainya dalam hubungan ini jauh lebih besar daripada mana2 paderi Kristian yang paling berpengaruh di barat. Malah nama Sartre lebih dikenali umum menerusi drama2nya daripada menerusi falsafahnya sendiri. Ini kerana bilangan orang yang membaca buku2 kajian dan falsafah begitu kecil berbanding dengan mereka yang menonton filem, pementasan dan membaca buku2 cerita. Para pendakwah tidak seharusnya menghadapi kegiatan2 seni yang menyeleweng lagi melalaikan itu dengan hanya melaung2kan kritikan2 pedas melalui khutbah2 dan syarahan2 retorik semata2. Seni yang menyeleweng itu hendaklah dihadapi dengan mengemukakan seni yang tulen sebagai alternatifnya. Kita mestilah faham bahawa manusia tidak boleh hidup didalam kekosongan dengan menolak segala saluran seni dan rekreasi sama sekali. manusia tidak akan meninggalkan seni semata2 kerana mendengar ceramah agama atau membaca tulisan2 yang menyelar aktiviti seni yang bercanggah dengan prinsip2 agama dan nilai2 moral.

Bagaimanapun, Ulama'2 yang begitu senang membenarkan pelbagai jenis seni yang sememangnya jelas dilihat menyeleweng dan melalaikan juga hendaklah ditegur. Golongan ini boleh mendiamkan diri dengan segala bentuik pesta dan majlis2 atas nama kebudayaan, tetapi dihiasa dengan tarian dan nyanyian yang kurang sopan dan tidak bermoral. Mencari oendekatan dakwah yang lebih bersepadu dan boleh diterima umum tidak bermakna menghalalkan sebegitu mudah seni hiburan murahan(setan) yang meluas sekarang ini. Kaedah dakwah harus suci dan tifak dikotori dengan saki baki jahiliyyah yang menyesatkan.

Meskipun kita mahukan seni yang harmonis dan subur dalam acuan syariat, tetapi kita hendaklah ingat, bukan matlamat kita mewujudkan masyarakat  yang sering rindu dengan hiburan. Masyarakat Islam tidak boleh didominasi oleh seni, ia adalah masyarakat ilmu. Andainya masyarakat Islam juga kaya dengan seni, maka seni itu haruslah di integrasikan dengan ilmu. di hadapan kita ada tugas yang lebih besar, tugas sebagai khalifah di muka bumi ini, menegakkan Islam dan memerintah dunia dengan Islam yg syumul itu. Justeru itu harus dibina Ummah yang "knowledge based" dan teruji dengan segala hambatan dan cabaran, serta sanggup berdada dalam medan jihad.

Roshdan Bin Tengku Abdul Wahab-AMK-PKR Machang

Monday, September 20, 2010

What Is ISA? Join Me Protesting Against This Injustice.. Abolish ISA!!

Salam kedamaian buat semua...

Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa itu ISA.. Adakah anda tahu apa itu ISA? ISA adalah satu akta yang dipanggil Akta Keselamatan Dalam Negeri  atau Internal Security Act(ISA). Ianya telah digubal pada tahun 1960 sebagai undang2 darurat. Ia sepatutnya dimansuhkan sebaik sahaja darurat ditamatkan, tetapi kerajaan telah mengekalkannya kerana ia adalah senjata yang amat berguna untuk menangani pelbagai keadaan "darurat" - terutama yang bersifat politik(yakni apabila kuasa BN mula tergugat).

ISA membenarkan sesiapa sahaja tiba2 secara mengejut ditangkap dari tepi jalan atau dari rumah mereka dan kemudiannya di umumkan sebagai seorang yang "mengancam keselamatan negara". Mereka tidak tahu apakah kesalahan mereka kerana tiada tuduhan yang khusus dibuat oleh kerajaan. Mereka tidak dibenarkan atau hanya diberikan sedikit peluang untuk mendapatkan khidmat peguam dan tidak dibicarakan di dalam mahkamah terbuka. Apabila mereka dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, tiada hakim yang akan mengadili kes mereka. Mereka tidak dihukum untuk jangkamasa yang tertentu, oleh itu mereka tidak tahu bila - jika berlaku masa mereka dibebaskan.

Apabila peguam, ahli keluarga dan juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(SUHAKAM) tidak mudah dibenarkan berjumpa dengan tahanan, maka tahanan menanggung risiko diperlakukan dengan buruk atau diseksa. Sebenarnya ramai tahanan ISA, samada yang telah dibebaskan atau yang masih ditahan, telah melaporkan bahawa mereka diseksa bukan sahaja secara fizikal tetapi juga secara mental atau kedua2nya sekali.

Penyeksaan dilakukan untuk memaksa tahanan membuat pengakuan. Pengakuan ini tidak sah kerana seseorang yang ditahan dan diseksa akan mengaku apa sahaja kepada pegawai penyiasat kerana mereka berada dalam keadaan trauma dan tertekan. Malangnya kebenaran "pengakuan" ini tidak akan dibawa ke mahkamah, tetapi hanya diumumkan oleh Ketua Polis Negara atau Menteri Dalam Negeri.

SENARIO INI ADALAH SAMA SEPERTI APA YANG DI GUANTANAMO BAY DAHULU TAPI KETIKA ITU PM MALAYSIA CUBA MENASIHATKAN AMERIKA SUPAYA MENUTUP KEM TAHANAN ITU (tanpa sedar diri yang dia 2 kali 5 dengan mereka.) - (TAPI USA TELAH LEBIH DAHULU MEMANSUHKANNYA SEBELUM MALAYSIA)

Keluarga mangsa ISA juga terseksa. Mereka terpaksa menanggung penderitaan dan kesusahan untuk pergi ke Kem Tahanan Kamunting untuk melawat tahanan setiap minggu. Keluarga akan membawa makanan tetapi kemungkinan besar mereka dilarang membawa masuk makanan tersebut. setelah menunggu selama sejam atau lebih, mereka hanya dibenarkan bercakap melalui interkom disebalik tingkap cermin. Keadaan ini membuatkan anak2 mereka merasa kecewa - mereka hanya boleh melihat tetapi tidak boleh memeluk atau menyentuh bapa mereka. Isteri pula telah menggalas bebanan menyara keluarga - dialah ibu dan dialah juga bapa kepada anak2nya. Kebanyakan kawan2 mereka terlalu takut untuk berjumpa ataupun membantu mereka. Isteri tidak tahu berapa lama keadaan ini terpaksa mereka lalui. Ini menyukarkan mereka untuk merancang kehidupan mereka atau untuk membuat apa2 keputusan berkenaan hal2 keluarga.

Polis Cawangan Khas ataupun Special Branch(SB) pula mengekori para isteri, mengintip dengan siapa si isteri berjumpa atau bercakap atau apa sahaja yang diperbuat oleh sang isteri. Ada SB yang menelefon isteri dan mengugut agar isteri tidak berkempen untuk membebaskan suami dengan mengatakan bahawa jika isteri berkempen, suami akan ditahan lebih lama lagi(ini adalah tindaka sewenang2 atau arbitrari). SB cuba membuatkan isteri berasa curiga terhadap penglibatan suami dan SB cuba merosakkan hubungan dan rasa saling mempercayai antara suami dan isteri.

ADAKAH KITA PERLUKAN ISA?

Walaupun beberapa negara didunia ini mempunyai undang2 tanpa bicara yang kebanyakannya diwujudkan setelah peristiwa 9-11 sebagai langkah kecemasan, tetapi undang2 mereka mempunyai sekatan dan imbangan(check and balance) yang ketat supaya kepentingan menjaga keselamatan negara diseimbangkan dengan hak asasi seseorang individu. Dalam semua undang2 tersebut, jangka masa seseorang individu itu ditahan hanya untuk beberapa hari. selepas itu orang yang ditahan mestilah dihadapkan ke mahkamah atau dibebaskan. Berbeza dengan ISA Malaysia yang membenarkan seseorang ditahan oleh polis selama 60 hari untuk siasatan. Selepas itu tahanan akan dikenakan perintah tahanan di Kem Kamunting selama 2 tahun. Apabila tamat 2 tahun, perintah tahanan boleh disambung selama 2 tahun dan kemudiaan 2 tahun lagi sehingga bila2 keputusan yang dibuat oleh polis dan Menteri Dalam Negeri berdasarkan laporan dari satu lembaga penasihat yang tidak bebas. Buat masa ini, hampir 90 orang lebih telah ditahan tanpa didakwa dan tidak pernah disabitkan atas apa2 kesalahan. Jika terdapat bukti dan kesalahan yang mereka lakukan, sudah pasti polis sudah menemuinya sejak dahulu lagi. Sebenarnya jika polis sudah mendapati sebarang bukti, sudah pasti tahanan ini akan didakwa di mahkamah. Apabila tempoh tahanan telah diperbaharui, kerajaan mengatakan bahawa tahanan perlukan pemulihan. Tetapi jika mereka tidak pernah dibuktikan bersalah, apa yang perlu dipulihkan? Kerajaan hanya berdolak dalik mengenai penahanan tahanan2 ISA yg telah ditahan dan sebahagian besar sebab penahanan tahanan ISA adalah kerana permintaan Amerika pada zaman sebelum Obama dan sekarang pun masih mengikut telunjuk dan desakan kuasa luar dalam menahan kononya individu itu terbabit dengan keganasan,, nonsense BN government!! Di Indonesia, walaupun negaranya telah menyaksikan 2 serangan pengganas di bumi mereka pada sekitar 3, 4 tahun yang lalu..mereka juga menghadapi tekanan dari Amerika untuk menangkap sebilangan rakyat Indonesia. Tetapi Kerajaan Indonesia berpegang teguh pada prinsip keadilan dan hak asasi manusia dengan hanya menangkap mereka yang hanya mempunyai bukti terlibat dan kemudiannya diberikan hak melalui  perbicaraan mahkamah terbuka. Bandingkan dengan Malaysia yang tidak pernah menyaksikan apa2 serangan pengganas, kini menyimpan berpuluh2 "pengganas yang disyaki" dalam tahanan untuk bertahun2 tanpa memberikan mereka peluang dibicarakan dengan adil. Sungguh memalukan!

APA YANG HARUS KITA KATAKAN?

Bebas dari ditahan secara sewenang2 (arbitrari) dan bebas dari ditahan tanpa perbicaraan telah dinyatakan dalam Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia sebagai hak asasi.
memetik SUHAKAM pada 2003

"Sejarah menunjukkan bahawa undang2 dan amalan berkaitan dengan ISA telah menjejaskan kedudukan hak asasi manusia di Malaysia"

"Dibawah ISA warganegara dan bukan warganegara Malaysia telah ditahan secara arbitrari  dan diberikan layanan di luar batas kemanusiaan dan diseksa semasa dalam tahanan. Kekhuatiran ini mempunyai asas2 yang kukuh."

"Maka SUHAKAM mencadangkan agar ISA dimansuhkan..."

PERISYTIHARAN SEJAGAT HAK ASASI MANUSIA

Artikel 3,5,9,10,11 menyentuh tentang hak: kebebasan: bebas dari tahanan tanpa bicara; tidak diseksa atau diperlakukan dengan kejam, tidak diperlakukan dengan cara tidak berperikemanusiaan atau penghinaan; dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah menurut undang2 melalui perbicaraan di mahkamah terbuka.

UNJUST ORDER - Malaysia's Internal Security Act by Tg Roshdan Tg Abdul Wahab said,,

ISA tidak seimbang antara memelihara keselamatan negara dan melindungi keadilan melalui kebebasan hak dalam Islam dan kemanusiaan,, kesan undang2 seperti ini yang telah diamalkan lebih empat abad walaupun di negara yang mengakui mengamalkan demokrasi, Malaysia sebenarnya adalah negara autokratik. ISA bukan untuk keselamatan begara.. ISA hanya digunakan hanya bagi melindungi kuasa politik UMNO-BN. ISA adalah senjata politik UMNO-BN untuk menumpaskan lawan politik mereka.. satu2nya cara untuk berdepan dengan ISA adalah dengan cara lawan secara politik juga...

MARI BERSAMA-SAMA PAKATAN RAKYAT MENENTANG KETIDAKADILAN INI
Undilah Pakatan Rakyat PRU-Ke-13 nanti.. Islam Untuk Semua!! KeADILan Untuk Semua!!

Mansuhkan ISA!! Tumbangkan BN!!

Sunday, September 19, 2010

Ekonomi pokcik sam?? world sam? sam........... good morning uncle

Salam kedamaian buat semua... adessss... ambo xreti jgk nok menghuraikan bab ni, tp ni antara kaji selidik yg ambo dpt lakukan dlm pembentangan seminar ambo baru2 ini..

Secara am, pasaran bebas adalah berteras kepada kebebasan untuk berbuat apa sahaja dengan hak harta atau property yang ada pada kita. tidak ada campur tangan pihak luar kerana kita sendiri bebas menentukan apa yang kita mahu buat terhadap hak milik kita. Ini termasuk tubuh badan dan nyawa sendiri. Ini berasaskan hak kebebasan itu sendiri, iaitu kita bebas melakukan apa sahaja asalkan ia tidak menyakitkan orang lain. itu prinsipnya. Tidak perlu kemukakan soal "kebebasan ada hadnya" atau "tidak boleh wujud kebebasan mutlak". Memang benar kenyataan itu. Jadi apa yang "menyekat" kebebasan? Bukan undang2 yang mencengkam tetapi  "tanggungjawab". Tanggungjawab adalah sekatan semulajadi terhadapkebebasan. Sebagai contoh, dari pemerhatian saya, di Amerika Syarikat(AS) hari ini, ramai kalangan kiri serta pendokong sistem yang yang mahu kerajaan campur tangan dalam hidup kita telah dengan bangganya menyokong langkah kerajaan AS mahu menyelamatkan industri kenderaannya pada setahun yg lalu dengan menggunakan wang rakyat bernilai lebih RM100 billion. Sepanjang tahun lalu kerajaan AS telah "menyelamatkan" bank dan syarikat kewangan dengan wang cukai rakyat. Ini telah dijadikan asas oleh kalangan anti-pasaran bebas bahawa sistem pasaran telah gagal dan hanya kerajaan yang boleh menyelamatkan ekonomi. Jarang sekali orang menyalahkan kerajaan apabila ekonomi meleset, walaupun puncanya adalah campur tangan kerajaan itu sendiri. Sehinggakan apabila ada satu atau dua syarikat besar yang melakukan kesalahan jenayah, ia dicanang oleh media massa sebagai bukti kegagalan pasaran pasaran. Adakah ini sudah menjadi propaganda politik dimana satu keburukan dihebahkan ke seluruh dunia tetapi berjuta yang berjaya didiamkan? Pasaran bebas adalah sistem pertukaran barangan dan perkhidmatan dan apa2 sahaja secara suka rela. Penekanannya disini adalah "suka rela" kerana campur tangan dalam apa bentuk sekalipun adalah paksaan. aspek suka rela inilah yang memastikan setiap pihak yang terlibat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap diri sendiri dan bergantung kepada pihak yang satu lagi dimana urusan dilaksanakan. Bandingkan cara ini dengan sistem kerajaan kita yang sedia ada dimana birokrat kerajaan (yang kemungkinan besarnya tidak ada sebarang pengalaman perniagaan, malah mungkin tidak pernah jual burger di tepi jalan) menentukan apa yang baik atau buruk untuk kita.Seperti mana biasa, selain birokrat, menteri juga biasanya dikalangan mereka yang tiada pengalaman berniaga dan hanya mahu mencari populariti. Penswastaan mmg menggerunkan rakyat bawahan, tetapi menteri2 telah memberikan omongan mereka bahawa kerajaan akan mengawal setiap kadar yang akan diswastakan. Bayangkanlah jika kerajaan mahu tentukan setiap barang di pasaraya Giant atau semua pasar2 mini. Bayangkan kerajaan tentukan bayaran bilik2 hotel 5 bintang di negara ini. Yang pasti ini akan memburukkan nama pasaran bebas kerana rakyat sudah pun melihat penswastaan itu sebagai sistem pasaran Tetapi apabila kerajaan mahu tentukan kadar bayaran, pastinya pemilik swasta mahu kerajaan membalas budi dengan memastikan syarikat tetap mendapat keuntungan. Akhirnya kerajaan - dengan duit cukai rakyat - terpaksa menanggung subsidi kepada pemilik swasta kerana mahu memastikan bayaran perkhidmatansyarikat itu mendapat untung. Akhirnya orang akan kembali bertanya, "mengapa diswastakan?". Pastinya ada usaha2 untuk menyalahgunakan "penswastaan" untuk masuk poket sendiri mungkin akan diteruskan. Inilah kegelojohan dan ketidakcerdikan yang memesongkan pandangan rakyat bahawa pasaran bebas itu satu sistem buruk, sedangkan yang menjadikan sistem itu lemah adalah campur tangan kerajaan. Berbalik kepada AS, walaupun kerajaan mana2 parti disana yang bersikap tikus membaiki labu, semangat individu Amerika masih cekal. Mengikut Prof. Prabhudev konana dari University Of Texas dalam rencananya di akhbar The Hindu pada 2 Disember 2008, inovasi dan semangat keusahawanan AS tetap utuh walaupun dilanda campur tangan kerajaan serta kapitalisme anarki ala wall street. Perlu diingatkan bahawa tidak semua yang "berniaga" itu dianggap pasaran bebas. Adam smith lebih awal lg menghidu masalah ini apabila menonjolkan "mercantilism" sebagai masalah dalam pasaran bebas, iaitu campur tangan kerajaan bersama2 dengan ahli2 perniagaan atas nama mahu melindungi perdagangan, terutamanya dari "serangan" luar - sama ada luar negara atau luar dari lingkunga kumpulan yang rapat dengan kerajaan (dahulunya raja2 dan penasihat mereka). Hari ini kita gunakan istilah kapitalisme kroni untuk menggambarkan keadaan ini. Apabila korporat2 tertentu mendapat layanan istimewa kerajaan(ya, sedikit sebanyak ekonomi dan pembangunan dapat dilangsungkan), ia sudah diburukkan dengan campur tangan kerajaan. Di Malaysia kita sudah melihat bagaimana kapitalisme kroni menyekat kebebasan usahawan lain untuk menonjol. Kerajaan membantu kroni mereka dengan memberikan keutamaan kontrak dan projek di samping menggubal undang2 untuk melindungi mereka. Sekali lagi prinsip kedaulatan undang2(yang menjadi sebahagian dari asas sistem pasaran) telah dicabul. Karya satira Fredict Bastiat, "Petisen Pembuat Lilin" dengan jelas membuktikan kes ini bila mana sindiran pemikir Perancis abad ke-19 itu telah "meminta" kerajaan meluluskan undang2 menghalang cahaya matahari dari menembusi ruang rumah, pejabat, kedai dan apa sahaja kawasan semata2 untuk membantu pembuat lilin berjaya dalam perniagaan mereka. Kembali ke AS, walaupun kerajaannya hari ini cuba memenuhi hasrat pelobi2 perniagaannya, semangat kebebasan dikalangan rakyat negara itu masih kukuh. Malah, kebebasan inilah yang melahirkan kreativiti. Biasanya, dalam masyarakat yang dikawal atau terkawal, kreativiti selalu menjadi mangsa. Alasan biasa untuk mematikan kreativiti adalah "bertentangan dengan nilai masyarakat" atau :tidak sesuai dengan norma2 masyarakat". Menurut Prabhudev, anak2 muda yang lahir dizaman moden ini dengan penuh kreativiti adalah mereka seperti Bill Gates(microsoft), Michael Dell(Dell Computers) dan Steve Jobs(Apple Inc.). Yang lainnya seperti Aoron Swartz, hanya berusia 14 tahun apabila dia menghasilkan bersama content distribution software RSS. Blake Ross pula berusia 17 tahun apabila dia membantu mencipta browser Firefox, manakala Mark zuckenberg dalam usia 19 tahun menghasilkan facebook. Malah dalam usia remaja dan 20-an, manusia kreatif dari AS ini telah menghasilkan napster, ColdFusion,Studeous.com serta Google dan Yahoo!. Menurut Prabhudev lagi, bukan sahaja rakyat kelahiran AS, golongan imigran juga berjaya dalam usaha kreatif mereka seperti kejayaan menguasai separuh daripada perniagaan Silicon Valley termasuk Andy Grove dari Intel, Vinod khosla dari Sun Microsystem dan sergey Brin dari Google. Dan ini semua baru sahaja dalam industri IT. Apa yang dikatakan oleh professor itu adalah sistem pasaran bebas wujud dengan prinsip semula jadi alam, "reward and punishment". Kapitalisme akan menghukum kualiti yang buruk dan kelemahan. Yang lainnya, pasti menuju kejayaan. Mudah tetapi tak semudah yang dibaca kerana segala2nya bergantung kepada usaha sendiri.  Sebagaimana yang dikatakan oleh humoris AS P J O" Rourke dalam Weekly Standard pada 17 November 2008, pasaran bebas adalah seperti penimbang berat badan. menurutnya apabila kita berdiri diatas timbang itu, kita mungkin tidak suka apa yang kita lihat pada penandanya. Tapi realiti tetap realiti, kita tidak boleh mengelak keadaan yang berlaku diketika ini. Itulah yang sering terjadi hari ini bila mana kerajaan rasa ia boleh gubal undang2 untuk menunjukkan semuanya baik belaka. Sayangnya, ramai dikalangan kita pun percaya bahawa dengan menggubal undang2 sahaja, semuanya akan beres. Bahkan dengan berpuluh2 undang2 digubal dan dipinda, masalah jenayah tetap terus menjadi2. Apakah kita terlupa untuk selidik punca dan penyelesaian yang lebih tepat serta jitu? Apa yang dilakukan komunis sepanjang abad ke-20 semuanya menjurus kearah yang sama. Dengan niat yang suci dan baik untuk kebaikan semua rakyat, para birokrat kerajaan pun berbincang dan menentukan apa yang baik dan buruk untuk kita. Hasilnya hampir semua kerajaan Komunis dan sosialis dihumbankan oleh rakyat sendiri. Jika diperhatikan musuh semulajadi kkomunis dan sosialis adalah fasis, sama ada mazhab Nazi atau Fasis. Namun, kedua2 ideologi yang bermusuhan ini sebenarnya mempunyai ciri yang sama di segi ekonomi, pentadbiran dan pengurusan - iaitu ditentukan oleh kerajaan. Kedua-dua ideologi kiri dan kanan itu membenci pasaran dan pasaran bebas. Begitu juga isme-isme ekonomi yang mempunyai teras yang sama. Malah apabila agama digunakan sebagai label ekonomi, yang harus diselidiki adalah ciri2nya dan pelaksanaanya, bukannya pada nama atau slogan sahaja. Jika terasnya tetap dikawal kerajaan, ia tidak banyak berbeza dengan sistem anti pasaran dan kesannya juga hampir sama - yang menanggung beban adalah individu dan rakyat. kata pepatah, "The road to hell is paved with good intensions." Dan tidak mengejutkan jika pemuka kebebasan dan pasaran bebas, friedrich Hayek menamakan bukunya, The Road to Serfdom yang menghalusi masalah besar apabila ekonomi dirancang dan dikawal; individu dan rakyat hilang segala kebebasan dan hak apabila nasib mereka ditentukan oleh negara.

Saya ingin menegaskan disini, bila kita cuba menghuraikan sesuatu, tidak semestinya kita menyokong apa yg kita huraikan dan bicarakan sebagaimana di atas,, Saya cuma bentangkan apa yg perlu sy huraikan..untuk kita semua berfikir dari perspektif yang berbeda dan melihat dari pelbagai ruang sudut2 realiti kehidupan ekonomi dan cuba menghalusinya untuk kita memberikan alternatif dan menguatkan pegangan kita terhadap prinsip hidup kita ini.

Pegangan saya tetap, yakni pada saya n harus juga ada pada semua dari pemikiran kita yang Islam lah yg menawarkan sistem yang terbaik dalam seluruh pembawaan tatacara hidup, baik dalam rumahtangga, politik, pentadbiran, ekonomi, undang2, dan semuanya..Islam itu syumul, sempurna dan semuanya merangkumi kehidupan cakerawala ini.. Berpeganglah pada Al-Quran dan As-Sunnah selalu saudara2ku sekalian,, pastinya anda tidak akan sesat.. Bersatulah umat Nabi Muhammad SAW dalam memberikan KeADILan Untuk Semua... ALLAHUAKBAR!!!

Saturday, September 18, 2010

Lintasan Sejarah part-7 - Kelantan Darul Naim

Long Mansur adalah saudara kepada Long Kundur, putera Long Ahmad(Sultan Ahmad). Raja Long Mansur menaiki takhta kerajaan pada tahun 1890 bila Long Kundur(Sultan Muhammad Ke-III) mangkat, kerana pada masa itu putera almarhum Sultan Muhammad Ke-III, iaitu Long Senik masih lagi kecil.  Pada mulanya Raja Long Mansur menaiki takhta kerajaan dengan gelaran "Raja Kelantan" sahaja, hanya pada tahun 1898 barulah Raja dipanggil "Sultan Kelantan", namun begitu Raja lebih suka dipanggil dengan gelaran "Raja Kelantan" juga. Raja Sultan Mansur tidak bersemayam di Istana Balai Besar, tapi di Istana Raja sendiri yang dipanggil "Kota Raja Muda" yang terletak disebelah hilir pawagam Odeon yang mulai tahun 1986 telah diubahsuai dan dijadikan Bangunan UMNO Negeri Kelantan Darulnaim. Istana ini kemudiannya didiami oleh Long Kundur yang bergelar Raja Muda(1900-1944), dan selepas itu pula didiami oleh Raja Dewa(1944-1945). Raja seorang yang berjiwa Islam dan suka berdamping rapat dengan alim ulama' pada waktu itu. Raja mangkat pada hari khamis 10 Feb. 1899(8 Syawal 1317H) di Istana Jahar, Kota Bharu, setelah jatuh gering diserang demam yang berpanjangan tanpa sembuh hingga ke akhir hayat Raja. Jenazah Raja dimakamkan di Permakaman Di Raja Langgar Kota Bharu. ANTARA PERISTIWA YANG DIKENANG SEPANJANG PEMERINTAHANNYA - Sultan Mansur yang mempunyai semangat keislaman itu telah membuat peraturan pakaian kepada rakyat Negeri Kelantan Darulnaim, untuk lelaki dan juga wanita dimana pada tahun 1898 Raja telah menetapkan supaya setiap orang Islam hendaklah berpakaian yang menutup aurat, dengan meninggalkan pakaian tradisional yang mendedahkan selama ini. Raja memerintahkan supaya wanita Islam Kelantan memakai kain sarung, baju kurung dan sehelai kain tudung kepala untuk menggantikan pakaian tradisi wanita Kelantan ketika itu, iaitu kain sarung dan berkemban; kepada lelaki Islam pula Raja menetapkan pakaiannya ialah kain sarung dan baju teluk belanga, menggantikan pakaian tradisional lelaki, iaitu berkain sarung, berikat bengkung dengan kain lepas yang diselitkan dengan sebilah keris dan sehelai tengkolok(kain setangan isih) di kepala. Mana2 orang Islam yang tidak mematuhi perintah itu dan keluar ke jalan2 raya, mereka akan dilumurkan dengan belangkin disitu juga sebagaimana yang diperintahkan oleh Raja.  Untuk mengelak dari berlakunya perebutan takhta di kemudian hari, Raja telah mengikut langkah2 yang telah diambil oleh kekandanya, Almarhum Sultan Muhammad Ke-III iaitu dengan melantik bakal2 pewaris Kerajaan semasa usia mudanya lagi Mereka yang telah dilantik oleh raja adalah anak saudara Raja, Tengku Long Senik putera sulung Long Kundur(Sultan Muhammad Ke-III) yang bergelar Tengku sri indera sebagai Raja Kelantan, iaitu pewaris pertama takhta kerajaan bila Raja mangkat nanti dan Tengku Zainal Abidin putera Long Kundur juga juga digelar Raja Muda. Kemudiannya kedua2 perlantikan itu telah diiktiraf oleh Kerajaan siam. Dalam bahasa Siamnya Raja Kelantan disebut "Phya decha" dan Raja Muda pula dalam bahasa Siam adalah "Phya Rat Sada". Selain itu Raja Long Mansur juga telah diktiraf oleh Kerajaan Siam sebagai "Sultan Kelantan". Pada awal zaman pemerintahan Raja iaitu sekitar tahun 1918 di Negeri Pahang telah meletus peperangan menentang penjajah British yang diketuai oleh Dato' Bahaman dan pahlawan2 melayu Pahang yang lain. Dalam peperangan itu pahlawan2 melayu Pahang terpaksa berundur dan ada diantaranya telah sampai ke Kelantan dan diberikan bantuan serta perlindungan oleh Sultan Mansur diantaranya ialah Pahlawan Mat Kilau. Di Bidang pembangunan negeri, jasa2 Sultan Mansur tidak dapat dilupakan sebagai penyambung asas yang telah diletakkan oleh Raja Long yunus dulu. Pada Tahun 1898 Raja Sultan Mansur telah memerintah supaya didirikan sebuah Pejabat Tanah di Kota Bharu untuk memudahkan urusan orang ramai mengenai hal tanah, dan ini adalah Pejabat Tanah yang julung2 kalinya di Negeri Kelantan. Pejabat Tanah itu juga menjadi Pejabat yang mentadbir perjalanan bandar Kota Bharu sebagai Ibu Negeri Kelantan pada waktu itu. Beberapa tahun kemudian, iaitu pada tahun 1901, Raja telah memerintahkan pula supayakedudukan tanah2 di Negeri Kelantan dikaji dan dikeluarkan grant2 pada pemilik2nya. Dan sejak itu grant2 tanah itu bertulis dengan tulisan jawi hingga 31 Disember, 1965. Raja juga mengambil perhatian yang berat terhadap keselamatan Negeri Kelantan dari rakyatnya. Raja telah memerintahkan supaya bangunan penjara atau jil didirikan dimana orang2 yang didapati bersalah boleh diletakkan untuk menjalani hukumannya. Disamping itu untuk menjaga keselamatan awam Raja telah memerintahkan supaya ditubuhkan sepasukan polis yang kebanyakan anggotanya terdiri dari orang Sikh dan India yang didatangkan dari Singapura. Satu lagi jasa Raja Mansur yang besar juga ialah di bidang perhubungan, dimana pada tahun 1898 Raja Sultan Mansur telah menandatangani suatu perjanjian dengan pihak British yang pada masa itu telah berkuasa di negeri2 Pantai Barat dan Singapura untuk membawa surat sekali sebulan ke Kelantan menerusi kapal laut. Pemerintahan Raja Sultan mansur berjalan dengan adil dan saksama menyebabkan rakyatnya hidup dalam keamanan dan membolehkan Negeri Kelantan beransur2 melangkah ke arah kemajuan di zaman-zaman yang berikutnya.

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan?

Salam kedamaian...

Saya ingin menggariskan dan mencoretkankan beberapa siri kejayaan kerajaan BN disini. Benarkah apa yang dilaungkan oleh Dato'seri Najib Tun Razak yang rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Hmmm.... Jikalau kerajaan Britain memilih untuk mengurangkan kadar defisit negara mereka dengan 'cara mencantas' dan memotong perbelanjaan dan kemewahan yang dinikmati oleh barisan menteri kabinet dan juga golongan yang berkemampuan, lain pula mekanismenya yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Kerajaan BN, Malaysia yang diterajui oleh PM nya DS Najib Razak terus menerus membebani rakyat dengan pelbagai kenaikan2:

  - Kenaikan harga petrol
  - Kenaikan harga tol
  -Kenaikan harga gas
  - Kenaikan tarif elektrik
  -Kenaikan harga gula
  - Kenaikan harga tepung
  - Kenaikan harga minyak masak

Alasan kenaikan ini kerana tindakan mengurangkan belanja subsidi yang tidak tertanggung, dilihat umpama satu sikap memperbodohkan rakyat sedangkan rakyat jelata sudah sedar pemerintahan BN selama ini terlalu banyak melakukan penyelewengan dan ketirisan serta kerugian yang tidak boleh diberi muka lagi terhadap syarikat2 milik rakyat. Antara yang terang lagi bersuluh penyelewwngan itu adalah seperti berikut...

1. Kerugian dalam PERWAJA berjumlah billion RM suatu masa dahulu dan kini akibatnya rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga gula.
2. Kerugian sebanyak RM227 juta yang dialami oleh Pos Malaysia tempoh hari, kini implikasinya harga petrol dinaikkan.
3. Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM1.5 billion dan kini akibatnya harga gas dinaikkan.
4. Malaysia Airlines(MAS) suatu masa dahulu mengalami kegawatan yang teruk sehingga terpaksa dibelanjakan RM2 billion bagi memulihkan prestasinya malah kini MAS sekali lagi mengalami kerugian yang memalukan sebanyak RM535 juta dan implikasinya rakyat yang tidak bayar saman ekor akan kena blacklist.
5. Masih ingat lagi, kerajaan terpaksa memulihkan Proton Holdings Berhad yang gagal diterajui dengan efisyen sebanyak RM2 billion, maka implikasinya subsidi minyak dikurangkan.
6. Kegagalan menguruskan Projek Landasan Kembar Elektrik dengan baik yang mengakibat kosnya meningkat dan terpaksa ditampung lagi sebanyak RM4 billion, maka kesannya subsidi gula telah dikurangkan.
7. Kedangkalan berfikir pemimpin BN yang menyebabkan pembayaran pampasan RM5oo juta akibat pembatalan Jambatan Bengkok, implikasinya subsidi gas dikurangkan.
8. Kehilangan Blok Minyak kepada Brunei yang bernilai RM360 billion, kini mengakibatkan harga tol dinaikkan.
9. Kerugian Tenaga Nasional Berhad(TNB) suatu masa dahulu sebelum dipulihkan sebanyak RM1 billion, dan implikasinya tarif elektrik dinaikkan.
10. Perjanjian tidak masuk akal tarif air dengan Singapura menyebabkan kerugian RM500 juta, akhirnya harga minyak masak dinaikkan.
11. Tanggungan yang membebankan ke atas Pegangan Tenaga Bebas(IPP) sebanyak RM276 billion, akibatnya harga tepung dinaikkan.
12. Skandal kerugian PKFZ dan implikasinya subsidi tepung dirampas.
13. Kehilangan enjin Jet F-5E. Nilai pemberian subsidi dilaras semula.
14. Penyusutan rezab emas negara yang mendadak dan membimbangkan, telah menimbulkan keresahan dari pakar2 ekonomi terhadap kekuatan ekonomi negara.
15. Projek pembinaan istana negara yang baru bernilai RM800 juta yang hanya eksklusif untuk segolongan manusia sahaja, tiba2 rakyat biasa yang tidak pernah kenal erti hidup senang apatah lagi kemewahan menjadi mangsa. Akhirnya rakyat juga yang menanggung beban subsidi terus menerus dikurangkan.
16. Ada banyak lagi... tapi cukuplah sekadar ini dahulu..

Tengku Roshdan Bin Tengku Abdul Wahab - Parti KeADILan Rakyat

Friday, September 17, 2010

Lintasan Sejarah part-6 - Kelantan Darul Naim: Sultan Muhammad Ke-III

Long Kundur Putera Long Sulung Sebagai Sultan Muhammad Ke-III(1889-1890).
Long Kundur adalah putera sulung kepada Long sulung(Sultan Ahmad), iaitu putera sulung pula kepada sultan Muhammad Ke-II(1837-1886). Selepas kemangkatan Sultan Muhammad Ke-II pada tahun 1886 maka anakanda Raja long Sulong telah ditabal menaiki takhta kerajaan dengan gelaran "Sultan ahmad" di samping itu Raja Sultan Ahmad juga terkenal dengan gelaran "Sultan Tengah". Sebelum ditabal menjadi sultan, Raja Long sulong telah mempunyai 12 orang putera dan 13 orang puteri. Raja Sultan Ahmad tidaklah lama memerintah, pada tahun 1889, Raja pun jatuh gering dan mangkat, jenazahnya telah dimakamkan di Permakaman Di Raja Langgar, Kota Bharu. Selepas itu putera sulung Raja, iaitu Long Kundur telah menaiki takhta kerajaan, pada mula2nya sebagai Pemangku Sultan, dan terus bersemayam di Istana Jahar. Kemudian apabila perlantikan Raja diiktiraf oleh Kerajaan Siam, maka Raja pun secara rasmi digelar "Sultan Muhammad Ke-III" dan disamping itu Raja juga terkenal dengan 2 nama gelaran lagi iaitu "Sultan Banggu" dan "Sultan Bendehara". Raja Sultan Muhammad Ke-III mempunyai 9 orang cahayamata, iaitu 5 org putera dan 4 org puteri sewaktu Raja bergelar Bendehara lagi. Raja mangkat secara tidak diduga pada tahun 1890 semasa dalam peraduan di Istana Jahar, dan jenazah Raja dimakamkan di Permakaman Di Raja Langgar, Kota Bharu. Suatu perkara tradisional yang sering kali berlaku bila seorang Raja mangkat ialah timbulnya masalah untuk mencari penggantinya. Perkara ini bukan sahaja berlaku di Negeri Kelantan, tapi juga di lain2 negeri pada masa itu, seperti di Perak, selangor dan Pahang dalam abad yang sama; hal ini berlaku akibat kelonggarab sistem, peraturan dan politik pada masa itu yang menyebabkan takhta Di Raja itu menjadi rebutan bukan sahaja dikalangan anak2 raja yang mangkat, tapi juga dikalangan adik-beradiknya. Bagi mencegah perkara yg tidak diingini seperti itu berulang lagi, maka Raja Sultan Muhammad Ke-III semasa hayatnya telah membuat peraturan mengenai penyusunan bakal2 Sultan kelantan. Mengikut peraturan yg dibuat oleh Raja itu, bakal sultan yg pertama mestilah bergekar Raja kelantan, bakal Raja yg kedua hendaklah bergelar Raja Muda dan bakal Sultan yang ketiga hendaklah bergelar Tengku Sri Indera. setelah membuat peraturan tersebut, maka Raja pun mengangkat adinda Raja, tengku Mansor yg telah bergelar Raja Muda sebagai Raja Kelantan, jawatan yg kedua dikosongkan oleh Raja, dan jawatan yg ketiga sebagai Tengku sri Indera diberikan kepada putera sulung Raja sendiri, Tengku Long senik. Sejauh mana keberkesanan peraturan yg dibuat oleh Raja itu adalah diluar perbincangan bicara kita ini, tapi yang pentingnya Raja Sultan Muhammad Ke-III telah meletakkan asas untuk mencegah pertumpahan darah di kalangan kerabat di raja kerana merebut takhta. Sebelum Sultan Muhammad Ke-III menaiki takhta kerajaan, Sultan Kelan waktu itu ialah Long Sulong yang bergelar Sultan Ahmad(1886-1889). Dalam masa pemerintahan Sultan Ahmad yg singkat  itu, Raja tidak dapat melakukan bnyk kemajuan. Namun begitu, Raja meneruskan pemerintahan yang telah diletak batu asasnya oleh Sultan Muhammad Ke-III yang berjalan dengan aman dan makmur. Pada tahun 1887, Raja Sultan Ahmad telah memerintahkan supaya dibina sebuah Istana di halaman Istana Balai Besar untuk putera sulung Raja, Tengku Kundur yang waktu itu yg bergelar Raja Bendehara, dan selepas itu diangkat menjadi Tengku Sri Indera. Istana ini telah menjadi tempat Persemayaman Tengku Kundur bersama dengan isterinya Tengku Embong Patani. Pada mulanya istana itu dipanggil Istana Raja Bendehara iaitu gelaran yang diberikan kepada Tengku Kundur, tapi kemudiannya ia dikenali dengan nama "Istana Jahar" kerana terdapat pokok2 jahar ditanam dihalaman istana itu. Pada hari ini Istana Jahar itu telah diubahsuai dan ditempatkan di muzium negeri. Selepas kemangkatan Sultan Ahmad, Long Sulong telah menaiki takhta kerajaan pada tahun 1889 dengan gelaran Sultan Muhammad Ke-III. Walaupun pemerintahan Sultan Muhammad Ke-III singkat, tapi beberapa kemajuan juga telah dicapai di zaman pemerintahan beliau. Raja juga menjalankan pemerintahan mengikut hukum syarak, dimana pencuri2 yang didapati bersalah akan dipotong tangannya. Beliau juga memerintahkan supaya dibina rumah2 ibadat untuk orang2 Islam seperti mendirikan masjid, surau dan madrasah. Pemerintahan Sultan Muhammad Ke-III berjalan dengan adil, menyebabkan Negeri Kelantan terus maju dgn pesatnya, banyak jalan raya dibuka, hutan belantara ditebas dan ditebang untuk dijadikan sawah padi dan kebun2 buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh memberikan sumbangan kepada ekonomi Negeri Kelantan dan rakyat2nya.

Lintasan Sejarah part-5 - Kelantan Darul Naim : Sultan Muhammad Ke-II

Long Senik Putera Long Tan Tenenggong sebagai Sultan Muhammad ke-II(1836-1886).
 Long Senik adalah putera Long Tan Temenggong(adinda Sultan Muhammad 1) yang mangkat terbunuh di Galas, Ulu Kelantan ketika menjalankan tugasnya. Raja Long senik telah diambil dan akan dijadikan anak angkat semasa Long Tan Temenngong masih ada hayatnya. Raja tinggal bersama2 dengan Sultan Muhammad 1 di istana sebagai bakal pewaris takhta kerajaan Kelantan, kerana Raja Sultan Muhammad 1 tidak mempunyai putera ataupun puteri untuk mewarisi takhta kerajaannya. Raja sultan Muhammad 1 telah menyampaikan hasratnya itu kepada Raja Siam. Raja Sultan Muhammad-1 mempunyai 4 orang beradik, iaitu Long Senik(Sultan Muhammad ke-II), Tengku Long Nik(Tengku Sri Indera), Tengku Tuan Bongsu(Raja Muda Penambang), dan Tuan Kota(Tengku Senik). Raja Long Senik kemudiannya bergelar Sultan Muhammad ke-II dikurniakan dengan 3 orang cahayamata, iaitu 2 orang putera dan seorang puteri, putera sulung Raja bernama Tengku Sulung, putera yang bongsu ialah Tengku Jaafar(Temenggong), dan puteri Raja pula ialah Engku Na Nik bergelar Engku Raja yang berkahwin dengan Tengku Putih anak Tengku Besar Raja Pattani. Setelah memerintah selama kira2 48 tahun, maka Sultan Muhammad ke-II pun jatuh gering beberapa lama kerana sakit tua, yang membawa kepada kemangkatan Raja pada tahun 1886M(1304H) dan dimakamkan di Permakaman Di Raja Langgar. Selepas kemangkatannya itu Raja dikenali dengan gelaran "Marhum mulut merah" ataupun Sultan Muhammad Mulut Merah. Raja Sultan Muhammad ke-II adalah seorang yang bijaksana dan berpandangan jauh. Untuk mengelak daripada berlakunya pertumpahan darah yang tidak diingini berpunca dari cetusan rasa kecewa antara beberapa pihak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Siam. Dia mengambil tindakan perundingan yang berhemah. Dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad Ke-II Negeri Kelantan bertambah kukuh dan stabil serta termasyhur didalam dan luar negeri. Dari segi fizikalnya Negeri Kelantan amnya, dan bandar Kota Bharu khasnya selalu ditenggelami oleh banjir dari masa ke masa. Perkara ini berlaku sejak beratus2 tahun dahulu lagi, dan menjadi ancaman kepada keselamatan nyawa dan harta benda manusia, dimana kadang2 ianya berlaku lebih dari sekali dalam setahun. Perkara ini juga yang dihadapi oleh Sultan Muhammad Ke-II(1837-1886), menyebabkan Raja rasa bimbang keselamatan kota istananya itu di Pulau Saba itu akan musnah sedikit demi sedikit telah terhakis oleh banjir yang sentiasa mengancam, terutama bila tiba musim tengkujuh. Pada tahun 1840M. Raja telah mengeluar perintah supaya digali sebuah anak sungai di tebing sebelah barat Sungai Kelantan bertempat di Kampung Kutan untuk meredakan rempuhan air Sungai Kelantan ke Pulau Saba. Anak Sungai gali itu lebarnya 3 depa, dalamnya kira2 5 depa dan panjangnya 3 setengah batu hingga sampai ke Bendang Mokrat, berhampiran dengan Palekbang sekarang, dan ianya selesai digali pada tahun 1841M, dan boleh didapati hingga sekarang dipanggil "Sungai Raja Gali". Raja Sultan Muhammad sendiri bersusah payah berangkat merasmikan pelancaran projek tersebut. Tapi dalam masa tidak sampai setahun, Sungai Raja Gali itu tidak lagi dapat berfungsi mengalir air dengan baik kerana tertimbus oleh timbunan lumpur dan pasir yang dibawa oleh arus Sungai Kelantan, dengan itu tebing Sungai Kelantan terutama disebelah timurnya mulai terancam kembali oleh keruntuhan akibat hakisan sungai dan dilanda banjir, dan kta istana Pulau Saba itupun turut terancam semula, dan tidak ada jalan lagi untuk menyelamatkannya. suatu tempat baru terpaksa dicari untuk untuk mengganti Pulau Saba yang terancam itu, maka pada tahun 1844. Raja telah memilih satu kawasan baru yg letaknya arah ke timur Pulau Saba dan Kebun Menseta(sekarang pdg merdeka), dan dikeluarkan perintah supaya dibina kota dan istana ditempat yg baru itu. Didalam kota yg baru itu terdapat sebuah balai yg besar, sebuah rumah besar yg merupakan istana kediaman raja, surau dan sebuah tempat pengawal2 raja. Bangunan istana dan balai besar itu dibuat mengikut tradisi Melayu; disekeliling kota dan istana itu dipagar dengan pagar kayu cengil setinggi kira2 sepuluh kaki.  Seluruh bangunan itu dibina atas tapak seluas kira2 40 ekar yang dikelilingi oleh parit dan dipagari oleh2 pokok2 buluh peleting seluas 25 ekar yang dipanggil kawasan "buluh kubu", dan kemudiannya disebut "Dalam Kubu". Didalam kubu inilah didirikan rumah2 kediaman kerabat2 raja, orang2 besar dan orang2 yang setia dan berjasa kepada raja. Kawasan ini adalah menjadi hak milik setiap Sultan yang memerintah negeri Kelantan secara turun temurun. Pada tahun 1844 Raja Sultan Muhammad Ke-II pun berangkat di istana yang baru siap dibina itu, kota dan istana yang baru dibina itu dipanggil "Kota Bharu" mengambil sempena ianya baru dibina. Akhirnya kota dan istana yang baru dibina ini telah berkembang menjadi pusat pentadbiran dan pemerintahan negeri Kelantan dan juga Ibu Negeri Kelantan hingga ke hari ini. Untuk mengelak kekeliruan dimana dua tempat mempunyai nama yang sama iaitu bandar Kota Bharu, untuk kota istana yg baru dibina, Raja menamakannya sebagai "Istana Balai Besar" dan Kota Bharu kekal sebagai nama bandar dan menjadi ibu Negeri Kelantan. Oleh sebab Raja seorang yg berjiwa Islam, maka Raja menjalankan pemerintahan mengikut Al-Quran dan Hadis, seperti menjatuhkan hukuman potong tangan kepada pencuri, dan menjatuhkan hukuman bunuh kepada org yang didapati salah kerana membunuh. Pada tahun 1867, Raja telah memerintahkan supaya dibina sebuah masjid kayu yang baru atas tapak masjid lama yang telah berusia ratusan tahun dan masjid itu telah pun runtuh dilanda banjir pada tahun 1847. Kemudiannya masjid itu telah bertukar menjadi masjid batu, dan dinamakan Masjid Muhammadi mengambil sempena nama Sultan Muhammad Ke-IV. Dalam masa pemerintahan Sultan Muhammad Ke-II kemajuan dalam bidang pemilikan tanah juga telah dicapai. Pada tahun 1882, Raja telah memerintah supaya dibuat peraturan untuk mendaftar tanah2 diseluruh negeri Kelantan untuk mempastikan berapa banyak jumlah tanah yang dimiliki oleh kerajaan dan berapa banyak pula yang dimiliki oleh rakyat, kerana sebelum itu org ramai di Negeri Kelantan telah banyak menjualkan tanah2 mereka untuk mengatasi kemelesetan ekonomi yang telah melanda Negeri Kelantan. Sepanjang pemerintahan Sultan Muhammad Ke-II dari tahun 1838-1886, suasana di Negeri Kelantan menjadi aman tenteram dan makmur, pemerintahan beliau berjalan dengan penuh kestabilan dan dalam masa yang panjang, keharuman dan kemasyhuran nama Negeri Kelantan harum semerbak mekar hingga ke luar negeri.

Manfaatkanlah waktu kita...

Tik! Tik! Tik! Masa terus berdetik tanpa menunggu kita,, saya, Tengku Roshdan Tengku Abdul Wahab yang lahir pada tanggal 24 may 1981 bersamaan dengan 20 Rejab 1401 Hijrah dan Alhamdulillah hingga kini, pada tahun 2010.. saya masih lagi menghirup udara Anugerah Allah SWT yang sementara di alam fana ini, saya menyambutnya dengan penuh kesyukuran.. Terima kasih padaMU Ya Allah Ya Tuhanku Tuhan Yg Maha Agung!!! Allah telah berfirman, dalam Surah Al-Ashr:1-3, mafhumNya,, "DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU BENAR2 DALAM KERUGIAN, KECUALI ORANG2 YANG BERIMAN DAN MENGERJAKAN AMAL SOLEH DAN SALING MENASIHATI SUPAYA MENTAATI KEBENARAN DAN SALING MENASIHATI DALAM KESABARAN". Dalam hal ini, sufi terkenal. Hasan Al-Basri meriwayatkan "TIDAK ADA SATU HARI PUN YANG DATANG KECUALI ADA SUARA YANG MEMANGGIL, "WAHAI ANAK CUCU ADAM AS, KAU ADALAH MAKHLUK BARU YANG AKAN MENJADI SAKSI ATAS PERBUATANMU. KERANA ITU, CARILAH BEKAL DARIKU DENGAN MELAKUKAN AMAL SOLEH. KETAHUILAH BAHAWA AKU TIDAK AKAN KEMBALI LAGI SEHINGGA HARI KIAMAT". Seorang tabi'i pula berkata "BARANG SIAPA TELAH MELALUI SATU HARI DARI UMURNYA YG IA GUNAKAN BUKAN UNTUK SESUATU KEBENARAN YANG DILAKUKANNYA ATAU UNTUK SUATU KEWAJIPAN YANG DILAKSANAKANNYA, ATAU UNTUK SUATU KEMULIAAN YANG DICARINYA, ATAU SUATU ILMU YANG DIPELAJARINYA, MAKA DIA TELAH MENDERHAKAI HARINYA DAN MENZALIMI DIRINYA". Waktu bergerak sangat pantas. Ia berlalu meninggalkan kita seperti air terjun dari puncak gunung, baru sebentar berada di puncak, dalam sekelip mata sudah jatuh ke tanah. kelmarin hari ahad, sekarang sudah khamis. Kelmarin Ramadhan skrg sudah syawal. Pergantian masa yang pantas itu seharusnya menjadi iktibar dengan merenungkan peringatan Allah SWT dalam Surah Al-Ashr seperti diatas. Kerana waktu yang berlalu bukan untuk dinostalgia, melainkan diurus dengan secara lebih efektif agar waktu itu dapat dimanfaatkan demi masa depan kita. Selanjutnya, kata sang bijak pandai: pencuri yang paling ditakuti adalah pencuri waktu, kerana kejahatannya tidak kelihatan, tetapi perbuatannya mendatangkan kerugian besar. Allah SWT mengurniakan waktu setiap hari yang sama kepada semua makhluk-NYA di planet bumi ini. Akan tetapi ada di antara kita yang merasakan kekurangan waktu, sehingga terucap, 24 jam sehari belum cukup dan di kalangan kita juga merasakan waktunya terlalu banyak. Mereka ialah golongan yang tidak menggunakan masa. Yang terbaik adalah pemimpin yang dapat memanfaatkan waktu 24 jam untuk mengurus tadbir negeri dan negara dgn berlandaskan hukum Allah SWT dan sirah Rasulullah SAW.. Ambo Tg Roshdan Tengku Abdul Wahab(AMK PKR MACHE) menyeru anda semua agar bersama2 kita mendaulatkan Al-Quran dan As-Sunnah di peringakat yang tertinggi.. Salam kedamaian buat sahabat2 n musuh2 ku sekalian... Peace!!

Wednesday, September 15, 2010

Aidilfitri...

Salam perkenalan buat semua yang mengenali diri ini dan mohon kemaafan jika ada yang terasa hati terhadap diri ku insan biasa ini. Selepas banyak menulis tentang sejarah negeri Kelantan yang saya petik faktanya dari beberapa buku lama, kali ini saya ingin mencoretkan erti Aidilfitri pada saya untuk kita kongsikan bersama... Aidilfitri adalah hari kemenangan. Orang2 yang beriman yang berhasil melepasi Ramadhan dengan baik, seperti bayi yang baru dilahirkan. Sayangnya kebanyakan orang Islam masih menganggap, Aidilfitri adalah hari kebebasan. Bebas dari lapar dan haus, bebas dari menahan hawa nafsu, umpat keji dan bebas dari mengerjakan terawih. Aidilfitri berasal dari kata led "kembali" dan "Fitri" kesucian. Pada hari itu Allah SWT menghapuskan segala dosa hamba2NYA yang ikhlas melaksanakan ibadat Ramadhan. Dosa yang langsung diampuni adalah dosa yang dilakukan terhadap Allah SWT, sementara dosa seseorang manusia terhadap manusia lain, akan diampuni ketika orang yang dizalimi telah memaafkannya. Dan waktu yang terbaik untuk saling memaafkan ialah Aidilfitri. Namun, kedatangan Aidilfitri bererti pemergian Ramadhan. Rasulullah SAW dan para sahabat merasa sangat sedih kerana tidak tahu, Ramadhan tahun hadapan dapat bertemu lagi atau tidak. Sebagai orang Islam, seharusnya kita pun harus menangisi pemergian bulan penuh rahmat dan maghfirah itu, bukan justeru menggangap berakhirnya sebuah "penderitaan". Ada baiknya jika di hari Aidilfitri kita menghisab diri dan amalan2 yg selama ini kita telah lakukan. Mohonlah kelak agar dijauhi dari api neraka. Banyak hal penting yang dilupakan oleh sebahagian kita. Banyak perilaku Ramadhan yang ditinggal begitu sahaja selepas bulan suci tersebut berlalu. Amat baik jika kita berusaha agar nilai2 dan kebiasaan Ramadhan terus kekal dan dipraktikkan pada hari2 selanjutnya, sehingga kehidupan kita menjadi lebih bermakna dan perilaku kita akan terbina dengan lebih baik. Sangat indah jika kita terus berikhtiar untuk terus menjadi insan yang berhati dan berperilaku Ramadhan setiap hari. Kembali kepada fitrah, bukan bererti, tidak melakukan kesalahan lagi, tapi kita bertekad dan berusaha, bagaimana mengurangkan setiap kesalahan itu semaksimum mungkin. Salam kedamaian buat semua kawan2 dan musuh2 semua.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.. Peace................

Tuesday, September 14, 2010

Lintasan sejarah part 4 - Kelantan Darul Naim : Sultan Muhammad Ke-I

Raja Long Yunus adalah seorang Raja Kelantan yg terukir namanya sebagai Raja yg agong. Raja menaiki takhta kerajaan pada tahun 1762M, dan dengan kegigihannya berjaya menyatupadukan seluruh negeri kelantan dibawah satu panji pemerintahan sahaja. Jasa2nya yg besar itu menjadi satu kenangan yg abadi kepada pemerintah2 Kelantan yg menaiki takhta kerajaan kemudiannya hingga sekarang. Sultan Muhammad ke-IV telah mengabadikan nama Raja Long Yunus kpd nama bintang kehormatan untuk para kerabat Diraja yg amat dihormati yg dinamakan "Al-Yunusi". Kita pergi kpd pengganti Raja Long Yunus.. iaitu putera sulung beliau yang bernama Long Muhammad Putera Long Yunus atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad yg 1(1801-1836). Sultan Muhammad yg pertama menaiki takhta pada tahun 1801, beliau adalah seorang Raja yg gemar membuat amal kebajikan. Setiap tahun Raja Sultan Muhammad mengeluarkan sedekah dan khairat utk faedah rakyat didalam dan diluar Negeri Kelantan, utk luar negeri Raja bermurah hati mendirikan rumah2 wakaf di Mekah, Jeddah dan Madinah. Beliau seorang Raja yg mandul, tdk ada zuriat utk menyambung takhta warisan kerajaannya. Oleh sebab itu selepas kemangkatannya Raja digelar Marhum mandul, disamping gelaran Marhum Tua. Semasa hayatnya Raja telah mengambil anak saudaranya Tuan Senik Mulut Merah, yg bergelar Raja Temenggung Aria Pahlawan, Putera Long Tan Temenggong sebagai anak angkat dan tinggal bersama2 Raja di istana. Ayahanda Tuan senik Mulut Merah, iaitu long Tan Temenggong telah mangkat terbunuh ketika menjalankan tugasnya di Galas. Setelah memerintah selama 36 tahun, maka Sultan Muhammad 1 itu pun jatuh gering dan mangkat pd tahun 1837(29 safar 1251H). Beliau mangkat dgn meninggalkan jasa bakti yg besar dan tdk ternilai harganya, terutama sekali sbg wira yg telah berkorban mempertahankan takhta kerajaan negeri terus berkekalan berada dalam kekuasaan pewaris takhta yg berhak mewarisinya dengan semangat gigih dan penuh keperwiraan. sebagai mengingati jasanya yg besar itu, pewaris takhta yg kemudiaan, sultan Muhammad ke-IV telah mewujudkan "Bintang Darjah Mahkota Kelantan Yg Amat Mulia" yg dinamakan "Al-Muhammadi" mengambil sempena nama sultan Muhammad 1. Bintang2 itu diadakan dalam 3 darjah. 1,2, dan 3. Disamping itu beliau juga berjaya membuat tapak kemajuan yg penting utk Negeri Kelantan berkembang maju dizaman2 berikutnya, dan muncul sebagai sebuah kerajaan yg bebas dan berdaulat. Sultan Muhammad 1 adalah warisan Long Yunus yg pertama sekali memakai gelaran sultan, dan mempunyai sistem pemerintahan yg lebih mantap dari pemerintahan sebelumnya.  sultan Muhammad 1 telah membina sebuah Kota Istana lain sebagai ibu Negeri Kelantan disuatutempat bernama Pulau Saba yg terletak ditepi tebing timur sungai Kelantan dimana sekarang terletaknya jeti tambatan kastam. Di Pulau Saba inilah juga dibina bangunan2 lain dan sebuah masjid dan juga disinilah terletaknya pemerintahan Negeri Kelantan selama 42 tahun, daripada tahun 1800 hingga 1842M. Dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad 1 Negeri Kelantan berada di dalam kemakmuran, sawah2 padi dan kebun buah2han telah dibuka dengan seluas2nya oleh rakyat jelata sekalian dengan itu peluang pekerjaan bertambah banyak untuk memenuhi keperluan penduduk yg kian meningkat dari masa ke masa. Keadaan Negeri Kelantan kembali aman dan makmur, sehingga termasyhur ke luar negeri.

Lintasan sejarah part 3 - Kelantan Darul Naim

Hubungan baik  telah terjalin antara Kerajaan Che Siti Wan kembang di Gunung Chinta Wangsa, dgn Kerajaan Loyar di jembal. Baginda che Siti Wan Kembang telah mengambil  Puteri Saadong sebagai anak angkat yg akan menaiki  tahkta kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Che Siti Wan Kembang tdk mempunyai puteri ataupun putera sbb Che Siti Wan Kembang tdk berkahwin sehingga beliau mangkat. Puteri Saadong seorang gadis yg terkenal kerana kecantikannya. Perihal kecantikkannya telah sampai ke perkhabaran Maharaja Siam yg kemudiannya menghantar utusan utk meminang Puteri saadong, tapi ditolak. Kemudiannya Puteri Saadong telah dikahwinkan dgn sepupunya Raja abdullah putera Raja Bahar Bendehara dgn tujuan utk menyelamatkan pertalian Di Diraja. Raja Abdullah telah dirajakan di Kampung Chetok Pasir Mas, dan kemudiannya berpindah ke Kota Jelasin ataupun Kota Mahligai. Oleh sebab mendapat tekanan yg hebat dari Maharaja Siam, maka Raja Abdullah mengizinkan permaisurinya Puteri saadong berangkat ke Siam. Bila Puteri Saadong kembali dari Siam,  maka tercetuslah perbalahan antara kedua suami isteri itu dan menyebabkan Raja Abdullah mati tertikam dgn pemancak sanggul Puteri Saadong. Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim saudara Raja Abdullah menjadi sultan di Kota Jelasin pada 1671M(1082H) dan dikahwinkan dgn janda Raja Abdullah, anak Penghulu Raja Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesani lagi. Tidak lama selepas itu Raja Abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyatnya ditepi Tasek Lelayang Mandi, dgn itu putuslah sejarah Kerajaan Mahligai dan wujudlah pula kembali Kerajaan Jembal yg pada waktu itu terletak dibawah pemerintahan Raja Omar yg bergelar sultan Omar pada 1675M(1086H). Sultan Omar adinda kpd raja Loyar yg sebelum itu telah bergelar Temenggung; Sultan Omar mempunyai 5 org putera dan puteri, iaitu Raja kecil sulung, Raja Ngah yg bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Sultan Omar mangkat pada 1721M(1132H), Baginda Raja Bahar telah ditabal menjadi Sultan di Jembal atas kehendak putera sulungnya, Raja Kecil Sulung. Setelah Raja Bahar mangkat pada 1733M(1146H), maka putera Raja Long Sulaiman ditabal menjadi Raja menggantikannya dan terus bersemayam di Kota Kubang Labu, bukannya di Jembal yg terus ditinggalkan dan akhirnya menjadi sebuah perkampungan. Long Sulaiman mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan 2 org puteri, iaitu Tuan Dewi dan Tuan kembang yg berkahwin dgn Long Deraman putera Tuan Senik Geting yg memerintah di Legih. Pada 1756M(1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta yg akhirnya membawa kpd kemangkatan Long Sulaiman. berikutannya Long Pendek, sepupu Long Sulaiman, telah dilantik menjadi Raja Kubang Labu, dan adiknya pula Long Muhammad dilantik menjadi Raja Muda. Kemudiannya pada 1758M, Long Pendek telah mangkat ditangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendek membunuh isterinya Tengku Tengah, iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhammad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu. Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletus peperangan antara pihak Long Muhammad yg dibantu oleh Long Deraman dgn pihak Long Yunus putera Long sulaiman yg dibantu oleh Long Ghaffar, putera Raja Roman di Ulu Perak. Dalam peperangan pada 1762M Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan kerajaan Kumang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. Bagi mengenang jasa Long Ghaffar yg membantunya dalam peperangan itu, maka Raja Long Yunus telah melantik Long Ghaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Sungai Pasir Tumbuh. Raja Long Yunus telah berjaya menyatukan seluruh pemerintahan Negeri Kelantan yg banyak itu dan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja. Raja Long Yunus mempunyai 7 orang putera dan 5 orang puteri, dan seorang daripada puteri Raja Long Yunus yg bernama Cik Ku Tuan Nawi telah berkahwin dengan Tengku Muhammad, putera Sultan Mansur trengganu, dan putera sulung mereka adalah mewarisi takhta Kerajaan Long Yunus. Raja Long Yunus mangkat pada 1798M(1209H) dan dimakamkan di Permakaman Raja Langgar, Kota Bharu.

Lintasan Sejarah part 2 - Kelantan Darul Naim

Kemasyhuran Negeri Kelantan telah sampai ke Negeri Melaka dibawah pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Pada 1477M. Raja Melaka ini telah menghantar bala tenteranya untuk menyerang Negeri Kelantan. Walau bagaimanapun ia berakhir dengan satu simpulan peristiwa yg menarik, dimana Baginda Sultan Mahmud Shah telah berkahwin dgn puteri Sultan Mansur yg bernama Onang Kening, yg kemudian menjadi bonda kepada Raja Perak yg pertama, iaitu Sultan Muzaffar Shah.(1528M). Bila Sultan Mansur Shah mangkat pd 1526M(928H), maka puteriBaginda Raja Gombak ditabal menjadi Sultan dgn gelaran Sultan Gombak. Setelah Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yg telah dijadikan putera angkat Raja, iaitu Raja Ahmad ditabal menjadi Sultan Kelantan pd 1584M(992H) dgn gelaran Sultan Ahmad. Baginda telah berkahwin dgn Cik Banun puteri Seri Nara D'Raja, iaitu sepupu kpd Raja Hussin di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda kedua telah dikurniakan dgn seorang puteri yg dinamakan Cik Wan Kembang. Baginda Sultan Ahmad mangkat pd 1589M, sewaktu puteri Baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, oleh sebab itu Raja Hussin dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja pemerintah Kelantan. Bila Raja Hussein mangkat pd 1610M(1018H), maka Cik Siti Wan Kembang pun ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 27 batu arah ke Tenggara Kuala Krai. Pemerintahan Cik Siti Wan kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi masyhurn menyebabkan bnyk dikunjungi oleh dagang sentri dari dalam dan luar negeri, termasuk juga org2 Arab yg menggelarkan che Wan kembang dgn panggilan "Paduka Che Siti". baginda mempunyai seekor kijang yg amat digemari oleh Baginda, iaitu persembahan drpd rakyat Baginda yg tinggal di Gunung Ayam. Gambar kijang ini telah diterap di atas wang emas perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian drpd lambang kebesaran Negeri kelantan yg berkekalan hingga ke hari ini dgn megahnya. Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang memerintah di Gunung Chinta Wangsa itu, maka disebelah Timur Laut Negeri Kelantan telah timbul sebuah lg kerajaan berpusat di Jembal, dibwh pemerintahan Raja Sakti 1638M(1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyar telah ditabal menjadi Raja pada 1649M(1059H). Baginda dianugerahkan dgn 2 org cahayamata, iaitu; seorang putera, Raja Sakti yg mangkat sejak kecil lg, dan seorang puteri bernama Puteri Saadong.

Monday, September 13, 2010

Lintasan Sejarah part 1 - Kelantan Darul Naim...

Negeri Kelantan yg mempunyai senibudaya tradisional yg unik ini juga mempunyai sejarah persinggahan yg menarik. Sebagai pembuka lembaran sejarah perkembangan persinggahsanaan Negeri Kelantan itu sehingga kemunculan Long Muhammad Putera Long Yunus menaiki singgahsana kerajaan Kelantan dari tahun 1801 hingga tahun 1837 dimana buku sejarah "Keluarga DiRaja Kelantan Darulnaim ini" membuka panggung pembicaraannya membawa ke zaman pemerintahan KDYMM Sultan Tengku Faris Petra. Dalam 1411M(814) di Negeri Kelantan terdapat seorang Raja yg beragama Islam bernama Raja Kumar. Tapi hingga kini ahli2 sejarah masih belum dpt mengesani drpd mana asalnya Raja Kumar ini walaupun  Baginda Raja Kumar telah menjalankan hubungan muhibbah dgn Maharaja China, dan sebaliknya dlm 1412M, Raja Kumar telah menerima persembahan balas berupa kain2 sutera dan surat kepujian drpd Maharaja China itu. Selepas pemerintahan Raja Kumar lahir pula pemerintahan Sultan Iskandar sehingga 1465M. Kemudian Negeri Kelantan diperintah pula oleh putera Sultan Mansur. Dalam zaman pemerintahan Sultan Mansur nama negeri Kelantan telah menjadi masyhur kemerata2 tempat.

i start blogging today

hi world....blog is my companion from today....peace n love..