BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 14, 2010

Lintasan sejarah part 4 - Kelantan Darul Naim : Sultan Muhammad Ke-I

Raja Long Yunus adalah seorang Raja Kelantan yg terukir namanya sebagai Raja yg agong. Raja menaiki takhta kerajaan pada tahun 1762M, dan dengan kegigihannya berjaya menyatupadukan seluruh negeri kelantan dibawah satu panji pemerintahan sahaja. Jasa2nya yg besar itu menjadi satu kenangan yg abadi kepada pemerintah2 Kelantan yg menaiki takhta kerajaan kemudiannya hingga sekarang. Sultan Muhammad ke-IV telah mengabadikan nama Raja Long Yunus kpd nama bintang kehormatan untuk para kerabat Diraja yg amat dihormati yg dinamakan "Al-Yunusi". Kita pergi kpd pengganti Raja Long Yunus.. iaitu putera sulung beliau yang bernama Long Muhammad Putera Long Yunus atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad yg 1(1801-1836). Sultan Muhammad yg pertama menaiki takhta pada tahun 1801, beliau adalah seorang Raja yg gemar membuat amal kebajikan. Setiap tahun Raja Sultan Muhammad mengeluarkan sedekah dan khairat utk faedah rakyat didalam dan diluar Negeri Kelantan, utk luar negeri Raja bermurah hati mendirikan rumah2 wakaf di Mekah, Jeddah dan Madinah. Beliau seorang Raja yg mandul, tdk ada zuriat utk menyambung takhta warisan kerajaannya. Oleh sebab itu selepas kemangkatannya Raja digelar Marhum mandul, disamping gelaran Marhum Tua. Semasa hayatnya Raja telah mengambil anak saudaranya Tuan Senik Mulut Merah, yg bergelar Raja Temenggung Aria Pahlawan, Putera Long Tan Temenggong sebagai anak angkat dan tinggal bersama2 Raja di istana. Ayahanda Tuan senik Mulut Merah, iaitu long Tan Temenggong telah mangkat terbunuh ketika menjalankan tugasnya di Galas. Setelah memerintah selama 36 tahun, maka Sultan Muhammad 1 itu pun jatuh gering dan mangkat pd tahun 1837(29 safar 1251H). Beliau mangkat dgn meninggalkan jasa bakti yg besar dan tdk ternilai harganya, terutama sekali sbg wira yg telah berkorban mempertahankan takhta kerajaan negeri terus berkekalan berada dalam kekuasaan pewaris takhta yg berhak mewarisinya dengan semangat gigih dan penuh keperwiraan. sebagai mengingati jasanya yg besar itu, pewaris takhta yg kemudiaan, sultan Muhammad ke-IV telah mewujudkan "Bintang Darjah Mahkota Kelantan Yg Amat Mulia" yg dinamakan "Al-Muhammadi" mengambil sempena nama sultan Muhammad 1. Bintang2 itu diadakan dalam 3 darjah. 1,2, dan 3. Disamping itu beliau juga berjaya membuat tapak kemajuan yg penting utk Negeri Kelantan berkembang maju dizaman2 berikutnya, dan muncul sebagai sebuah kerajaan yg bebas dan berdaulat. Sultan Muhammad 1 adalah warisan Long Yunus yg pertama sekali memakai gelaran sultan, dan mempunyai sistem pemerintahan yg lebih mantap dari pemerintahan sebelumnya.  sultan Muhammad 1 telah membina sebuah Kota Istana lain sebagai ibu Negeri Kelantan disuatutempat bernama Pulau Saba yg terletak ditepi tebing timur sungai Kelantan dimana sekarang terletaknya jeti tambatan kastam. Di Pulau Saba inilah juga dibina bangunan2 lain dan sebuah masjid dan juga disinilah terletaknya pemerintahan Negeri Kelantan selama 42 tahun, daripada tahun 1800 hingga 1842M. Dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad 1 Negeri Kelantan berada di dalam kemakmuran, sawah2 padi dan kebun buah2han telah dibuka dengan seluas2nya oleh rakyat jelata sekalian dengan itu peluang pekerjaan bertambah banyak untuk memenuhi keperluan penduduk yg kian meningkat dari masa ke masa. Keadaan Negeri Kelantan kembali aman dan makmur, sehingga termasyhur ke luar negeri.

0 comments: