BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 20, 2010

What Is ISA? Join Me Protesting Against This Injustice.. Abolish ISA!!

Salam kedamaian buat semua...

Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa itu ISA.. Adakah anda tahu apa itu ISA? ISA adalah satu akta yang dipanggil Akta Keselamatan Dalam Negeri  atau Internal Security Act(ISA). Ianya telah digubal pada tahun 1960 sebagai undang2 darurat. Ia sepatutnya dimansuhkan sebaik sahaja darurat ditamatkan, tetapi kerajaan telah mengekalkannya kerana ia adalah senjata yang amat berguna untuk menangani pelbagai keadaan "darurat" - terutama yang bersifat politik(yakni apabila kuasa BN mula tergugat).

ISA membenarkan sesiapa sahaja tiba2 secara mengejut ditangkap dari tepi jalan atau dari rumah mereka dan kemudiannya di umumkan sebagai seorang yang "mengancam keselamatan negara". Mereka tidak tahu apakah kesalahan mereka kerana tiada tuduhan yang khusus dibuat oleh kerajaan. Mereka tidak dibenarkan atau hanya diberikan sedikit peluang untuk mendapatkan khidmat peguam dan tidak dibicarakan di dalam mahkamah terbuka. Apabila mereka dihantar ke Kem Tahanan Kamunting, tiada hakim yang akan mengadili kes mereka. Mereka tidak dihukum untuk jangkamasa yang tertentu, oleh itu mereka tidak tahu bila - jika berlaku masa mereka dibebaskan.

Apabila peguam, ahli keluarga dan juga Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(SUHAKAM) tidak mudah dibenarkan berjumpa dengan tahanan, maka tahanan menanggung risiko diperlakukan dengan buruk atau diseksa. Sebenarnya ramai tahanan ISA, samada yang telah dibebaskan atau yang masih ditahan, telah melaporkan bahawa mereka diseksa bukan sahaja secara fizikal tetapi juga secara mental atau kedua2nya sekali.

Penyeksaan dilakukan untuk memaksa tahanan membuat pengakuan. Pengakuan ini tidak sah kerana seseorang yang ditahan dan diseksa akan mengaku apa sahaja kepada pegawai penyiasat kerana mereka berada dalam keadaan trauma dan tertekan. Malangnya kebenaran "pengakuan" ini tidak akan dibawa ke mahkamah, tetapi hanya diumumkan oleh Ketua Polis Negara atau Menteri Dalam Negeri.

SENARIO INI ADALAH SAMA SEPERTI APA YANG DI GUANTANAMO BAY DAHULU TAPI KETIKA ITU PM MALAYSIA CUBA MENASIHATKAN AMERIKA SUPAYA MENUTUP KEM TAHANAN ITU (tanpa sedar diri yang dia 2 kali 5 dengan mereka.) - (TAPI USA TELAH LEBIH DAHULU MEMANSUHKANNYA SEBELUM MALAYSIA)

Keluarga mangsa ISA juga terseksa. Mereka terpaksa menanggung penderitaan dan kesusahan untuk pergi ke Kem Tahanan Kamunting untuk melawat tahanan setiap minggu. Keluarga akan membawa makanan tetapi kemungkinan besar mereka dilarang membawa masuk makanan tersebut. setelah menunggu selama sejam atau lebih, mereka hanya dibenarkan bercakap melalui interkom disebalik tingkap cermin. Keadaan ini membuatkan anak2 mereka merasa kecewa - mereka hanya boleh melihat tetapi tidak boleh memeluk atau menyentuh bapa mereka. Isteri pula telah menggalas bebanan menyara keluarga - dialah ibu dan dialah juga bapa kepada anak2nya. Kebanyakan kawan2 mereka terlalu takut untuk berjumpa ataupun membantu mereka. Isteri tidak tahu berapa lama keadaan ini terpaksa mereka lalui. Ini menyukarkan mereka untuk merancang kehidupan mereka atau untuk membuat apa2 keputusan berkenaan hal2 keluarga.

Polis Cawangan Khas ataupun Special Branch(SB) pula mengekori para isteri, mengintip dengan siapa si isteri berjumpa atau bercakap atau apa sahaja yang diperbuat oleh sang isteri. Ada SB yang menelefon isteri dan mengugut agar isteri tidak berkempen untuk membebaskan suami dengan mengatakan bahawa jika isteri berkempen, suami akan ditahan lebih lama lagi(ini adalah tindaka sewenang2 atau arbitrari). SB cuba membuatkan isteri berasa curiga terhadap penglibatan suami dan SB cuba merosakkan hubungan dan rasa saling mempercayai antara suami dan isteri.

ADAKAH KITA PERLUKAN ISA?

Walaupun beberapa negara didunia ini mempunyai undang2 tanpa bicara yang kebanyakannya diwujudkan setelah peristiwa 9-11 sebagai langkah kecemasan, tetapi undang2 mereka mempunyai sekatan dan imbangan(check and balance) yang ketat supaya kepentingan menjaga keselamatan negara diseimbangkan dengan hak asasi seseorang individu. Dalam semua undang2 tersebut, jangka masa seseorang individu itu ditahan hanya untuk beberapa hari. selepas itu orang yang ditahan mestilah dihadapkan ke mahkamah atau dibebaskan. Berbeza dengan ISA Malaysia yang membenarkan seseorang ditahan oleh polis selama 60 hari untuk siasatan. Selepas itu tahanan akan dikenakan perintah tahanan di Kem Kamunting selama 2 tahun. Apabila tamat 2 tahun, perintah tahanan boleh disambung selama 2 tahun dan kemudiaan 2 tahun lagi sehingga bila2 keputusan yang dibuat oleh polis dan Menteri Dalam Negeri berdasarkan laporan dari satu lembaga penasihat yang tidak bebas. Buat masa ini, hampir 90 orang lebih telah ditahan tanpa didakwa dan tidak pernah disabitkan atas apa2 kesalahan. Jika terdapat bukti dan kesalahan yang mereka lakukan, sudah pasti polis sudah menemuinya sejak dahulu lagi. Sebenarnya jika polis sudah mendapati sebarang bukti, sudah pasti tahanan ini akan didakwa di mahkamah. Apabila tempoh tahanan telah diperbaharui, kerajaan mengatakan bahawa tahanan perlukan pemulihan. Tetapi jika mereka tidak pernah dibuktikan bersalah, apa yang perlu dipulihkan? Kerajaan hanya berdolak dalik mengenai penahanan tahanan2 ISA yg telah ditahan dan sebahagian besar sebab penahanan tahanan ISA adalah kerana permintaan Amerika pada zaman sebelum Obama dan sekarang pun masih mengikut telunjuk dan desakan kuasa luar dalam menahan kononya individu itu terbabit dengan keganasan,, nonsense BN government!! Di Indonesia, walaupun negaranya telah menyaksikan 2 serangan pengganas di bumi mereka pada sekitar 3, 4 tahun yang lalu..mereka juga menghadapi tekanan dari Amerika untuk menangkap sebilangan rakyat Indonesia. Tetapi Kerajaan Indonesia berpegang teguh pada prinsip keadilan dan hak asasi manusia dengan hanya menangkap mereka yang hanya mempunyai bukti terlibat dan kemudiannya diberikan hak melalui  perbicaraan mahkamah terbuka. Bandingkan dengan Malaysia yang tidak pernah menyaksikan apa2 serangan pengganas, kini menyimpan berpuluh2 "pengganas yang disyaki" dalam tahanan untuk bertahun2 tanpa memberikan mereka peluang dibicarakan dengan adil. Sungguh memalukan!

APA YANG HARUS KITA KATAKAN?

Bebas dari ditahan secara sewenang2 (arbitrari) dan bebas dari ditahan tanpa perbicaraan telah dinyatakan dalam Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia sebagai hak asasi.
memetik SUHAKAM pada 2003

"Sejarah menunjukkan bahawa undang2 dan amalan berkaitan dengan ISA telah menjejaskan kedudukan hak asasi manusia di Malaysia"

"Dibawah ISA warganegara dan bukan warganegara Malaysia telah ditahan secara arbitrari  dan diberikan layanan di luar batas kemanusiaan dan diseksa semasa dalam tahanan. Kekhuatiran ini mempunyai asas2 yang kukuh."

"Maka SUHAKAM mencadangkan agar ISA dimansuhkan..."

PERISYTIHARAN SEJAGAT HAK ASASI MANUSIA

Artikel 3,5,9,10,11 menyentuh tentang hak: kebebasan: bebas dari tahanan tanpa bicara; tidak diseksa atau diperlakukan dengan kejam, tidak diperlakukan dengan cara tidak berperikemanusiaan atau penghinaan; dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah menurut undang2 melalui perbicaraan di mahkamah terbuka.

UNJUST ORDER - Malaysia's Internal Security Act by Tg Roshdan Tg Abdul Wahab said,,

ISA tidak seimbang antara memelihara keselamatan negara dan melindungi keadilan melalui kebebasan hak dalam Islam dan kemanusiaan,, kesan undang2 seperti ini yang telah diamalkan lebih empat abad walaupun di negara yang mengakui mengamalkan demokrasi, Malaysia sebenarnya adalah negara autokratik. ISA bukan untuk keselamatan begara.. ISA hanya digunakan hanya bagi melindungi kuasa politik UMNO-BN. ISA adalah senjata politik UMNO-BN untuk menumpaskan lawan politik mereka.. satu2nya cara untuk berdepan dengan ISA adalah dengan cara lawan secara politik juga...

MARI BERSAMA-SAMA PAKATAN RAKYAT MENENTANG KETIDAKADILAN INI
Undilah Pakatan Rakyat PRU-Ke-13 nanti.. Islam Untuk Semua!! KeADILan Untuk Semua!!

Mansuhkan ISA!! Tumbangkan BN!!

0 comments: